Halaman

Rabu, 13 April 2016

Dilema

Kau dilema.
Antara kehendak  tuntutan fitrah kau dan tanggungjawab
Ikutkan hati kau pilih keinginan
Tapi akal menyangkal
Kau masih ada tanggungjawab kau pada keluarga

Kemudian kau sedar.
Mereka itu lebih penting dari keinginan kau sendiri
Kau bangkit dari kegilaan nafsu muda
Dan kau tahu
Tuhan itu perancang sebaiknya
Dia tahu bila kau bersedia
Dan kelak kau akan terima kunjungan si dia

Sabar dan istikharah
Jangan gelojoh
Tuhan kenal siapa kau
Bila kemampuan kau
Dia tahu
Lupakan sejenak keinginan kau
Kejar impian kau.

Isnin, 28 Mac 2016

Rahsia Hati

   Kau ingin meluah. Tapi kepada siapa? Mahukah ada yang mendengar? Apakah mereka-mereka itu memahami? Atau cuma sekadar meluah sia-sia?

   Kau diam. Kau fikir. Bebanan hati kian bertambah. Makin disimpan makin menyesakkan dada. Keluhan demi keluhan menjadi melodi bibir kau.

   Kemudian, kau terasa kosong. Kosong dari pendengar setia yang utuh. Kau pendam. Kau diam dan semakin parah. Masa itu kau sedar tiada manusia yang boleh dijadikan tempat kau bergantung.

   Kau mulai terfikir dunia ini ada penciptanya. Kau juga ada penciptanya. Kau dan dunia datang dari pencipta yang sama iaitu Sang Maha Agung. Kau sedar cuma Dia satu-satunya tempat kau boleh merengek-rengek. Dan cuma Dia sahaja yang sudi bersama kau.

   Dari situ hati Kau mula ada rasa tenang. Tenang setelah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Rabu, 6 Januari 2016

Aku Pendosa Tanpa Noktah

Diam, kelu melayan perasaan yang jauh hilang melayang entah ke mana.
Siapa aku?
Apa tujuan aku lahir di dunia yang penuh pancaroba ini?
Apakah setakat mengumpul dosa pahala lalu mati?
Apakah aku mampu jadi yang terbaik di antara yang terbaik?
Diam, kelu melayan perasaan yang kian keliru.

Tuhan...
Kenapa aku begini?
Kenapa aku begitu menjijikkan?
Kenapa aku sukar mendekatkan diri ini ke arah kebaikan?
Kenapa begitu seketika aku mampu berubah
Tak ubah seperti lalang yang ditiup angin.
Diam, kelu melayan perasaan yang kian berkecamuk.

Aku ingin menjadi yang terbaik untuk semua
Tapi
Seringkali aku tewas kerana keraguan
Kerana aku telah ingkar padaMu
Mampukah jua aku jadi yang terbaik
Sedangkan aku mengundang amarahMu?
Beriku hidayahMu lagi Tuhan
Lagi dan lagi
Kerana
Aku manusia tanpa noktah.

Sabtu, 26 Disember 2015

Mimpi Itu Cuma Mimpi

Mimpi itu cuma mimpi
Tak mungkin realiti
Walau tika kita ketawa
Meluangkan masa bersama
Bahagia!
Tapi mimpi itu cuma mimpi

Mimpi itu cuma mimpi
Tak mampu dikawal sesuka
Bibir kaku diam daripada berbicara
Ingin disentuh tapi tak terdaya
Ingin dipegang erat
Tak mahu melepaskannya lagi
Tapi mimpi itu cuma mimpi
Tak mungkin realiti

Mimpi itu cuma mimpi
Hilang tatkala fajar menyinsing pandangan
Lalu kabur hilang entah ke mana
Hanya jadi igauan dalam ingatan
Kerana
Mimpi itu cuma mimpi
Tak mungkin realiti

Yang merindui,
Anakmu      

RINDU

Termenung. Terkenang.
Tiba-tiba satu rasa menyelinap masuk
Menyentuh hati tanpa rela
Rindu. Aku rindu.
Entah kenapa rindu ini tak pernah berkurang
Menyeksakan dan menyesakkan dada!
Sukar! Semua itu terlalu sukar bagiku
Rindu tanpa mampu bersua
Titisan air mata tiada yang menghapus
Sendirian aku menahan perasaan
Tuhanku...
Kau permudahkanlah apa yang sukar
Dekarkan pada yang jauh
Tiada kuasa padaku untuk mengubah
Hanya Kau Tuhanku
Hanya Kau mampu membantuku...

Ahad, 6 Disember 2015

Review Filem Pendek Reinkarnasi


"aku dihina kerana kuasa. Aku dikeji kerana manusia
Taraf kita hanya hamba dan taraf kita sama"

   Filem pendek Reinkarnasi menyingkap segala persoalan yang bermain di fikiran anda. Dengan mempertaruhkan sebuah filem berkonsepkan indie eksperimental hasil cetusan 12 orang pemikir  muda, segalanya terkandung dalam filem ini.

   Filem ini mengisahkan tentang pencarian kebenaran oleh fahmi setelah dia jatuh ke lembah durjana yang telah menghancurkan hidupnya. Kerana ketamakkan kuasa golongan atasan dan terdesak dek kehidupan, akhirnya semua itu telah menyebabkan Fahmi meringkuk di dalam penjara.

   Namun, tidak dibiarkan sisa hidupnya menjadi sia-sia. Dia bangkit mencari cahaya yang akan menerangi hidupnya meskipun dicemuh dan dihina oleh manusia. Rintangan yang dihadapi makin menyukarkan jalan yang dipilih. Tomahan demi tomahan, fitnah demi fitnah menyelebungi setiap helaan nafasnya.

   Tunggu apa lagi? Nantikan kemunculan filem Reinkarnasi yang akan dibawa oleh Royal Studio kepada anda! BUKAN SEKADAR MENONTON, ANDA JUGA MUNGKIN BERTUAH MENDAPAT HADIAH-HADIAH MENARIK DARI PRODUKSI ROYAL STUDIO HANYA MELALUI PEMBELIAN TIKET SAHAJA.

RM 3 = HARGA BIASA
RM 5 = TIKET + MAKANAN RINGAN
COMBO = BELI 3 TIKET DENGAN HARGA RM 8 + PERCUMA KUPON KFC (POTONGAN HARGA SAHAJA)

JANGAN LUPA SAKSIKAN FILEM PENDEK  KAMI PADA KETETAPAN BERIKUT :

JUMAAT 18 DISEMBER 2015 : 2.30PM
SABTU 19 DISEMBER 2015 : 4.00PM
AHAD 20 DISEMBER 2015 : 11.30AM
TEMPAT: DEWAN RESITAL, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEBARANG TEMPAHAN TIKET BOLEH MENGHUBUNGI :
013-5269050 ELLY
014-8431032 ADDA