Halaman

Rabu, 22 Mei 2013

Kisah Chiq Neyna dengan Seseorang yang Bergelar Kawan

   Hai kepada para pembaca blog Chiq Neyna .Sekarang Chiq Neyna ada kisah yang nak diceritakan kepada pembaca sekalian .Chiq Neyna tetiba rasa nak coretkan kisah kami berdua dalam blog ni .Tuh pun sebab kawan Chiq Neyna nak sangat Chiq Neyna abadikan cerita pasal dia dalam blog Chiq Neyna .Nampak sangat dia macam terdesakkan ??Hahaha .

   Kawan Chiq Neyna ni sebaya je dengan Chiq Neyna and Chiq Neyna gelar dia sebagai A sudah lah .Nanti bertambah-tambah terharu pula bila Chiq Neyna mention nama dia yang sebenar kat sini .Hahaha .Chiq Neyna kenal dia masa Chiq Neyna masuk ke tingkatan 6 di sebuah sekolah di Kedah .Masa tu lah Chiq Neyna kenal dengan si A ni .

   Masa Chiq Neyna lower 6 ,Chiq Neyna tak berapa kenal sangat dengan dia ni .Bila upper 6 ,kami jadi rapat .Masa tu lahh bermulanya episod persahabatan antara kami .Selama Chiq Neyna kenal dia ,dia sangat baik dengan Chiq Neyna cuma dia nakal .Dia selalu mengusik Chiq Neyna dengan mencuri kasut Chiq Neyna .Chiq Neyna suka tanggalkan kasut kalau dalam kelas .Alahh ,kasut bertutup style perempuan tuh kan mudah ditanggalkan .Hobi Chiq Neyna bila dalam kelas suka je bersila atas kerusi kayu sebab rasa selesa .Masa tu lahh A ni datang and curi kasut Chiq Neyna .Untuk pengetahuan pembaca ,kami bukan satu kelas cuma berjiran je .

   Boleh dikatakan A ni memang pembuli Chiq Neyna yang tetap lahh .Ada je benda yang dia nak kenakan Chiq Neyna .Dia tu selalu je cakap Chiq Neyna ni separuh lelaki separuh perempuan .Amboii !Bahagia betul bila dia boleh kutuk Chiq Neyna .Sabar aje lahh .Tapi dia selalu ada masa Chiq Neyna betul-betul perlukan pertolongan walaupun hanya terdetik kat hati Chiq Neyna je .Macam boleh baca hati orang je dia ni .Pelik juga .Banyak sangat kebetulannya .

   Tibalah pada suatu hari selepas beberapa hari ulang tahun Chiq Neyna yang ke-19 si A meluahkan sesuatu .Tapi keadaan masa tu memang kelakar sangat sebab dia tak boleh nak cakap sebab nervous .Chiq Neyna ni pula memang tak reti nak serius dan asyik gelakkan dia je .Masa tu mak and adik dia macam tengah usyar-usyar kami sebab tengok A ni asyk jerit-jerit je .Untuk pengetahuan pembaca ,Chiq Neyna ke rumah dia pada petang tu .So ,kejadian tuh berlaku kat rumah dia lah .

   Bila nak balik uh ,Chiq Neyna dapatlah gift dari dia .Nak tahu apa ?Seekor teddy tengah pegang sebentuk hati .Atas hati tu tertulis 'I Love You' .Tersenyum Chiq Neyna time tu bila terbayangkan adegan-adegan yang berlaku masa kat rumah dia .Hahahaha .

   Walaupun sekarang masing-masing tak jumpa ,kami akan berusaha untuk lepak bersama walaupun sekejap .Okey, that it!

p/s :Biar si A sakit otak membaca post Chiq Neyna .Hahahaha .Amek kau !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan