Halaman

Ahad, 27 April 2014

Rindu Yang Tak Terucap

   Assalamualaikum..Sejak Chiq Neyna balik ke Kedah pada hari Jumaat(24 Apr) yang lalu ,semangat Chiq Neyna kian pulih sikit demi sikit .Actually ada sebab kenapa Chiq Neyna mengambil keputusan pulang ke Kedah secara mendadak .Hal itu juga merupakan hal peribadi Chiq Neyna yang tak dapat Chiq Neyna nak kongsikan .

   Kepulangan Chiq Neyna di Airport Antarabangsa Penang diambil oleh ayahanda tercinta kerana tuh request dari Chiq Neyna sendiri .Chiq Neyna bergerak ke airport KKIA T2 setelah habis kelas .Then kengkawan Chiq Neyna secara berjemaah menghantar Chiq Neyna ke airport .Terharu kejap .Heee~Sayang uols !

   Chiq Neyna sampai rumah time magrib cenggitu lahh then tak sabar pulak nak jumpa buah hati Chiq Neyna yang kecik tuhh .Bila mata bertentang mata ,anak buah Chiq Neyna malu-malu gitu ,almaklumlah dah 3 bulan tak jumpa kan .

   Esok petangnya Chiq Neyna ziarah kubur arwah ibu tercinta .Dari jauh tertera nama ibu Chiq Neyna di batu nisan dan buat Chiq Neyna sebak .Pusara ibu tercinta Chiq Neyna hampiri .Perlahan-lahan batu nisan itu Chiq Neyna usap .Cuma satu je ayat yang terlintas di hati Chiq Neyna.. 'Ina rindu mak..Rindu sangat..'Terasa macam Chiq Neyna nak korek je pusara mak Chiq Neyna tuh ,biar Chiq Neyna dapat pandang dia meskipun tulang belulang yang menjadi sejarah hidup ibunda Chiq Neyna .Gilakan Chiq Neyna ???

   Seseungguhnya ujian yang Allah berikan pada Chiq Neyna terlalu berat .Apatah lagi ujian itu melibatkan hati dan perasaan .Kesannya sangat mendalam pada Chiq Neyna .Kadang-kadang terasa dah putus asa dengan ujian yang datang bertimpa-timpa .Tapi ,Chiq Neyna perlu kuat kerana Chiq Neyna tahu Allah sayangkan Chiq Neyna sebab tuh lahh dia biarkan hati Chiq Neyna hancur berkali-kali kerana Dia mahu Chiq Neyna hanya berharap pada-Nya...Ampuni aku ya Allah...

   Chiq Neyna kembali ke Kedah untuk mencari semangat yang mampu membuatkan Chiq Neyna kuat untuk meneruskan kehidupan untuk hari-hari akan datang .Semoga ketabahan dan kesabaran itu akan menjadi milik Chiq Neyna..Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan