Halaman

Isnin, 14 April 2014

Perjalanan Ke Tambunan

   Assalamualaikum !Uols pe kabo ??Semoga sihat sejahtera hendaknya .Oh ya ,Chiq Neyna kat sini nak update sikit citer pasal Chiq Neyna ke Tambunan masa cuti mid sem baru-baru neh .Disebabkan nak isi masa lapang yang terluang lagi terbuang ,Chiq Neyna telah mintak mami Chiq Neyna ambik Chiq Neyna di UMS .Nasib lahh ada mami kat Sabah neh ,so tak adala nak sengsorang kat bilik bila roomate balik bercuti semua .Mak takut oke ~Hihihi .

   Tapi sempat jugak lahh Chiq Neyna bercengkerikss sengsorang kat bilik tuhh selama 2 malam .Seriously ,seram sengsorang cenggitu kat bilik ditambah pulak aras semakin lengang .Ini lahh masalahnya bila study jauh kat obersi neh haaa .Nak balik rasa cam tak berbaloi bila tiket mahal .Sadisssss !So that ,bermastautin lahh kat Sabah neh.Huuu~

   Oh ya ,kita berbalik pada pangkal jalan ye .Dah jauh Chiq Neyna fly dari story sebenar .Hiks !Jangan marah eh .Tambunan neh actually terletak di lembah Banjaran Crocker ,Sabah .Cantik tau pemandangan ciptaan Allah neh kalau dilihat dari atas banjaran .Teruja seketika .Perjalanan nak ke Tambunan ambik masa 1jam 30 min melalui banjaran tuhh yang berketinggian 7000 kaki dari aras laut .Tinggi kan?Separuh tinggi dari Gunung Kinabalu tuhh .

   Kat Tambunan neh sememangnya sejuk tak macam kat Kota Kinabalu tuhh .Lepas mandi pun terasa nak mandi lagi tau .Kalau kat Tambunan tuhh rasa macam nak mandi time tengahari je then dah tak nak .Hihihi .Sejuk sangat airnya .Kipas lak jangan harap lahh Chiq Neyna nak buka ,mau membeku jugak kat situ .Tak terasa peluh langsung berbanding kat KK .Kalau Chiq Neyna kat KK time buat assignment pun boleh berpeluh .Hok aloh !Dah macam marathon lak rasa .Heee~

   Chiq Neyna tinggal di kuaters guru SM St.Martin sebab mami Chiq Neyna merupakan tenaga pengajar kat situ .For your information ,sekolah St.Martin merupakan sekolah yang pertama dibuka di Sabah dan dijaga oleh pihak gereja .Hampir seminggu jugak lahh Chiq Neyna bercuti di Tambunan tuhh semata-mata untuk qada balik rehat dan tidur Chiq Neyna yang tak cukup .Hihihi .Boleh bha kalau kau !Puas mak boleh berehat gitu .

   Sekarang neh story panjang-panjang pun buat uols jeles je kann .Hihihi .Jom lahh layan gambor yang Chiq Neyna nak share kat uols neh .Meh terjah !
see ??kat belakang tuh berkabus je .Sijuk !

menghayati kesejukkan di banjaran

Inilah banjarannya .Tinggi kan ?


jalan yang lengang




p/s :Sekian tenkiu !Hee~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan