Halaman

Khamis, 21 November 2013

I miss You,Mom


 Deraian demi deraian air mata menuruni pipi ini .Aku menangis sendiri tatkala tiada sesiapa di hadapanku agar aku tidak dilihat sebagai seorang yang lemah dan tidak mampu untuk menerima kenyataan .Hati siapa tidak sayu apabila kehilangan orang yang sangat dicintai dan pernah menyusukan diri ini serta menjaga aku tanpa ada rasa jemu .Hampir genap 2 minggu ibuku meninggalkan aku yang masih terkapai-kapai inginkan kasih sayang serta perhatian darinya .Aku benar-benar rindukan arwah dan teringin untuk memakan masakannya yang mampu membuatkan aku menjilat jari setiap kali aku merasainya .

   Tidakku sangka ibu meninggalkan aku secepat ini .Terlalu banyak perkara aku ingin lakukan bersama-samanya .Sangat banyak...Alangkah indahnya jika masa itu mampu diputarkan .Akan aku menghargai setiap detik yang berlalu .Akan aku buat dia selalu tertawa dengan ceritaku dan menjadi pendengar setia saat dia menceritakan kisah dia padaku .Terbayang saat aku bersama ibuku ,saat dia menunggu kepulangan aku dari sekolah dan menemani aku makan .Ibuku selalu marah padaku kerana aku sering mengusiknya .Itulah hobi yang sering aku lakukan apabila aku bersamanya .Ya ,aku gemar mengusik ibuku .

   Aku juga selalu memandang wajahnya tika dia tidur disebelah aku .Aku tatap wajah tua ibuku yang tidak pernah berhenti memberikan kasih sayangnya pada aku .Tapi...Semua itu aku tidak lagi mampu lakukannya .Aku hanya mampu menatap potretnya yang kaku dan tidak memberikan apa-apa respons kepada diriku .Aku masih dapat rasai kehadiran ibuku di sisi aku .Walaupun dia telah meninggalkan dunia ini untuk selamanya ,aku dapat merasakan semangat ibuku ada dalam sekeping jiwa yang lara ini .

   Ikhlaskan..Relakanlah..Semua yang hidup pastikan mati .Lagu ini benar-benar meruntunkan jiwa aku .Aku selalu menginginkan agar ibuku dapat menjemputku di airport semasa kepulanganku dari Sabah dan menyambutku dengan senyuman ,ternyata itu semua hanya angan-angan yang tidak akan menjadi realiti lagi .I1 Sept 2013 ,itulah hari terakhir dia menghantar aku ke airport dan tangisan perpisahan yang terakhir yang aku lihat gugur dari kelopak matanya .Mak ,Ina terlalu rindukan mak !!!!

   Aku tidak mampu lagi untuk menahan air mata ini dari terus gugur apabila terkenangkan ibuku .Walaupun mereka melihat aku senyum dan tertawa ,itu hanyalah luaran diriku sahaja .Di dalam hati ini ,aku menanggung sedih dan rindu yang menggunung kepada seorang wanita yang sangat aku sanjungi .Nampak seperti aku sudah tidak lagi berduka cita ,tapi hanya Allah yang mengetahui sebagaimana perasaan ini .Aku mencintai dia .Ya..Aku terlalu mencintai ibuku .Ibuku yang berusia 55 tahun telah meninggalkan seorang suami yang setia mencintainya ,seorang ibu yang telah tua ,3 orang anak beserta seorang cucu yang tidak mengenal apa itu kesedihan dan perpisahan .

   Wahai ibuku yang dikasihi ,tenanglah ibu di sana .Walaupun dikau telah meninggalkan diri ini pada usia yang muda dan masih lagi memerlukan bimbingan darimu ,anakmu ini cuba untuk terus kuat dan bertahan walau tanpa dirimu ibu di sisi ini .Ingin sekali anakmu ini bermanja denganmu seperti dahulu kala tetapi ia tidak mungkin akan terjadi kerana dirimu telah pun kembali menghadap Ilahi .Anakmu akan teruskan perjuangan ini sehingga selesai dan akan membuatkan keluarga kita bahagia .Anakmu ini yakin walaupun ibu tiada di dunia yang fana ini tapi semangat serta kasih sayangmu masih berada bersama kami .Ibu..Maafkan diri ini yang tidak berkesempatan untuk memberikanmu kemewahan hidup atas kejayaan yang bakal dicapai kelak .Berbahagialah ibuku di sana bersama keluarga kita yang juga telah lama pergi meningglkan dunia ini .

   Ya Allah ,ya tuhanku .Aku merayu padaMu agar engkau menjauhi ibuku dari azab api nerakaMu yang menyeksakan .Tempatkan lahh ibu yangku cintai di syurgaMu yang indah .Berikanlahh ibuku kebahagiaan serta kesenangannya di alam sana .Kau kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihaniku sewaktu aku masih kecil .Limpahkan rahmatMu pada ibuku .Ya Rab ,berikan ibuku kebahagiaan yang sepatutnya menjadi haknya .Aku mohon...Kabulkanlah..Amin ya rabbalalamin..

p/s :luahan seorang anak yang terlalu rindukan ibunya yang telah pergi meninggalkannya dan tak akan pernah kembali lagi .Terima kasih kerana sudi membaca .Al-fatihah untuk ibuku yang telah pergi menghadap pencipta sekalian alam .

 

Rabu, 13 November 2013

Memoir Bersama Ibuku...

   Pada tanggal 11 Nov 2013 iaitu pada hari Ahad ibuku telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini .Sungguh berat hati ini untuk menerima pemergiannya yang sungguh cepat sedangkan aku masih lagi memerlukannya .Di usia 20 ini ,aku telah kehilangan bonda yang sangat aku cintai .Mujurlah 2 minggu sebelum pemergiannya ,aku telah pulang ke negeri Kedah untuk menjenguk serta menjaganya .Keputusan itu aku buat apabila aku mendapat khabar ibuku masih terlantar dihospital .Hatiku menjadi tidak keruan .Oleh kerana itulah aku telah membuat keputusan untuk pulang .

   Khabar tentang ibuku terlantar dihospital tidak diberitahu oleh keluarga aku di semenanjung kerana mereka khuatir pembelajaran aku terganggu .Aku berpura-tidak tahu agar mereka percaya aku tidak tahu akan keadaan ibuku .Aku mengetahui keadaan ibuku melalui nenekku pada hari raya korban .Walhal ibuku telah terlantar dihospital selama 2 hari sebelum hari raya korban .Aku menangis kerana aku langsung tidak tahu apa-apa .Padahal aku sangat rindukannya .Aku ada menghubunginya tetapi ayah aku cakap mak aku ada dan pada waktu itu ayah aku di luar .Aku hubungi semula pada hari raya ,kakak aku memberitahu bahawa ibuku keluar bersama abang aku .Pada sebelah petang aku kembali menghubungi keluarga aku disemenanjung .Panggilan aku disambut oleh nenekku dan dia telah memberitahu aku segalanya .

   Lepas satu minggu berlalu ,aku kembali menghubungi keluarga aku dan menanyakan tentang kedaan ibuku dan dia masih terlantar dihospital malah ditukarkan ke hospital lain .Sekali lagi aku menangis mengenangkan keadaan ibuku .Lalu aku membuat keputusan untuk pulang ke semanjung pada hari Selasa kerana pada hari Isnin aku mempunyai test .Pada petang Ahad itu ,abang aku telah menghubungi aku dan mengatakan bahawa ibuku ingin berbicara dengan aku .Aku sebak tetapi aku mengawal perasaan aku .Ibuku menangis dan tidak mampu bersuara .Mungkin kerana dia terlalu rindukan aku .Aku memberitahunya aku akan pulang untuk menemuinya dan berita tersebut ternyata membuatnya gembira .

   Pada hari Selasa ,aku telah pulang ke Kedah aku terus menemui aku di hospital dan keadaanya sangat mengejutkan aku .Keadaan ibuku sangat berbeza .Pada keesokkan harinya aku telah mengambil alih untuk menjaga ibuku .Aku berusaha untuk membuat dia ketawa .Dia ketawa walaupun dalam kepayahan .Aku menceritakan pengalaman aku selama aku belajar di Sabah .Ibuku mendengar dengan setia .Pada hari Jumaat aku telah menemani ibuku tidur dihospital .Aku tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana aku khuatir jika dia mahukan apa-apa .Pada hari Jumaat malam kakak sepupu aku telah mengambil aku dirumah kerana dia akan menghantar aku ke airport Penang pada awal pagi esoknya .Pada malam itu juga aku menemui ibuku dihospital untuk kali terakhir sebelum aku berangkat ke Sabah .

   Setelah seminggu berlalu ,aku menanyakan khabar ibuku melalui mesej kepada ayahku .Ayah aku memberitahu bahawa keadaan ibuku semakin baik .Aku gembira mendengarnya walaupun ibuku masih dihospital .Kemudian selepas beberapa hari selepas itu ,abang aku menghubungi aku pada pagi ahad yang lalu .Dia memberitahu keadaan ibu aku semakin tenat dan aku diminta untuk membaca surah yassin .Hati aku mula gelisah .Aku menangis .Setelah beberapa minit ,ayah aku menelefon aku dan memberitahu aku agar bersiap sedia untuk pulang ke Kedah sekiranya ada apa-apa terjadi .Aku kembali menangis .

   Dalam pukul 9.30am aku keluar ke bandar Kota Kianabalu untuk menemani sahabatku serta untuk menghilangkan rasa sedih yang bersarang di hati ini .Ketika aku di situ ,aku mendapat panggilan dari ayah aku dan meminta aku untuk pulang .Pada waktu itu jam menunjukkan pukul 12pm .Aku tidak berani memberi jaminan kerana aku khuatiri tiada flight untuk aku pulang ke Penang .Hati aku mula tidak tenang .Semasa menunggu bas untuk pulang ke UMS ,aku menangis di bus stop sambil ditemani sahabatku yang lain dan mereka berusaha menenangkan aku .

   Ketika dalam perjalanan pulang ke UMS ,sekali lagi ayah aku menelefon aku .Dia ingin tahu jadual penerbangan aku ke Penang .Aku meminta ayah aku untuk menunggu kerana aku di dalam bas pada ketika itu .Sesudah aku tiba di bilik ,aku terus on laptop aku untuk menyemak jadual penerbangan .Untuk sekian kalinya ,ayah aku menghubungi aku ."Ina ,mak dah tak ada ."Aku terdiam seribu kata .Sebak .Terkejut ."Ayah harap Ina bersabar .Esok pagi ayah akan kebumikan mak ."

   Setelah panggilan ditamatkan ,aku meraung semahu-mahunya .Emak telah pergi tinggalkan aku !Kawan aku telah membantu aku menghantar aku ke airport walaupun masih ada seorang sahabat lagi yang ingin menghantar aku ke airport .Flight aku dalam pukul 4pm macam tuhh. Dalam flight, air mata ini tak henti-henti mengalir .Penerbangan aku mengambil masa selama 2 jam 45 minit .Setelah tiba di airport Penang ,abang aku telah menunggu .Aku tiba di rumah hampir pukul 1 pagi .Setiba aku dirumah ,aku merapati sekujur tubuh yang terbaring kaku dihadapanku .Lalu kain yang menutupi wajah ibuku aku buka .Terpampang wajah pucat ibuku .Wajahnya tenang dan seakan-akan tersenyum .Air mata aku kembali mengalir .

   Dua sahabatku Adik yang Aisyah ,mendapatkan aku .Mereka memelukku dan menenangkan aku .Aku benar-benar tidak percaya bahawa tubuh itu adalah ibu yang pernah melahirkan diri ini .Aku menangis tanpa henti .Mereka turut menangis ."Sabar Nina ,mak hang tak nak tengok hang sedih macam ni ."Jantungku seakan mahu berhenti melihat ibu aku yang sudah tidak bernyawa dihadapan aku .Malam itu aku tidur berdekatan dengan mayat ibuku .Terasa sayu hati ini pabila mengenangkan dirinya telah meninggalkan aku pada usia aku yang masih muda dan masih lagi memerlukan kasih sayangnya .

   Aku tidak tidur walaupun badan ini terasa letih .Pada pukul 4 pagi terdengar suara ayah aku dengan sayunya membacakan surah suci dihadapan tubuh ibuku .Ya Allah...Ingin sekali aku menggerakkan tubuh ibuku agar ia bangun .Sesungguhnya ia sangat menyulitkan .Setelah matahari terbit ,orang kampung dan saudaraku mula memenuhi ruang rumah .Pukul 10pagi ,ibuku diangkat untuk dimandikan .Entah ke berapa kali ,air mata ini kembali gugur .Setelah siap ibuku dimandi ,sekali lagi ibuku diangkat untuk dikafankan .Air mata ini masih tidak mahu berhenti .Mereka meminta agar kami mencium ibuku buat kali terakhir .Seorang demi seorang mencium ubun-ubun ibuku .Mereka meminta agar aku mengesat air mataku agar tidak mengena tubuhnya .Aku segera berbuat demikian ,perlahan-lahan aku mengucup dahinya .Lama .Terasa sejuk di bibirku .

   Mereka mula mengafankan ibuku .Terasa berat hati ini untuk melepaskan dia pergi setelah dia dimasukkan ke dalam keranda .Ya...Ibuku telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya dan takkan pernah lagi kembali .Ketika di tanah perkuburan ,aku lihat ibuku dikebumikan .Aku ingin menghalang mereka berbuat demikian ,tapi apakan daya .Ibuku takkan kembali .Upacara pengebumian berjalan dengan lancar .Pada malam itu ,hujan .Terdetik di hati aku 'mak sejuk ke kat sana ?Ina mintak maaf sebab Ina tinggalkan mak seorang di situ .Ina rindu mak !' .Air mata ini sekali lagi menuruni curam wajahku dan melewati pipiku dan jatuh di atas bantal .

   Abang aku ada menceritakan sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir ,dia ada menyebut nama aku serta abang-abangku .Aku sebak kerana aku tiada saat hembusan nafasnya yang terakhir .Tapi aku sedikit lega kerana aku sempat bertemu dan berjasa dengannya saat dia sakit .Aku sempat buat dia ketawa dan...aku sempat buatkan dia sup ayam saat dia teringin memakan sup ayam .Itulah masakan yang terakhir dia rasa hasil masakan aku dan kali terakhir aku masak untuknya juga kali terakhir aku menyuapnya .Ya Allah ,lepas ni aku dah tak berpeluang lagi menyuap ibuku seperti hari-hari yang lalu...

   Mak..Ina belum sempat bahagiakan mak dengan kejayaan Ina menggenggam segulung ijazah .Mak terlebih dahulu meninggalkan Ina .Ina tak sempat nak bawa mak berjalan-jalan di bumi Sabah .Dan Mak tak sempat untuk tengok Ina memakai jubah sewaktu Ina graduate suatu hari nanti .Allah terlebih dahulu menyayangi mak .Allah tak sanggup nak biarkan mak sakit lama-lama dan kerana itulah dia ingin mak bertemu denganNya .Mak...Ina terlalu rindukan mak .Setiap apa yang Ina buat ,Ina terbayangkan saat mak ada .Mak ,tenanglah mak di sana bersama arwah abang Iskandar .Ina yakin sekarang mak bersama abang Iskandar .Abang Iskandar dah lama menunggu mak di syurga .Ina ikhlas lepaskan mak dari sisi ini walaupun berat...Pergilah mak..Ina akan selalu menyayangi mak .Sehingga kini Ina masih merasakan mak masih ada di rumah ini....

p/s :Sampai di sini dahulu coretan Chiq Neyna kerana sebak untuk meneruskan coretan lagi .Pesanan Chiq Neyna ,hargailah ibu bapa uols sebelum mereka meninggalkan uols kerana mereka tiada ganti di dunia ini .

Khamis, 7 November 2013

Kenangan Oh Kenangan

   Hi uols !Hari nih Chiq Neya nak update sikit tentang sweet moment Chiq Neyna .Tetiba je rasa nak update tentang kenangan Chiq Neyna bersama bff(Mr.Boy) Chiq Neyna .Dah lama betul Chiq Neyna tak jumpa dengan dia .Rindu pulak(kalau dia baca entry nih .confirm bangga siot) .Macam2 kisah di antara kami .

   Mr.Boy seorang yang sangat nakal bagi Chiq Neyna .Chiq Neyna selalu jadi mangsa usikannya .Alahaii !Rindu lahh kat hang Mr.Boy !Tersenyum sengsorang Chiq Neyna kalau terbayangkan kisah kami berdua .Ada masa kami bergaduh dan ada masa kami bergelak ketawa .Kalau lahh masa itu boleh diputar saat Chiq Neyna di tingkatan 6 ,Chiq Neyna tak akan sia-sia kan masa tuhh .

   Masa di ting. 6 lahh Chiq Neyna dan Mr.Boy menjadi sangat rapat .Padahal kami bukanlah rakan sekelas .Chiq Neyna ingat lagi ,pernah suatu hari cikgu MUET Chiq Neyna pernah tanya sama ada Chiq Neyna dan Mr.Boy skandal .Chiq Neyna memang confirm lahh nafikan .Tapi classmate Chiq Neyna bukan nak back up Chiq Neyna ,malah kena troll lagi .Memang hampeh !Tetiba je Mr.Boy lalu depan kelas Chiq Neyna dan terus cikgu Chiq Neyna tanya .Boleh pulak Mr.Boy tuhh mengaku .Wuaa !Bukan main Chiq Neyna membangkang ,suka suki je dia admit .Bertambah lebar senyuman cikgu Chiq Neyna .OMG !

   Pernah suatu ketika Chiq Neyna merajuk dengannya .Chiq Neyna langsung tak peduli dengan dia and Chiq Neyna geram sangat dengan Mr.Boy .Uols tahu apa Mr.Boy buat ?Dia telah minta pertolongan dari adik lower 6(Syafiq) pujuk Chiq Neyna .Kebetulan Chiq Neyna memang rapat dengan Syafiq tuhh .Dari orang tak tahu Chiq Neyna merajuk dengan dia ,tak pasal-pasal si Syafiq dah tahu .Patutlahh Syafiq tuhh pandang Chiq Neyna lain je .Petang tuh ,Syafiq mesej Chiq Neyna sama ada kami couple .Naik pening Chiq Neyna dengan pendapat orang nih .Bila dinafikan tak nak percaya bila tak dinafikan lagi lahh mereka percaya .Haishh !

   Walaupun Mr.Boy sangat nakal orangnya ,tapi hatinya baik .Dia selalu menolong Chiq Neyna .Kan best kalau dia satu kampus dengan Chiq Neyna .Mesti happy je life Chiq Neyna dengan sikap dia yang nakal tuhh .Satu je impian Chiq Neyna ,bila balik Kedah nanti ,Chiq Neyna nak spent time dengan dia .Nak tengok wayang ,nak makan dengan dia dan nak gaduh-gaduh dengan dia macam dulu ,Rindu sesangat semua tuh !

   Pernah jugak dahulu ,Chiq Neyna kejar dia satu tingkat blok ting.6 .Macam childish kan ?Hek !Hek !Tak kisah lahh .Semua tuhh sangat indah bagi Chiq Neyna walaupun ianya merupakan sebuah kenangan yang takkan terulang .Tapi ,dia tetap bff Chiq Neyna the best in the world !Hobi Chiq Neyna dahulu suka je pijak kasut Mr.Boy nih kalau Chiq Neyna geram .Hobi Mr.Boy lak suka mencuri kasut Chiq Neyna dan menyembunyikannya .Mr.boy !Aku rindu hang !(tolong kembang sikit tau kalau hang baca entry neh and jgn lupa belanja aku koteow bandung .heee) .
potret Chiq Neyna yang pernah dilukis oleh Mr.Boy pada suatu ketika dahulu


p/s :Setakat sini dulu lahh Chiq Neyna menaip .Tulis pepanjang nanti ,makin kembang and tak kuncup dah Mr.boy tuhh .Pantang dipuji .Hohoho .Daa~

Rabu, 6 November 2013

Cerpen Andainya Kau Tahu

 
 Matanya tertancap pada sekeping gambar yang memberikannya seribu satu jenis kenangan .Setitis air matanya menuruni curam wajahnya .Di kesat air mata itu .Walaupun begitu ,air matanya masih tetap tidak mahu berhenti mengalir .Air mata tersebut terus menerus membasahi pipinya .Kebelakangan ini ,air matanya begitu mudah mengalir tanpa dipinta .Maafkan aku Mia .Aku terlalu sayangkan kau .Aku sangat menyayangi dirimu .Aku harap kau mampu memaafkan diri ini .
   Perlahan-lahan dia Zikri meletakkan gambar Mia yang sedang tersenyum riang di sisinya .Dia cuba memejamkan matanya serapat yang mungkin .Acap kali dia berbuat demikian ,wajah comel Mia akan terbayang difikirannya .Lantas dia membuka kembali kelopak matanya .Aku rindu kau !Sungguh aku benar-benar maksudkannya !Fahamilah aku,Mia...Aku tahu aku bersalah dan aku menyesal kerana telah menyakiti hatimu .
   Satu demi satu kenangan manis antara mereka mengimbau rasa .Masih kekal lagi diingatannya sewaktu Mia menangis dihadapannya kerana ego lelakinya yang setinggi gunung Everest .Dia telah memutuskan persahabatannya dengan Mia kerana cemburu !Ya ,cemburu yang tak pernah diungkapkan rasanya kepada gadis itu .Zikri mencintai gadis itu sepenuh hati .Tapi ,rasa cinta itu disemat rapi di dalam hatinya .Kerana perasaan itulah dia telah meninggalkan Mia tanpa alasan yang Mia sendiri tidak mengerti .
   “Kenapa kau nak putuskan persahabatan kita,Zik ?Kau sanggup keluarkan kata-kata kejam tu setelah 2  tahun kita berkawan ?Kenapa Zik ?Jawab soalan aku !Kenapa kau diam ?”Soal Mia dalam sebak yang mulai menguasai dirinya .
“Kau tak perlu tanya soalan tu .Aku ada sebab tersendiri kenapa aku buat keputusan untuk putuskan persahabatan kita .”Jawab Zikri tanpa memandang wajah Mia .
“Tapi kenapa,Zik ?Aku tak paham .Aku sayangkan persahabatan kita .”Sayu suara Mia menuturkan kata .
Tapi kau tak sayangkan aku seperti mana aku menyayangi kau !Bentak suara hati Zikri .
“Demi kebahagian kau aku lakukan semua ni .Aku harap kau faham .”Zikri meninggalkan Mia sejurus berkata demikian .Hati Mia bagaikan dirobek dengan kejam oleh sahabat baiknya .Air matanya terus menitis tanpa sempat dihalang .Kau kejam !Jerit hati Mia .

   “Zik.”
Zikri sedikit menoleh .Dia tahu Mia masih inginkan jawapan darinya .Mia cuba merapatkan dirinya dengan duduk di sebelah Zikri .
“Aku minta maaf kalau aku dah sakitkan hati kau .Tapi aku nak tahu kenapa kau berubah ?”
“Jangan ganggu aku boleh ?Aku rimaslah .”Lantas Zikri mengambil begnya dan beralih tempat .Sekali lagi hati Mia terasa seperti disentap dengan kuat sekali .Ingin sekali ia menangis di situ ,tetapi ditahannya .Zikri memandang Mia melalui hujung matanya .Kau nak tahu kenapa ?Sebab kau pilih lelaki tu !Aku tak sanggup untuk menerimanya !Tolong berikan ruang untuk aku bernafas tanpa kau .
   Sewaktu di dalam kelas dia benar-benar tidak fokus apa yang diajar oleh pensyarahnya .Fikirannya benar-benar bercelaru .Dengan tiba-tiba dan tanpa alasan yang kukuh Zikri berubah laku .Adha yang berada disebelah Mia bagaikan tidak wujud .
“Mia ,awak kenapa ?”Tanya Adha yang mulai aneh dengan sikap Mia sejak kebelakangan ini .Mia seringkali melihat ke arah Zikri .Kenapa dengan lelaki itu ?Adakah Mia sudah menaruh hati kepada Zikri ?Biarkan sahajalah jika lelaki itu tidak mahu bersahabat lagi dengan Mia .Aku masih ada untuk Mia .Aku pasti akan bahagiakan Mia .
“Tak ada apalah .Saya tak berapa faham lecture ni .”Dalih Mia .
“Nanti saya akan terangkan kat awak ,okey ?”Mia hanya mengangguk .Sekali lagi dia memandang ke arah Zikri yang leka dengan kuliah yang diberikan oleh Prof.Ahmad .Mia sekali lagi cuba mendapatkan Zikri setelah mereka habis kelas .Dihalang laluan lelaki itu .Seperti biasa Zikri akan cuba mengelak daripada berbicara dengan Mia .Dia segera mengubah haluan .Mia cepat-cepat megejar dari belakang .Tanpa disedari Mia telah tersadung membuatkan dia terjatuh .Tetapi Zikri tetap mengaturkan langkahnya tanpa menghiraukan Mia walaupun hatinya terasa begitu bersalah .Dia kan ada Adha .Jadi ,dia tidak perlukan aku lagi .Gumam Zikri .
   “Zik ,tunggu !”Jerit Mia .Mia tidak lagi menghiraukan setiap mata rakan kelas yang memandangnya .Dia bingkas bangun dan terus mengejar Zikri yang semakin menjauh darinya .Setelah dekat ,dia menarik tangan Zikri .
“Zik !”
“Kau nak apa ?”Soal Zikri angkuh .
“Kenapa dengan kau ?”
“Kenapa apa ?”Soal Zikri kembali .Mia mengetap bibirnya .
“Kenapa kau benci aku ?”
“Aku tak benci kau .”
“Habis tu kenapa kau buat aku macam orang asing bagi kau ?Kau mengelak dari aku setiap kali aku mahukan jawapan dari kau .Kau putuskan hubungan kita .”
“Aku dah tak suka kau .Kau tak layak untuk berkawan dengan aku .”Jawab Zikri bersahaja .Dipandang wajah lelaki itu dengan segenap jiwanya untuk mencari kepastian .Mia melepaskan pegangan tangannya dari menggenggam tangan Zikri .Air matanya sudah bertakung di kelopak matanya dan bila-bila masa sahaja akan berjuraian gugur .Jantungnya bagaikan ingin berhenti berdegup mendengar jawapan daripada Zikri ibaratkan halilintar yang memanah dirinya .Sakit rasanya !
“Maafkan aku .”Mia terus menyusun langkah meninggalkan Zikri .Aku takkan ganggu kau lagi .Aku minta maaf sekiranya aku tidak sempurna untuk menjadi sahabat kau .Zikri menghayunkan langkahnya membontoti Mia dari belakang .Tapi langkahnya terhenti apabila Adha merenung ke arahnya dengan pandangan yang tidak puas hati .Zikri kembali berpusing dan mengambil haluannya yang asal iaitu pulang ke bilik secepat yang mungkin .

  Zikri membaringkan tubuhnya di atas tilam .Terasa lenguh badannya setelah bertungkus lumus menyiapkan assignment .Dia mengambil telefon bimbitnya setelah terdengar bunyi menandakan mesej masuk .Tertera nama Mia Comot di skrin telefon bimbitnya .Dia membuka mesej tersebut .
‘Zik,aku nak jumpa kau sekarang.Tempat biasa.’
Zikri lambat-lambat membalas.
‘Malas.’
Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi .
‘Please...’
‘Jgn gangu aku.Bye.’
Zikri meraup wajahnya .Jika ikutkan hatinya ,mahu sahaja dia berjumpa dengan Mia .Tetapi egonya melarang keras .Mia milik Adha .Ya Tuhanku ,kenapa aku begini ?Kenapa Mia tidak menjadi milik aku ?Kenapa dia menerima lelaki itu ?Tidak cukupkah kasih sayang dan masa yang telah aku luangkan bersamanya ?Kenapa dia perlu mencari orang lain untuk berdamping dengannya ?Tidak cukupkah aku ?Seandainya kau mengerti Mia apa yang aku rasa...
   Untuk sekian kalinya hatinya direnyuk oleh Zikri .Kenapa dengan kau Zik ?Kenapa kau sanggup buat aku seperti insan  yang tidak pernah menjadi sebahagian daripada hidup kau ?Aku benar-benar minta maaf jika aku benar-benar tidak layak untuk bersahabat dengan kau .Aku insan yang penuh dengan kekurangan,Zik .Tak macam kau ,kau anak orang kaya dan kacak .Sedangkan aku ??Hanya menumpang kasih sayang daripada kau kerana aku tidak lagi mempunyai ibu bapa .Kau beruntung,Zik .Kau boleh memilih sesiapa sahaja untuk berkawan dengan kau dan kau boleh juga membuang orang yang tidak layak untuk berkawan dengan kau .Ya..Akulah salah seorangnya .
   Aku ingin sekali lagi meluangkan masa dengan kau,Zik .Hari ini hari aku terakhir di kampus ini .Aku tidak lagi dapat berjumpa dengan kau dan berborak lagi dengan kau seperti waktu yang lalu .Kau sebahagian dari semangat aku .Kini ,semangat aku telah pergi .Aku juga akan pergi dari sini .Akan aku bawa semua kenangan ini pergi bersama aku .Mia membiarkan air matanya terus mengalir tanpa sebarang halangan .Dia mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen .Tangannya ligat menulis di atas sekeping kertas kosong .

   “Awak Zikri kan ?”Soal seorang gadis berkulit cerah dan berkaca mata .Zikri mengangguk .
“Alhamdulillah..Jumpa juga awak .Saya roommate Mia .Dia suruh saya bagi surat ni kat awak .Dia ada pesan kat saya yang dia minta maaf sangat kat awak .Dia harap awak maafkan dia .Saya gerak dulu ek .Assalamualaikum .”
“Waalaikumussalam .”Jawab Zikri perlahan .Kertas itu dimasukkan di dalam koceknya .Dia mencari tempat duduk di dalam library .Setelah dia mendapatkan tempat kosong ,tangannya dengan segera mengeluarkan surat yang ditulis oleh Mia .Dia membuka lipatan surat itu .

‘Kau ingat tak lagi Zik ,masa kali pertama kita kenal ?Masa tu aku telah tumpahkan air atas nota kau .Tapi ,kau tak marah aku langsung .Kau cakap ,semua orang pernah buat silap dan aku bukan sengaja tumpahkan air  tu .Aku rasa masa tu ,kau lah orang yang paling cool pernah aku jumpa .Kau ingat lagi tak masa aku terlupa nak siapkan assignment yang kau minta aku buatkan ?Kau langsung tak marah aku .Kau cakap ,’tak apa,aku akan buat .’Masa tu aku rasa kau lah orang paling baik hati pernah aku jumpa .Kau ingat lagi tak saat kita mulai rapat ?Masa tu discussion group kita habis sampai lewat malam dan kau sanggup hantarkan aku sampai blok aku dengan berjalan kaki. Padahal blok kau dengan aku jauh sangat sampaikan keesokkannya kau terbangun lewat kerana terlalu letih .Ketika tu ,aku rasa bersalah sangat dengan kau .Tapi kau cakap ,bukan salah aku kau bangun lewat sehingga tidak dapat menghadiri kelas .Bagi aku ,kau orang yang sangat berhati mulia .

Tapi ,kau ingat lagi tak saat aku beritahu kau bahawa ada seseorang yang merupakan semangat aku ?Orang itu ibarat nyawa aku .Masihkah kau ingat ?Tika aku ingin memberitahu siapakah gerangannya ,kau telah memberitahu bahawa bekas kekasih kau pernah meluahkan hal yang sama tetapi akhirnya kau meninggalkannya kerana dia tidak jujur .Aku risau jika hal yang sama terjadi pada aku .Kau ingat lagi tak ,aku pernah beritahu kau kalau semangat aku hilang dari sisi aku ,aku tidak akan meneruskan pengajian aku di sini ?Kerana semangat itulah yang mendorong aku untuk terus di sini .Kerana semangat itulah yang menguatkan jiwa aku untuk terus berjaya .

Zik...Untuk pengetahuan kau ,kau lah semangat aku ,kau juga lah nyawa aku .Tapi ,semangat aku kini tiada lagi di sisi aku .Aku sangat memerlukan kau dalam hidup aku .Aku minta maaf kalau aku tak layak untuk bersama dengan kau .Aku masih lagi tertanya-tanya kenapa kau berubah .Layanan kau menghancurkan kepingan hati aku satu persatu .Kau ingat tak lagi ,Zik ,aku pernah beritahu kau yang aku sukakan seseorang dan aku ingin berada di sampingnya walaupun sebagai seorang sahabat .Kau pernah tanya siapa ,tetapi aku membalas jawapannya dengan senyuman .Aku tahu ,kau tidak tahu jawapannya .Di sini aku akan meluahkan semua rahsia yang aku pendam .Sebenarnya kau lah orang yang aku sukakan selama ini .Orang yang aku ingin berdamping saat jatuh dan bangun kau .
Kau lah segalanya bagi aku .Aku sukakan kau sejak awal perkenalan kita .Akulah crush kau !Aku sukakan kau dalam diam-diam .Aku tahu ,aku tidak layak untuk menjadi yang teristimewa di hati kau .Jadi ,biarlah aku menjadi sahabat kau .Zik..Aku minta maaf dan aku harap kau sudikan maafkan aku yang terlanjur menyayangi kau .’

Zikri segera mendail nombor Mia setelah usai membaca isi kandungan isi surat tersebut,tapi malang nombor itu tidak diaktifkan oleh Mia .Zikri menghubungi pula nombor Adha .Setelah panggilannya berjawab .Zikri telah mengaturkan sebuah pertemuan dengan Adha di kafe berhampiran dengan perpustakaan .Setelah menunggu hampir 10 minit kelihatan kelibat Adha dari jauh .Adha melabuhkan punggungnya di hadapan Zikri .
“Kenapa nak jumpa dengan aku ?”
“Sorry kalau aku ganggu kau .Tapi ,aku nak tahu Mia ada beritahu kau tak dia kat mana sekarang ?”
“Dia dah balik Johor .Katanya dia akan sambung belajar kat sana .Kenapa ?”
“Kenapa kau tak halang dia ?Kau kan boyfriend dia ?”Wajah Zikri mulai serius .
“Aku dah lama break up dengan dia sejak kau dengan dia putus sahabat .”
“What ?Kenapa aku tak tahu ?”
“Macam mana kau nak tahu kalau muka dia pun kau tak nak pandang .Kau tak nampak ke yang Mia betul-betul sukakan kau ?Dia sanggup tinggalkan aku semata-mata demi kau .Padahal aku tak tahu rasional apa dia buat macam tu .”Adha mulai sakit hati .Zikri meraup wajahnya .Dia semakin tertekan dengan keadaan yang telah tercipta .
“Aku tahu ,kau pun sukakan Mia .Tapi sayang ,kau tak reti nak menghargai apa yang ada di depan kau .Kau cemburu bila kau tahu aku dengan dia couple .Sebab tu kau putuskan hubungan persahabatan kau dengan dia .Kau jangan nak tipu aku ,Zik .Rahsia kau dalam genggaman aku .Aku sedaya upaya untuk buatkan Mia happy ,tapi aku tak mampu sebab dia hanya pandang kau .Aku tak dapat nak tolong kau sebab Mia dah pun diaktif nombor dia .Goodluck .”Adha menepuk bahu Zikri dan dia berlalu pergi dari situ .Kerana Zikri lah ,Mia telah meninggalkannya dan berhenti belajar di situ .
Dengan langkah yang longlai ,Zikri menghayunkan langkahnya untuk pulang ke hostel .Otaknya benar-benar serabut dan tidak mampu untuk menghadiri sebarang kelas pada hari itu .Setiba di depan pintu ,dia memulas tombol pintu .Lalu dia menutup pintu tersebut .Di belakang pintu itu ,dia rebah .Dia menangis semahu-mahunya .Zikri memeluk lututnya .Terhenjut-henjut dia menahan sendu yang hebat .
“Kenapa kau tinggalkan aku ?Kenapa Mia ?Kenapa ?”Telefon bimbit di dalam kocek seluarnya dikeluarkan .Sekali lagi nombor Mia dihubungi ,tetapi gagal .Dengan rasa kecewa yang bermaharajalela ,Zikri melemparkan telefon bimbitnya sehingga berkecai .
“Mia ,kembalilah pada aku !Aku tak tahu mana nak cari kau .Kenapa aku bodoh sebab tak pernah tanya alamat rumah kau ?Mia ,kembali pada aku .Aku merayu !Mia !!”Air mata yang menuruni curam wajah Zikri sudah membasahi pipinya .Dia terus menangis untuk menghilangkan rasa kekesalan yang menguasai jiwanya .

p/s :Done created new cerpen .Oleh kerana mata Chiq Neyna tak mampu lelapkan mata ,Chiq Neyna telah mencipta cerpen baru yang mengambil masa hampir 4 jam lamanya .Maaflahh kalau story tak berapa seronok .Hee~Hope enjoylah yea !