Ibu aku seorang wanita yang hebat dan tabah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri serta seorang ibu kepada 3 orang anaknya .Ibu aku telah mendapat strok selama 8 tahun di samping penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis .Dia mampu menjaga amanah Allah berikan kepadanya dengan baik walaupun dia sendiri tidak sihat .Ya ,ibuku seorang wanita yang sangat tabah dalam menempuh liku-liku hidup .Dia menjaga kami sehingga anak terunanya berkahwin satu persatu dan aku melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah...
Ibu aku seorang ibu yang garang .Dia mendidik kami dengan menggunakan rotan ketika kami masih kecil .Dia akan menegur kami dengan kata-kata pada mulanya .Jika kami masih juga berdegil ,ibu aku akan mengajar kami dengan rotan agar kami tahu perkara itu salah dan jangan diulangi lagi .Berkat ajarannya itu ,kami tahu untuk menilai yang mana madu dan racun.
Masih jelas di ingatan aku bagaimana ibu aku mendapat strok dan pada ketika itu aku berusia 12 tahun .Masih kerdil dalam dunia yang penuh cabaran dan masih lagi ingin bermain-main .Pada waktu itu ,ibu aku diserang strok perlahan-lahan sehingga menyukarkan dia untuk bercakap dan tangan kanannya menjadi lumpuh .Seluruh keluarga aku tidak henti-henti menghantar ibu aku untuk diubati dari perubatan moden sehinggalah tradisional. Tapi, tetap tidak berhasil .Manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan segalanya...
Pada waktu yang terluang aku dan ahli keluarga yang lain berusaha untuk mengajar ibuku perkataan yang mudah agar dia mampu berkata-kata dan mudah untuk dia berkomunikasi dengan yang lain .Hari demi hari lalu berganti tahun ,Alhamdulillah usaha kami berhasil .Aku bersyukur walaupun ibu aku diserang strok kali kedua ,dia tetap boleh berjalan dan mampu melakukan aktiviti harian walaupun dia sukar untuk berbicara dengan fasih .
Ketika aku di usia 12 tahun ,ayah aku telah mendidik aku agar jangan terlalu leka dengan permainan duniawi kerana aku mempunyai seorang ibu yang tidak sihat dan aku perlu membantunya .Masa itu aku masih kecil dan dunia aku hanyalah ingin berseronok .Walaupun aku agak degil ,tapi aku cuba untuk tidak leka akan tanggungjawab aku pada ibuku yang sakit .Aku akan membantu ibuku masak walhal aku sendiri tidak tahu selok belok dalam menjaga sebuah keluarga .
Aku telah diajar memasak oleh ayahku sikit demi sikit agar memudahkan kerja ibuku dan kelak aku tahu menguruskan sebuah keluarga tanpa bergantung kepada sesiapa .Walaupun dalam keadaan tidak sihat ,ibu aku tidak pernah lalai menjaga kami....pakaian kami...menyediakan kami makanan...Ibu ,anakmu ini sangat mengagumimu...
Ketika aku di tingkatan 5, ibuku disahkan mempunyai buah pinggang yang rosak di tahap yang kritikal .Berita itu aku terima dengan hati yang sedih dan kecewa .Tapi ,ibuku tetap tersenyum seperti biasa .Aku diamanahkan oleh keluarga aku agar selalu menolong ibuku di rumah ketika aku cuti .Aku menghabiskan banyak masa dengan menjaga ibu aku tanpa mempedulikan kawan-kawan yang mahu mengajak aku bersuka ria .Aku ingin berkorban demi keluarga ini walaupun terasa sukar .
Aku dididik agar menjadi seorang yang cekal dan berdikari sejak ibu aku ditimpa musibah .Memang pada awalnya aku protes kerana aku langsung tidak tahu mengemas rumah dan juga memasak .Sewajarnya kanak-kanak yang berusia 12 tahun sememangnya tidak tahu apa-apa .Tapi ,aku telah diajar sikit demi sedikit oleh seorang ayah yang hebat tanpa putus asa .
Selalunya ,ayah aku yang menguruskan hal ehwal persekolahan aku tanpa campur tangan dari ibuku .Ayah akulah yang akan menghantar aku untuk pendaftaran sekolah dan juga menghadiri semasa sesi menandatangani buku prestasi pelajar .Tapi ,sejak aku di tingkatan 4 ayah aku mengajar aku untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa .Sejak itu juga ,urusan hal sekolah perlahan-lahan aku uruskan sendiri .
Kawan sekelasku sememangnya aku tidak pernah menceritakan hal sebenar ibu aku .Cuma semasa aku di tingkatan 6 atas menyebabkan aku terpaksa membuka mulut .Pada masa itu ,ibu bapa dijemput untuk hadir bagi menandatangani buku prestasi pelajar tapi ayah aku tidak dapat hadir kerana dia outstation .Jadi ,tiada sesiapa yang tahu dan guru kelas aku sudah sedia maklum tentang ibu aku kerana guruku kebetulan satu kampung dengan aku .Cikgu BM aku yang menyebabkan aku terpaksa menceritakan semuanya apabila dia berkali-kali menanyakan mengapa parents aku tidak datang kerana hanya parents aku sahaja yang tidak menghadirkan diri .Dan ketika itu terburailah segala rahsia hidup aku di hadapan rakan-rakan yang lain .Bukan aku tidak mahu bercerita tapi aku tidak mahu mereka bersimpati terhadap kisah hidup aku .
Masih terkenang juga pertemuan aku dengan ibu aku di Hospital Sultanah Bahiyah ketika aku pulang dari Sabah .Kenangan ini tak mampu aku lupakan sampai bila-bila .Semua itu terjadi semasa aku menemani ibuku tidur di hospital .Ibuku ditempatkan di sebuah bilik secara bersendirian .Waktu itu sejuk dan aku hanya mempunyai sweater yang diberikan oleh ayah aku sahaja .Aku mahu tidur pada waktu itu setelah jam mencecah angka 12 malam dan ibuku juga mahu tidur .Aku memakai baju yang diberikan oleh ayahku dan aku mahu membaringkan diri di lantai untuk seketika bagi menghilangkan rasa mengantuk .Disebabkan naluri keibuan yang sangat kuat serta kasih sayangnya terhadap aku ,ibuku memberikan aku selimut yang membaluti tubuhnya agar aku tidak sejuk .Aku menolak kerana aku tidak mahu ibu aku pula kesejukkan tapi dia memaksa aku untuk mengambilnya .Lalu kain selimut itu aku ambil dan digunakan sebagai alas untuk aku tidur .
Tidurku tidak lama..Pukul 4am aku sudah bangun lalu mendapatkan ibu aku yang hanya tidur-tidur ayam .Aku menyelimuti ibuku dengan kain itu .Aku memberikan dia air lalu aku berehat sebentar di kerusi kerana aku risau jika ibuku mahu apa-apa .Aku menemaninya sehingga tempat aku diambil alih oleh abang aku pada tengahari .
Banyak kenangan aku sewaktu aku menjaga ibuku di hospital .Kenangan itu walaupun sesingkat waktu tapi ia sangat bermakna bagiku kerana saat itu lah aku berjasa padanya buat kali terakhir sebelum dia pergi meninggalkan aku buat selamanya .Aku rindu padanya...Rindu untuk menjaganya seperti waktu-waktu yang lalu...Rindu untuk menyuapkannya...Rindu untuk bergurau dengannya...Rindu untuk makan masakan seorang ibu....dan....Rindu untuk menatap wajahnya ketika dia tidur......
p/s:Hargailah ibu bapa uols sebelum mereka meninggalkan uols .Sesungguhnya tiada apa yang dapat menggantikan ibu bapa kita walaupun kita mempunyai harta yang banyak kerana kehadiran mereka terlalu berharga dan bermakna .Al-Fatihah untuk ibuku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan