Halaman

Ahad, 7 September 2014

Cerita Si Stalker

   Walaupun sudah sekian lama mereka tidak behubung tapi dia tetap ingin mengetahui keadaan insan yang pernah bertakhta di hatinya walaupun perkenalan mereka hanyalah sesingkat waktu .Tiada siapa pernah tahu bahawa dia terlalu mencintai insan itu .Sayangnya hingga melebihi dirinya sendiri .Dan insan itu juga tidak pernah mengetahui...

   Walaupun rasa sayang itu telah lama hilang tapi dia masih lagi berharap bahawa dia akan selalu update tentang insan itu dengan caranya tersendiri .Ya ,dia seorang stalker .Menjadi seorang stalker setelah insan itu pergi dari sisinya akibat kelancangan kata-katanya sendiri .

   Dia cuma insan biasa yang terkadangnya banyak kesilapan sehingga dia sendiri tidak perasan .Cuma satu ,dia masih mahu berjumpa dengan insan itu walaupun pertemuan itu sekadar kebetulan .Dia ingin melihat wajah insan yang pernah dia cintai sepenuh hati dan pernah membuat hidupnya gundah kerana kelibat insan itu terus menghilang .

   Meskipun kisah itu telah menjadi sejarah dalam hidupnya ,dia masih lagi menjadi stalker kerana ingin mengetahui khabar insan itu walaupun terkadang hasilnya mengecewakan .Kerana insan itu tersangat istimewa di hatinya umpama seorang hamba Allah yang tersangat sempurna dan tiada cacat celanya .Pada akhirnya dia akui dalam kepayahan bahawa insan itu takkan pernah lagi kembali dalam hidupnya seterusnya berharap suatu keajaiban akan berlaku kerana dia takkan pernah berhenti menjadi seorang stalker....

Selasa, 2 September 2014

Aku Mahu Seperti Itu Kelak

   Perbualan antara aku dan mami ketika di dapur pada petang itu membuatkan aku banyak terfikir .Mujurlah dia sependapat seperti aku.
"Lately ni Nina ada tengok satu gambar pertunangan kawan Nina masa sekolah dulu .Bukan main grand majlisnya .Ada pelamin bagai .Adat melebihi cara Islam"
"Orang zaman sekarang memang macam tu .Tapi mami tak nak nanti kau bertunang macam tu .Simple sudah"
Aku mengangguk tanda setuju .Sememangnya itu cita-cita aku .Bersederhana dan tidak riak.
"Nina tak mau lah buat majlis macam tu .Nina nak simple .Buat macam majlis kesyukuran je."
"Alah..Tak payah buat besar-besar .Cukup antara 2 buah keluarga yang terlibat."
Sekali lagi aku mengiakan kata-kata mami yang memang ada benarnya.
"Kalau ada tunang kau kat situ ,mami nak tanya dia sama ada dia nak kahwin ngan kau pada waktu tuh jugak atau pun tak .Kalau dia nak ,hari tu jugak korang akad nikah."Sambung Mami.
Statement mami memang dah buat aku ketawa besar .Ini betul-betul dasyat .Selalunya seorang ibu mesti cerewet dan mahukan perancangan yang habis teliti .
"Mami cakap betul .Berani ayah kau nak halang mami buat macam tu .Lepas kau dah nikah senang .Tak adalah dosa kalau korang nak berkepit ."
Aku masih meneruskan ketawa yang masih tersisa .Advance jugak mami aku ni .
"Buat apa tunang lama-lama ?Kau tau ,masa bertunanglah banyak ujian besar .Dari korang bertunang lama-lama baik esok tu terus nikah ."
Mami masih berpegang kuat kepada kata-katanya .Aku cuma tersenyum .

Kemudian perbualan terus dilanjutkan sehingga ke perkahwinan .Aku menjadi pendengar dan seronok tengok mami yang suka bercerita dengan penuh semangat .
"Mas kahwin mami RM100 je dulu .Tu pun terpulang kat ayah kau dia nak bagi berapa sebab mami tak kisah .
Mudahnya masa dorang berkahwin dulu .Cemburu mula menjentik tangkai hati.
"Sebaik-baik wanita adalah murah mas kahwinnya kan ,Mi ?"
Mami mengangguk dan setuju dengan aku.