Halaman

Sabtu, 27 Julai 2013

Rebung a.k.a Keladi vs Pokok Pisang



  Assalamualaikum uols !Hari nih Chiq Neyna nak post satu story yang agak funny bagi Chiq Neyna kerana kerana benda nih lahh bangun Chiq Neyna dihiasi dengan senyuman yang indah .Memang tak mampu nak lupakan untuk seketika walaupun sesudah tidur .

   Sebenarnya macam  nih ceritanya ,Chiq Neyna ada meluangkan masa dengan seorang hamba Allah yang kerap buat Chiq Neyna ketawa .Lebih kurang 2 malam yang lalu ,entah macam mana masa kami sembang terkeluar tajuk pasal rebung .Hamba Allah tuh cakap lahh rebung tuh asal daripada mana ?Uols fikir agak-agak Chiq Neyna tergamam tak ??Memang tak lahh sebab Chiq Neyna terus gelak sampai berair mata nih .Hadoii !Macam nih punya kes pun ada ke ?Hahaha .Then Chiq Neyna cakap rebung tuh asal dari pokok buluh .Boleh pulak hamba Allah nih cakap 'manalahh orang tahu .Orang ingat rebung tuh macam pokok keladi' .Lagi bertambah besar Chiq Neyna ketawakan dia .Hahaha .Kalau tak ,tak adalah pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya' .Wahai hamba Allah yang dikasihi ,rebung dengan keladi tuh tersangat lahh jauh bezanya macam langit dan bumi .Boleh pulak disamakan ye ?

   Geli hati yang tuh belum lagi hilang ,ditambah pulak lawak antarabangsa yang si hamba Allah nih bagi kat Chiq Neyna .Nih kisah pasal pokok pisang pulak .Semua benda yang kelakar berkaitan dengan makanan .Tahu makan je hamba Allah nih ,tapi tak tahu asal usul benda yang dimakan .Hahaha .So ,story punya story pasal pokok pisang dia tanya Chiq Neyna ,pucuk pokok pisang orang buat ulam kan ?Chiq Neyna pun terfikirlah seketika .Pucuk pisang ada orang makan ke ?Selama Chiq Neyna makan pisang nih ,tak pernah try lagi lahh makan pucuk pisang nih .

   Chiq Neyna pun fikir punya fikir rupanya dia maksudkan jantung pisang .Haiyoo !Tunggu apa lagi Chiq Neyna oii ?Gelak lahh .Lepas puas gelakkan dia yang tuh ,Chiq Neyna pun cakap lah batang pisang pun boleh makan and dibuat gulai .So ,memang sedap ah .Uols tahu tak apa respons hamba Allah nih ?'Ada orang makan ke batang pisang yang besar tuh ??'Chiq Neyna dah tak mampu nak jawab soalan dia sebab ketawa Chiq Neyna terus meletus .Agak lama jugak Chiq Neyna ketawakan dia .Dari rasa kenyang terus rasa lapar sebab ketawakan soalan dia dah macam orang paliolitik yang stay dalam gua je .Tapi ,Chiq Neyna rasa orang zaman pra sejarah pun expert jugak .Tapi hamba Allah nih ketegori apa ya agaknya ?Mungkin tak ada dalam senarai kot ?Hahaha .

   Then dia cakap dia nak tanya mak dia pasal gulai batang pisang tuh .Jawapan yang dia dapat dari mak dia lagi lahh menambahkan kegelian hati Chiq Neyna .Macam digeletek tak henti-henti .Mak dia cakap ,'jangan nak malukan orang .Hang pi tidoq' .Hahaha .Jawapan yang sangat bernas dari seorang ibu .Then Chiq Neyna cakap lahh kat dia search lahh kat google kalau nak tengok gambar rebung or batang pisang tuh .Dia pun search lahh .Tak lama lepas tuh ,dia dah jumpa and dia sent picture rebung tuh kat fb Chiq Neyna .Uols tahu apa yang dia komen tentang rebung tuh ?'Rebung nih nampak macam serai lahh' .Pulak dah !Sisa ketawa Chiq Neyna yang berbaki ,Chiq Neyna habiskan untuk terakhirnya .Suka je buat blur .Hahaha ,Penat Chiq Neyna ketawa dengan gelagat hamba Allah nih .
gambar nih lahh yang dikatakan mirip serai .What the fish ??Hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan