Halaman

Jumaat, 21 November 2014

Penantian Tertunda

   "Cepatlah, dah sampai kat depan blok dah ni."
Whatsapp yang aku terima hari tuh aku baca. Aku jenguk kepala ke luar tingkap, ada kereta viva putih. Cepat-cepat aku langkah keluar dari bilik. Sewaktu langkah turun tangga, sempat lagi aku berhenti. Tangan ditekap pada dada, ada debaran. Tuhan, dah lama aku tak jumpa dia. Kawal perasaan ini. Langkah diatur kembali.

   Pintu kereta dibuka, dia pandang aku. Senyum !Hanya itu yang terukir. Aku rindu dia !Itu juga aku rasakan. Hampir 5 bulan wajah itu aku tak lihat. Sekarang, dia di depan aku. Bagaikan mimpi. Seperti yang kami rancang, aku dan dia ke Kundasang dan seterusnya ke Tambunan.


   Sampai di Tambunan, kami terkandas dan tidak dapat balik ke Kota Kinabalu. Terpaksalah stay di rumah mami aku di sana untuk satu malam. Masih lagi terasa mimpi walaupun dia di depan aku. Dalam diam-diam, aku curi lihatnya. Aku pandang segenap pelusuk wajahnya. Muncul satu getaran pula, tenang dan bahagia.

   Terleka dengan memandang wajahnya, aku semakin sayang padanya. Aku jatuh cinta padanya !Dalam diam, aku berjanji ingin menjaganya...ingin bersamanya untuk selamanya...dan aku ingin membahagiakan dia...Terasa tidak mahu terjadinya perpisahan antara kami walau hanya untuk seketika. Tapi...Aku tak mampu halang perpisahan itu.

   Setelah pulang dari Tambunan, hati ini digamit rasa rindu yang mendalam. Apakah ini cinta? Pertemuan seterusnya diaturkan. Melihat dia di depan aku, aku rasa terlalu bahagia. Bagaikan tidak mahu berjauhan dengannya. Tapi, dia akan pulang ke semenanjung setelah konvokesyen. Sedih !Dan tak mampu aku gambarkan.

   Meluangkan masa bersamanya dan meluahkan kata, "Yayang, I love you" tanpa henti sudah menjadi sebahagian dari diri ini. Kini, aku dapat rasakan cinta yang sebenarnya. Terima kasih Tuhan kerana memberikan cinta ini padaku.

   Tuhanku, walau kami terpisah dengan jarak yang jauh, Kau jagakan dia untukku .Berikan dia kebahagiaan dan permudahkan segala urusannya. Berikan jua dia kesihatan yang berpanjangan kerana aku tidak mahu dia sakit kerana aku terlalu mencintainya. Amin...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan