Halaman

Ahad, 25 September 2016

Kadang Kala

Lemah... Longlai memikirkan liku hidup yang kian payah.
Huhh... Helaan nafas dilepaskan berat sekali.
Pandangan dilemparkan jauh diluar jendela
Memerhati gelagat manusia-manusia yang sibuk mengejar masa dunia.
Huhhh!
Sesak di dada ini.

Pandangan dilemparkan ke dada syiling
"Hidup sebenar aku akan bermula. Tapi, kenapa aku tidak menjumpai jalan benar itu? Tuhan, permudahkan apa yang sukar untukku. Jika jalannya payah, mudahkanlah. Mudahkanlah."

Buntu untuk memulakan dari kanan atau kiri
Semakin sesak difikiran
Tiada cahaya yang menanti dihadapan
Pandangan masih kabur.
Ahhh!

Tuhan,
aku serahkan segalanya kepada-Mu
Jika aku ingin putus asa, berikan aku semangat baru.
Agar aku tahu perancangan-Mu adalah sebaik-baiknya

Isnin, 19 September 2016

Hati



Hati
Aku mohon
Jangan kau terus rapuh dengan keadaan yang tidak membela kau.
Aku mohon
Kau harus tabah dan kau perlu tabah wahai hati
Jangan diikutkan perasaan yang sering sahaja goyah pendiriannya
Ada kalanya suka adakalanya juga sedih

Hati,
jika kau rapuh, air mata juga mengiringimu
Aku tidak ahu terlihat lemah di mata manusia meskipun kau telah lelah, hati.
Rayuku hanya satu,
teruslah bangkit dan kita akan hadapi sama-sama segala cubaan yang datang melintang.
Janji dengan aku ya, hati?

Khamis, 1 September 2016

Rasa

Bukan mudah untuk sembunyikan
Sejuta rasa yang bermaharajalela
yang sudah sekian lama menjajah
hati dan perasaan kau.
Bukan mudah.

Kau kena sembunyikan rasa itu sedalam-dalamnnya
agar ia tidak timbul di dasar wajah
Kau kena berpura-pura
dan pamerkan kegembiraan palsu kau
Ia bukan mudah.
 
Bukan kau mahu terus berduka
Tapi parut yang sekian lama tertanam
sukar untuk kau hapuskan.
Lalu kau pilih untuk terus menyimpan rasa itu
dan biarkan ia di dalam sana. 
Sampai bila-bila