Halaman

Rabu, 9 April 2014

Lirik I Love You

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu

I'm sorry but I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You know I'll always be there for you

Mungkin kita tak bersama itu takdirnya
Tak mengapa asal kau bahagia
Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu

I'm sorry but I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You know I'll always be there for you

Isnin, 31 Mac 2014

Cereka Diari Hati

 
 Aku memandang ke luar jendela memerhatikan air hujan yang membasahi bumi tuhan yang sungguh indah ciptaannya .Dalam diam aku menghela nafas yang panjang .Telefon bimbit disebelah, aku gapai lalu membuka screen lock. No message .

   Aku mengheret pandangan aku kembali ke luar jendela .Dalam menolak kehadirannya ,aku masih lagi menanti akan kehadirannya .Aku rindukan dia .Terlau rindu...Rindu yang tak mampu aku ungkapkan dengan sebuah kata-kata . ‘Aku tak layak, dia lebih berhak memilih yang lebih sempurna dari aku...’Dalam menanggung rindu yang menggunung, setitis air mata ini menitis. Aku biarkan air mata itu menuruni curam wajah ini agar dapat menghilangkan sedikit rasa kecewa yang bersarang dalam sanubari ini.

   Dalam diam aku mencintainya...Dalam diam aku merindui dirinya...Ya Tuhan, aku benar-benar terseksa. Merindu pada si dia yang tidak mengerti dan...tidak pernah sedar akan kewujudan diri ini. Aku terlalu lemah, lemah dengan cinta yang telah berjaya menusuk ke dalam hati ini setelah aku cuba untuk berpaling dari cinta seorang lelaki.

      Aku benar-benar mengharapkan bahawa dia akan aku miliki suatu hari nanti. Mungkinkah terlalu tinggi angan-angan ini ?Ya...mungkin juga .Tapi aku tak dapat untuk nafikan yang sememangnya aku telah menyukai dia..Aku cintakan dia mungkin lebih dari segalanya .

   Cuma...Aku cuma masih tertanya-tanya apakah dia masih mempunyai perasaan yang sama terhadap aku setelah pertemuan itu ?Aku khuatir jika yang tinggal hanyalah harapan palsu .Aku takut jika aku berharap dan semua itu Cuma lahh sia-sia .

   Pasti aku bahagia jika dia masih mempunyai rasa yang sama terhadap aku dan tak pernah pudar bahkan semakin menyayangi aku .Apakah akan terjadi seperti angan-angan yang tinggi ini ?Aku berharap...Terlalu berharap....Jika tidak ,aku sendiri akan mengundur diri...membawa hati ini dari terus dikecewakan dengan insan yang bernama lelaki.

Aku harus sedar ,segala yang aku inginkan tak semestinya harus aku miliki .Begitu juga dengan dia .Aku yakin ,pasti ada hikmah disebalik kekecewaan yang aku terima .Aku gembira walaupun kehadirannya sekadar untuk seketika lalu dia menghilang tanpa aku pinta .Dia membawa aku sinar kebahagiaan dan pergi bersama hati aku .Aku terima..

   Sebagaimana dia berlalu pergi tanpa meninggalkan jejak ,begitu juga dengan aku .Aku juga akan turut hilang sepertinya ,berpaling dari sisinya dan pergi tanpa menoleh lagi .Tidak mahu lagi aku memandang ke arah yang memberikan aku sejuta kesedihan dan kekecewaan .Cukuplah ia menjadi kenangan yang terindah buat aku .

   Ya Allah ,bukankah lebih baik kau padam perasaan ini ?Aku terluka...Aku sedih...Mungkinkah aku ini hanya untuk dipermainkan ?Tidakkah aku layak untuk dicintai dengan ikhlas ?Menerima segala kekurangan aku...Mencintai aku seperti mana aku mencintainya..Memiliki hatinya...Patutkah aku putus harapan terhadap cinta ????

   Hati ini terlalu kritikal...Terlalu remuk untuk dibentuk kembali .Mencintai pada si dia yang tidak mengerti dan tidak menginginkan aku..Ya Allah....Berat rasanya beban ini .Ia benar-benar menganggu kewarasan minda ini lalu membuatkan aku hilang kawalan dalam perasaan sendiri .

   Ya tuhanku ,kau hapuskanlah rasa sedih ini .Jika kehadirannya sekadar bergurau dengan perasaan ini..jauhkan lah dia dari aku ,dari pandangan aku..Hilangkanlah dia dari hati ini secara perlahan-lahan agar aku tidak merasa sakitnya .

Ya allah....Aku lemah jika hati ini terus dipermainkan .Sakit ini lebih pedih dari luka terhiris pisau .Sakit yang tak mampu diluahkan menggunakan kata-kata cuma air mata ini mampu membicarakan semua .Kau berikan aku ketabahan untuk menghadapi hari-hari akan datang .Padamlah rasa cinta ini......Jangan lagi cinta itu mengetuk pintu hati yang telah hancur dihujani dengan rasa kecewa....

I’m sorry but i love you...Mungkin inilah kalimat yang sewajarnya aku ucap untuk melambangkan perasaan aku sekarang .Tapi ,mungkin kalimat itu harus aku padam suatu tika nanti .Aku akan bunuh rasa itu seperti mana telah aku lakukan sebelum ini .Aku hanyalah insan yang penuh dengan kekurangan dan tiada apa yang boleh dibanggakan tentang aku .Aku lah manusia yang penuh dengan cacat dan celanya .

   Aku terlalu takut untuk memberikan hati ini walaupun aku menyukai dia kerana aku bimbang aku hanyalah gagak yang mengutip bangkai sebagai makanan sedangkan dia lebih sempurna daripada aku .Aku juga sanggup jika dia menganggap aku hanyalah teman biasa setelah hatinya berubah ,aku bersedia menerima sebarang kemungkinan.....

   Hanya satu janjiku ,aku akan pergi meninggalkan dia tatkala kekuatan itu sudah aku perolehi....................


Khamis, 13 Februari 2014

Start Sem 2

   Assalaamualaikum !Alohaaa!Rasa sadis pulak nak balik Sabah .Terasa kejap je cuti sem yang hampir 1 bulan neh .16 Sept neh nak fly suda...Kenapa lah cepat sangat masa berlalu .Kalau boleh ,nak lelama sikit kat sini sebab terasa dekat dengan arwah ibu Chiq Neyna .Kalau di perantauan sana ,mula lahh air mata neh nak keluor sebab rindu .I wish ,I'll strong...Huhuhu .

   Actually ,ada jugak perasaan excited nak balik UMS tuhh sebab ada banyak agenda Chiq Neyna nak setlle kat sana .Hihihi~Start je sem 2 neh ,everything have planned in my mind .Yehuuu !Kalau kita neh enjoy dengan life kita kat sesuatu tempat tuhh ,kita takkan kisah kalau terpaksa berada di situ dalam jangka masa yang panjang .Macam Chiq Neyna .Hiks !

   Azam baru Chiq Neyna untuk next sem neh adalah Chiq Neyna nak bergiat aktif dalam apa-apa event and fokus study .Hoyeaaah !Hope ,Chiq Neyna mampu capai target and my life will full of happiness .In Shaa Allah .Oke lahh ,setakat tuhh dulu lahh story Chiq Neyna .Saje nak bagi da new entry kat blog neh walaupun story agak krikk krikk kan .Heee~Papai...

Isnin, 10 Februari 2014

Lirik Segala by Mohd Mentor

   Assalamualaikum .Hari neh Chiq Neyna nak update sikit tentang lirik sebuah lagu Ost Playboy Itu Semua Aku .Nampak sangat Chiq Neyna neh banyak ketinggalan dalam drama Melayu kan ?Aha !Tak kisah lahh sebab Chiq Neyna memang tak sempat nak mengadap drama Melayu masa kat kampus .Lagi pun ,tak ada masa nak lepak kat kafe semata-mata nak tengok drama neh .So that ,bila dah balik semenanjung neh Chiq Neyna ambik kesempatan untuk download drama Melayu yang sudah habis ditayangkan .Heee~

   Chiq Neyna memang tangkap cintan lahh dengan lagu tuh apatah lagi lirik tuh benor-benor menyentap tangkai hati neh .Punyalah sakan Chiq Neyna repeat song tuhh tanpa jemu .Best !Macam kena je ngan jiwa Chiq Neyna neh .Huk !Huk !



Takdir kita dua bersama
Mekar cinta bertaut mesra
Riang tawa menghangat segala
Hadirnyamu mengikis sepi
Dan yakinku cinta ini pasti


Namun resah tiada mampuku sembunyi
Dia hadir mengukir senyummu kembali
Dan ku perhati di sudut kecewa
Lenamu di pangkuannya
Rebahku kehilangan segala


Bersama janjiku bermimpi
Bintang terang malapnya dimamah sepi
Namun dikala diriku kan kecewa
Harapku dikau bahagia
Mengejar suratan sempurna
Dirimu bersama dia


Walauku berilusi
Mengharap dirimu pastinya kembali
Dikala rindu dan resah bersengketa
Sekadar dihambat duka
Senyum indahmu padanya
Redhaku melepaskan segala




Rabu, 29 Januari 2014

Cinta Itu Tak Semestinya Memiliki

   Assalamualaikum uols !Apo kabo orang kampung ?Hee ~Dah lama Chiq Neyna terfikir ,apa lahh yang nak di'update' dalam blog kesayangan neh supaya Chiq Neyna dapat share dengan uols .Fikir punya fikir ,akhirnya dapat jugak idea yang nak dicelotehkan kat sini haa .Meh sini ,Mak Temah nak story kat uols pasal love neh .Ahaks !Kalau uols dah tengok tajuk pun mesti uols fikir Chiq Neyna neh nak berjiwang sakan kan ?Eh ,tak jugak lahh .Cuma nak luahkan pandangan dengan uols je .

   Zaman sekarang neh ,dah macam-macam jenis cinta Chiq Neyna tengok ,dari cinta monyet sehinggalah kepada cinta cicak(ada ke ?) .Susah benor nak jumpa yang berkekalan .Asal bercinta je ada je halangan yang muncul macam curang lahh ,kita suka orang tuhh but orang tuhh suka orang lain and so on lahh .Yang paling Chiq Neyna tak tahan tuhh ,bila putus je mulalah meroyan semacam .Dah macam orang mati anak pulok .Chill lahh .

   Tak salah kalau uols nak bersedih bagai neh ,tapi ada had jugak tuh .Ini tak ,sampai nak bunuh diri lahh and semakin hanyut jauh dari Tuhan .What the frog ?Takkan sebab dikecewakan ,kita dah putus harapan dengan ujian Allah dan rahmatNya ?Cinta pada manusia neh sememangnya tak kekal lahh dear .Sebab kita akan ditinggalkan mungkin sebab hati seseorang tuhh dah berubah arah ataupun menyambut seruan Ilahi .Sifat manusia neh cuma sementara .Ingat tuhh..

   Chiq Neyna sedih lahh bila tengok ada segelintir antara kita yang semakin jauh dari landasan agama .Sebab apa ?Sebab kecewa dengan cinta .Itu tak sepatutnya terjadi .Sebaiknya ,kita bentuklah hati kita semula dan serahkan pada Dia kerana Allah tuhh lahh pemilik segala rasa .Dia lahh yang lebih berhak ke atas kita serta perasaan kita .Kalau dikecewakan ,mengadulah pada tuhan kita yang Esa .Allah kan Maha Penyayang dan Maha Mendengar .

   Kita luahkan lahh apa saja yang kita nak dan Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mengadu .Cuma Dia yang mampu membantu kita menyelesaikan segala masalah .Allah selalu ada dengan kita tak kira masa dan selalu menunggu apa jua keluhan serta permintaan kita .Ya Allah ,beruntungnya kita kan...Kenapa kita nak hancurkan hidup kita semata-mata kerana cinta yang sementara sedangkan cinta hakiki pada Allah ?Fikir-fikirkan lahh uols .

   Yang paling dasyat sekarang bila tengok bebudak sekolah menengah yang baru melangkah masuk dunia remaja bercinta punyalah rancak sampaikan sanggup ketepikan ibu bapa .Haishhh !Dunia oh dunia .Kadang-kadang geli hati Chiq Neyna tengok sikap bebudak zaman sekarang and sometime tuhh rasa menyampah .Nak buktikan mereka punya cinta tuhh sampai sanggup malukan diri sendiri dan keluarga dengan upload gambo berkissing and nanges dalam youtube mahupun facebook.Di manakah rasa malu itu ???Tertanya seketika...

   Bila dah putus cinta ,mula lahh mention nak bunuh diri lahh dan nak lari diri dari rumah .Pendek sungguh akal bebudak zaman sekarang .Sadisss !Belajar lahh dulu wahai sahabat yang dikasihi .Perjalanan hidup kita masih panjang dan masih banyak lagi ujian yang akan mendatang .Jangan putus asa dengan segala ujian yang menimpa walaupun cinta itu tidak berpihak pada kita ,yakinlah cinta Allah itu ada untuk selamanya .Dia selalu ingat akan kita dan selalu menunggu taubat kita walaupun kita sering terjerumus dalam lembah dosa .Kita patut besyukur atas nikmat yang diberi .

p/s :sekadar renungan untuk diri sendiri dan juga untuk uols semua .Chiq Neyna harap ,kita mampu muhasabah diri dan dekatkan hati kita dengan pencipta kita dan serahkan segala urusan kita padaNya denga ikhlas dan redha .In Shaa Allah ,kebahagiaan itu bakal menjadi milik kita kelak .

Jumaat, 10 Januari 2014

Cuti Semester 2014

   Assalmualaikum and hi !Sedar tak sedar dah nak penghujung sem 1 Chiq Neyna kat UMS neh .Terasa begitu cepat masa berlalu dan sudah genap pun 2 bulan ibu Chiq Neyna meninggalkan dunia yang fana ini .Chiq Neyna benar-benar rindukan dia ,rindukan masakannya .Tapi ,apakan daya Chiq Neyna dah tak berkesempatan lagi untuk merasa masakan dari air tangan seorang ibu serta tidak dapat lagi bergurau senda dengannya .

   Chiq Neyna akan berangkat pulang ke Kedah pada 20 Jan 2014 .Sesekali terasa rindu dengan family dan kekadang tuh tak terasa nak pulang ke Kedah .Chiq Neyna sudah tidak mempunyai lagi semangat untuk pulang ke semenanjung .Pasti Chiq Neyna akan diselubungi dengan sejuta kenangan bersama arwah ibu tercinta .Chiq Neyna risau kalau Chiq Neyna tidak kuat untuk mengharungi semua itu .

   Masa Chiq Neyna menaip entry neh pun ,Chiq Neyna sudah terasa sebak .Ya Allah ,tabahkanlah hatiku .Apa pun masa pulang nanti ,Chiq Neyna mahu menziarahi pusara ibu Chiq Neyna dan memberitahu akan kepulangan Chiq Neyna di situ .Chiq Neyna mahu meluangkan masa bersama pusara ibu Chiq Neyna dan Chiq Neyna mahu dia tahu yang Chiq Neyna terlalu rindukan dia .

   Kepulangan Chiq Neyna telah pun Chiq Neyna khabarkan kepada family kat semenanjung tuh .Ayah Chiq Neyna dah tak sabar lagi menunggu kepulangan Chiq Neyna setelah 2 bulan tidak bertemu .Chiq Neyna juga terlalu rindukan mereka apatah lagi si budak kecil Muhammad Iffat iaitu anak buah Chiq Neyna .Rindu bebenor Chiq Neyna dengan masakan Kedah .Nak cepat pulang then nak makan puas-puas !Masakan kat Sabah neh memang berlainan sangat dengan Kedah .Tak ada langsung sambal ikan atau sambal telur kesukaan Chiq Neyna .Ya ,Chiq Neyna sedia maklum bahawa orang sabahan tidak makan makanan yang pedas .Baiklah..Baiklah..

   Wahai rakyat jelata Kedah ,tunggulah kepulangan beta ke sana ya .Tidak lama lagi beta akan kembali ke Kedah dengan sebuah kegembiraan yang menggunung .Hamparkan beta dengan kegembiraan kalian supaya beta juga boleh tersenyum .Hohooo~Setakat itulah dulu update Chiq Neyna pada kali ini .Kedah ,hang tunggu aku datang !!