Halaman

Khamis, 13 Februari 2014

Start Sem 2

   Assalaamualaikum !Alohaaa!Rasa sadis pulak nak balik Sabah .Terasa kejap je cuti sem yang hampir 1 bulan neh .16 Sept neh nak fly suda...Kenapa lah cepat sangat masa berlalu .Kalau boleh ,nak lelama sikit kat sini sebab terasa dekat dengan arwah ibu Chiq Neyna .Kalau di perantauan sana ,mula lahh air mata neh nak keluor sebab rindu .I wish ,I'll strong...Huhuhu .

   Actually ,ada jugak perasaan excited nak balik UMS tuhh sebab ada banyak agenda Chiq Neyna nak setlle kat sana .Hihihi~Start je sem 2 neh ,everything have planned in my mind .Yehuuu !Kalau kita neh enjoy dengan life kita kat sesuatu tempat tuhh ,kita takkan kisah kalau terpaksa berada di situ dalam jangka masa yang panjang .Macam Chiq Neyna .Hiks !

   Azam baru Chiq Neyna untuk next sem neh adalah Chiq Neyna nak bergiat aktif dalam apa-apa event and fokus study .Hoyeaaah !Hope ,Chiq Neyna mampu capai target and my life will full of happiness .In Shaa Allah .Oke lahh ,setakat tuhh dulu lahh story Chiq Neyna .Saje nak bagi da new entry kat blog neh walaupun story agak krikk krikk kan .Heee~Papai...

Isnin, 10 Februari 2014

Lirik Segala by Mohd Mentor

   Assalamualaikum .Hari neh Chiq Neyna nak update sikit tentang lirik sebuah lagu Ost Playboy Itu Semua Aku .Nampak sangat Chiq Neyna neh banyak ketinggalan dalam drama Melayu kan ?Aha !Tak kisah lahh sebab Chiq Neyna memang tak sempat nak mengadap drama Melayu masa kat kampus .Lagi pun ,tak ada masa nak lepak kat kafe semata-mata nak tengok drama neh .So that ,bila dah balik semenanjung neh Chiq Neyna ambik kesempatan untuk download drama Melayu yang sudah habis ditayangkan .Heee~

   Chiq Neyna memang tangkap cintan lahh dengan lagu tuh apatah lagi lirik tuh benor-benor menyentap tangkai hati neh .Punyalah sakan Chiq Neyna repeat song tuhh tanpa jemu .Best !Macam kena je ngan jiwa Chiq Neyna neh .Huk !Huk !



Takdir kita dua bersama
Mekar cinta bertaut mesra
Riang tawa menghangat segala
Hadirnyamu mengikis sepi
Dan yakinku cinta ini pasti


Namun resah tiada mampuku sembunyi
Dia hadir mengukir senyummu kembali
Dan ku perhati di sudut kecewa
Lenamu di pangkuannya
Rebahku kehilangan segala


Bersama janjiku bermimpi
Bintang terang malapnya dimamah sepi
Namun dikala diriku kan kecewa
Harapku dikau bahagia
Mengejar suratan sempurna
Dirimu bersama dia


Walauku berilusi
Mengharap dirimu pastinya kembali
Dikala rindu dan resah bersengketa
Sekadar dihambat duka
Senyum indahmu padanya
Redhaku melepaskan segala