Halaman

Jumaat, 31 Oktober 2014

Cinta Yang Tak Dirancang Itu Best !

   Kadang kala, cinta yang hadir langsung tak disangka-sangka. Tetiba datang tanpa di duga. Cuma terdetik di dalam hati ingin mendekati lalu mencuba. Tak sangka !Akhirnya benar-benar terjadi juga.

   Dia tengok aku, aku tengok dia. Masing-masing sudah mula suka walaupun hanya bergurau senda. Ternyata hati ini terlajak mencinta. Jadi, Allah dekatkan hati kami berdua. Alhamdulillah, semuanya telah dipermudahkan oleh-Nya.

   Kalau dengar suara dia ,dah buat aku menggila ketawa. Apatah lagi kalau berjumpa. Lagi gila !Ada sahaja yang buat kami geli hati bersama. Rupa-rupanya aku dan dia ada persamaan yang sama. Apa dia? Gila ketawa dan takkan mampu henti walau seketika. Betul-betul gila !
 
   Walau rajuk dan duka akan dikongsi bersama. Kutuk mengutuk tak ketinggalan jua. Namun, tak pernah di simpan di hati pula. Malah, makin bahagia. Gila !Tak pernah dibuat couple yang mana-mana. Tapi, aku tetap sayang dia. Sayang gila !

   Ayat yang dia selalu ingatkan aku, "tak ada yang boleh pisahkan kita melainkan maut sahaja".Aku pun berharap begitu juga. Sebab aku memang sayang dia. Semua orang pun tahu juga. Jadi, aku mendoakan hal yang sama. Aku tidak mahu yang lain melainkan dia. Cuma dia yang aku cinta. Bersama hingga ke akhirnya. Selamanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan