Walaupun sudah sekian lama mereka tidak behubung tapi dia tetap ingin mengetahui keadaan insan yang pernah bertakhta di hatinya walaupun perkenalan mereka hanyalah sesingkat waktu .Tiada siapa pernah tahu bahawa dia terlalu mencintai insan itu .Sayangnya hingga melebihi dirinya sendiri .Dan insan itu juga tidak pernah mengetahui...
Walaupun rasa sayang itu telah lama hilang tapi dia masih lagi berharap bahawa dia akan selalu update tentang insan itu dengan caranya tersendiri .Ya ,dia seorang stalker .Menjadi seorang stalker setelah insan itu pergi dari sisinya akibat kelancangan kata-katanya sendiri .
Dia cuma insan biasa yang terkadangnya banyak kesilapan sehingga dia sendiri tidak perasan .Cuma satu ,dia masih mahu berjumpa dengan insan itu walaupun pertemuan itu sekadar kebetulan .Dia ingin melihat wajah insan yang pernah dia cintai sepenuh hati dan pernah membuat hidupnya gundah kerana kelibat insan itu terus menghilang .
Meskipun kisah itu telah menjadi sejarah dalam hidupnya ,dia masih lagi menjadi stalker kerana ingin mengetahui khabar insan itu walaupun terkadang hasilnya mengecewakan .Kerana insan itu tersangat istimewa di hatinya umpama seorang hamba Allah yang tersangat sempurna dan tiada cacat celanya .Pada akhirnya dia akui dalam kepayahan bahawa insan itu takkan pernah lagi kembali dalam hidupnya seterusnya berharap suatu keajaiban akan berlaku kerana dia takkan pernah berhenti menjadi seorang stalker....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan