Halaman

Sabtu, 27 Julai 2013

Rebung a.k.a Keladi vs Pokok Pisang



  Assalamualaikum uols !Hari nih Chiq Neyna nak post satu story yang agak funny bagi Chiq Neyna kerana kerana benda nih lahh bangun Chiq Neyna dihiasi dengan senyuman yang indah .Memang tak mampu nak lupakan untuk seketika walaupun sesudah tidur .

   Sebenarnya macam  nih ceritanya ,Chiq Neyna ada meluangkan masa dengan seorang hamba Allah yang kerap buat Chiq Neyna ketawa .Lebih kurang 2 malam yang lalu ,entah macam mana masa kami sembang terkeluar tajuk pasal rebung .Hamba Allah tuh cakap lahh rebung tuh asal daripada mana ?Uols fikir agak-agak Chiq Neyna tergamam tak ??Memang tak lahh sebab Chiq Neyna terus gelak sampai berair mata nih .Hadoii !Macam nih punya kes pun ada ke ?Hahaha .Then Chiq Neyna cakap rebung tuh asal dari pokok buluh .Boleh pulak hamba Allah nih cakap 'manalahh orang tahu .Orang ingat rebung tuh macam pokok keladi' .Lagi bertambah besar Chiq Neyna ketawakan dia .Hahaha .Kalau tak ,tak adalah pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya' .Wahai hamba Allah yang dikasihi ,rebung dengan keladi tuh tersangat lahh jauh bezanya macam langit dan bumi .Boleh pulak disamakan ye ?

   Geli hati yang tuh belum lagi hilang ,ditambah pulak lawak antarabangsa yang si hamba Allah nih bagi kat Chiq Neyna .Nih kisah pasal pokok pisang pulak .Semua benda yang kelakar berkaitan dengan makanan .Tahu makan je hamba Allah nih ,tapi tak tahu asal usul benda yang dimakan .Hahaha .So ,story punya story pasal pokok pisang dia tanya Chiq Neyna ,pucuk pokok pisang orang buat ulam kan ?Chiq Neyna pun terfikirlah seketika .Pucuk pisang ada orang makan ke ?Selama Chiq Neyna makan pisang nih ,tak pernah try lagi lahh makan pucuk pisang nih .

   Chiq Neyna pun fikir punya fikir rupanya dia maksudkan jantung pisang .Haiyoo !Tunggu apa lagi Chiq Neyna oii ?Gelak lahh .Lepas puas gelakkan dia yang tuh ,Chiq Neyna pun cakap lah batang pisang pun boleh makan and dibuat gulai .So ,memang sedap ah .Uols tahu tak apa respons hamba Allah nih ?'Ada orang makan ke batang pisang yang besar tuh ??'Chiq Neyna dah tak mampu nak jawab soalan dia sebab ketawa Chiq Neyna terus meletus .Agak lama jugak Chiq Neyna ketawakan dia .Dari rasa kenyang terus rasa lapar sebab ketawakan soalan dia dah macam orang paliolitik yang stay dalam gua je .Tapi ,Chiq Neyna rasa orang zaman pra sejarah pun expert jugak .Tapi hamba Allah nih ketegori apa ya agaknya ?Mungkin tak ada dalam senarai kot ?Hahaha .

   Then dia cakap dia nak tanya mak dia pasal gulai batang pisang tuh .Jawapan yang dia dapat dari mak dia lagi lahh menambahkan kegelian hati Chiq Neyna .Macam digeletek tak henti-henti .Mak dia cakap ,'jangan nak malukan orang .Hang pi tidoq' .Hahaha .Jawapan yang sangat bernas dari seorang ibu .Then Chiq Neyna cakap lahh kat dia search lahh kat google kalau nak tengok gambar rebung or batang pisang tuh .Dia pun search lahh .Tak lama lepas tuh ,dia dah jumpa and dia sent picture rebung tuh kat fb Chiq Neyna .Uols tahu apa yang dia komen tentang rebung tuh ?'Rebung nih nampak macam serai lahh' .Pulak dah !Sisa ketawa Chiq Neyna yang berbaki ,Chiq Neyna habiskan untuk terakhirnya .Suka je buat blur .Hahaha ,Penat Chiq Neyna ketawa dengan gelagat hamba Allah nih .
gambar nih lahh yang dikatakan mirip serai .What the fish ??Hahaha

Khamis, 11 Julai 2013

Universiti

 
   Alhamdulillah..Chiq Neyna terlalu gembira kerana dapat tawaran ke universiti dalam peringkat membuat ijazah .Bukan main seronok lagi Chiq Neyna rasa .Macam nak lompat tetinggi je biar sampai ke bulan .Hahaha .Tapi tuh lahh..Chiq Neyna dapat universiti kat Sabah .Jauh tuhh .Chiq Neyna tengok dari gaya ayah Chiq neyna dia macam berat hati nak lepas Chiq Neyna je nak ke sana .Yelahh..Before this mana pernah berenggang dengan family dari umur 1hari sehinggalah umur Chiq Neyna mencecah 20 tahun .Memang patut pun dia rasa macam tuh .Mak Chiq Neyna pun kalau boleh tak nak Chiq Neyna ke Sabah .

   Chiq Neyna ada jugak apply UNIKL dalam bidang bachelor of multimedia tapi Chiq Neyna tolak tawaran tuh sebab Chiq Neyna lebih memilih IPTA walaupun jauh .Unikl tuh just kat KL je pun and dekat nak dbandingkan nak ke Sabah tuh .Kalau dah ke Sabah nanti ,cuti seminngu pun Chiq Neyna takkan balik kecuali cuti sem .Hadoii~Berat hati betul .

   Tapi bila lagikan nak merasa pengalaman merantau ke negeri orang kan ?Pengalam tuh lahh yang akan jadik yang paling bermakna dalam hidup seseorang nanti .Chiq Neyna harap segala urusan Chiq Neyna nak se UMS bulan 9 nanti dipermudahkan oleh Allah .Lagi satu ,Chiq Neyna nih bukan pernah sampai ke airport haa..Mana lahh nak tahu semua urusan nak ke sana nanti .Kalau uols nak berkongsi tips dengan Chiq Neyna sangat-sangatlahh dialu-alukan .Hee~Sharing is caring ,right ?

   Setakat tuh dululahh entry Chiq Neyna pada kali ni .Hee~Daaaa....

Sabtu, 6 Julai 2013

Akad Nikah My Brother

   Assalamualaikum and hi uols !Dah lama betul Chiq Neyna tak update apa-apa post kat blog Chiq Neyna ni .Tapi hari ni ,Chiq Neyna ada something yang Chiq Neyna memang nak share dengan uols iaitu mengenai akad nikah abang Chiq Neyna yang telah berlansung pada petang tadi .Alhamdulillah..Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan oleh kedua-dua pihak .Chiq Neyna turut bergembira dengan kebahgiaan yang diperoleh oleh abang Chiq Neyna pada hari ni .

   Befor tuh ,Chiq Neyna ada buat status kat fb milik Chiq Neyna mengenai akad nikah tuh .Tapi ,Chiq neyna tak mention pun saper yang akad nikah tuh .So ,kononnya Chiq Neyna lahh yang telah akad nikah petang tadi .Haha .Agak funny baca komen rakan fb Chiq Neyna ni .



    Now ,Chiq Neyna nak kongsi dengan uols gambar yang sempat Chiq Neyna sempat snap peang tadi .Tak berapa clear sebab pencahayaan memainkan peranan penting dalam sesebuah photography .So ,kualitinya kurang sebab Chiq Neyna snap guna handphone je .Apa pun ,jom layan gambar di bawah .
ni time tok kadi bagi sedikit taklimat

sempat lagi snap anak sedara Chiq Neyna

masa akad nikah berlangsung

'aku terima nikahnya...'

akak ipar sedang menandatangani borang akuan

gambar tak clear sebab orang yang ambik picture uh kasik goyang phone Chiq Neyna (paling kiri-akak ipar Chiq Neyna)

pasangan merpati 2 sejoli