Halaman

Jumaat, 10 Januari 2014

Cuti Semester 2014

   Assalmualaikum and hi !Sedar tak sedar dah nak penghujung sem 1 Chiq Neyna kat UMS neh .Terasa begitu cepat masa berlalu dan sudah genap pun 2 bulan ibu Chiq Neyna meninggalkan dunia yang fana ini .Chiq Neyna benar-benar rindukan dia ,rindukan masakannya .Tapi ,apakan daya Chiq Neyna dah tak berkesempatan lagi untuk merasa masakan dari air tangan seorang ibu serta tidak dapat lagi bergurau senda dengannya .

   Chiq Neyna akan berangkat pulang ke Kedah pada 20 Jan 2014 .Sesekali terasa rindu dengan family dan kekadang tuh tak terasa nak pulang ke Kedah .Chiq Neyna sudah tidak mempunyai lagi semangat untuk pulang ke semenanjung .Pasti Chiq Neyna akan diselubungi dengan sejuta kenangan bersama arwah ibu tercinta .Chiq Neyna risau kalau Chiq Neyna tidak kuat untuk mengharungi semua itu .

   Masa Chiq Neyna menaip entry neh pun ,Chiq Neyna sudah terasa sebak .Ya Allah ,tabahkanlah hatiku .Apa pun masa pulang nanti ,Chiq Neyna mahu menziarahi pusara ibu Chiq Neyna dan memberitahu akan kepulangan Chiq Neyna di situ .Chiq Neyna mahu meluangkan masa bersama pusara ibu Chiq Neyna dan Chiq Neyna mahu dia tahu yang Chiq Neyna terlalu rindukan dia .

   Kepulangan Chiq Neyna telah pun Chiq Neyna khabarkan kepada family kat semenanjung tuh .Ayah Chiq Neyna dah tak sabar lagi menunggu kepulangan Chiq Neyna setelah 2 bulan tidak bertemu .Chiq Neyna juga terlalu rindukan mereka apatah lagi si budak kecil Muhammad Iffat iaitu anak buah Chiq Neyna .Rindu bebenor Chiq Neyna dengan masakan Kedah .Nak cepat pulang then nak makan puas-puas !Masakan kat Sabah neh memang berlainan sangat dengan Kedah .Tak ada langsung sambal ikan atau sambal telur kesukaan Chiq Neyna .Ya ,Chiq Neyna sedia maklum bahawa orang sabahan tidak makan makanan yang pedas .Baiklah..Baiklah..

   Wahai rakyat jelata Kedah ,tunggulah kepulangan beta ke sana ya .Tidak lama lagi beta akan kembali ke Kedah dengan sebuah kegembiraan yang menggunung .Hamparkan beta dengan kegembiraan kalian supaya beta juga boleh tersenyum .Hohooo~Setakat itulah dulu update Chiq Neyna pada kali ini .Kedah ,hang tunggu aku datang !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan