Halaman

Jumaat, 31 Oktober 2014

Cinta Yang Tak Dirancang Itu Best !

   Kadang kala, cinta yang hadir langsung tak disangka-sangka. Tetiba datang tanpa di duga. Cuma terdetik di dalam hati ingin mendekati lalu mencuba. Tak sangka !Akhirnya benar-benar terjadi juga.

   Dia tengok aku, aku tengok dia. Masing-masing sudah mula suka walaupun hanya bergurau senda. Ternyata hati ini terlajak mencinta. Jadi, Allah dekatkan hati kami berdua. Alhamdulillah, semuanya telah dipermudahkan oleh-Nya.

   Kalau dengar suara dia ,dah buat aku menggila ketawa. Apatah lagi kalau berjumpa. Lagi gila !Ada sahaja yang buat kami geli hati bersama. Rupa-rupanya aku dan dia ada persamaan yang sama. Apa dia? Gila ketawa dan takkan mampu henti walau seketika. Betul-betul gila !
 
   Walau rajuk dan duka akan dikongsi bersama. Kutuk mengutuk tak ketinggalan jua. Namun, tak pernah di simpan di hati pula. Malah, makin bahagia. Gila !Tak pernah dibuat couple yang mana-mana. Tapi, aku tetap sayang dia. Sayang gila !

   Ayat yang dia selalu ingatkan aku, "tak ada yang boleh pisahkan kita melainkan maut sahaja".Aku pun berharap begitu juga. Sebab aku memang sayang dia. Semua orang pun tahu juga. Jadi, aku mendoakan hal yang sama. Aku tidak mahu yang lain melainkan dia. Cuma dia yang aku cinta. Bersama hingga ke akhirnya. Selamanya...

Jumaat, 10 Oktober 2014

Percutian Di Bumi Borneo

   Assalamualaikum .Sejak melangkah kaki masuk ke UMS ni Chiq Neyna memang tak sempat langsung nak update new entry sebab terlalu busy .Awal sem lagi dah dapat banyak assignment .Tuh tak masuk lagi beberapa projek yang sedang menanti dan terus menanti .Oh ,jeng kawe !

   Walau sesibuk mana pun ,sempat jugak Chiq Neyna bercuti terjah tempat yang tak pernah Chiq Neyna pergi .Yelah ,sekarang yang ada sedikit masa terluang pun. Pertengahan bulan 9 macam tuh Chiq Neyna ada ke Pulau Manukan ,Sabah dengan classmate Chiq Neyna seramai 3 orang. Mak ai ,macam nak terpelanting keluar dari bot tuh !Mahu taknya ,boleh pulak abang driver bot tuh drift .Belum lagi termasuk dia belok kiri ke kanan ,hampir nak terbalik .Sampai je pulau dah sakit tekak ,sakit telinga ngan sakit badan .Kenapa ?Tanya lagi ,sebab menjeritlah dan terhentak-hentak dalam bot tuh.

 
segorombolan pelajar UMS


classmate Chiq Neyna


dari kiri Kastri, Chiq Neyna, Fairus & Iqbal





   Selepas bercuti ke Pulau Manukan, Chiq Neyna bercuti pulak ke Tawau dan Semporna masa Raya Haji baru-baru ni .Oleh sebab Chiq Neyna tak balik ke semenanjung ,Chiq Neyna bersama sorang lagi kawan (Dira) ikut si Dijah nih pulang beraya di rumahnya. Walaupun Chiq Neyna tak balik ke Kedah, ayah tercinta yang menjejakkan kakinya ke Sabah kerana teringin beraya di Sabah. Tapi tak dapat Chiq Neyna nak beraya dengan parents sebab dah berjanji untuk beraya di Tawau.

   Memang best sangatlah sebab Chiq Neyna tak pernah jejak kaki lagi ke sana dan Chiq Neyna dapat mengenali budaya etnik Bajau dengan lebih dekat .Contohnya ,ada beberapa jenis makanan tradisional yang tak pernah Chiq Neyna makan macam putu ,sagol and so on lahh .Sedap doe !Tapi putu tuh lain sikit rasanya .

   Perjalanan ke Tawau bukannya dekat memakan masa hampir 8 jam .Jalannya pulak bukan macam kat highway semenanjung ,berbengkang bengkok +++ bergaung lagi .Tuh tak masuk lagi jalan raya yang berlopak .Pening Chiq Neyna dibuatnya .Walau apa pun ,semua tuh adalah pengalaman yang terindah !
floating di pinggiran lautan Semporna




sewaktu di pagi raya bersama Dira

bersama keluarga sahabat tercinta, Dijah


bersedia untuk pulang ke Kota Kinabalu dari Tawau