Halaman

Jumaat, 22 April 2016

Masalah

Ketika aku ditimpa masalah
Aku tidak minta pertolongan
Aku tak mengharap simpati
Cukup kau menemani
Pinjamkan sebentar bahu kau untuk aku
Supaya aku dapat menyandar

Ketika aku ditimpa kemelut gundah
Aku tidak meminta untuk difahami
Cukup kau menghiburkan aku
dengan jenaka
Buatkan aku lupa seketika
Masalah yang aku punya

Terima kasih untuk semuanya
Kau ada ketika aku ditimpa celaka
Aku hargainya.

Rabu, 13 April 2016

Dilema

Kau dilema.
Antara kehendak  tuntutan fitrah kau dan tanggungjawab
Ikutkan hati kau pilih keinginan
Tapi akal menyangkal
Kau masih ada tanggungjawab kau pada keluarga

Kemudian kau sedar.
Mereka itu lebih penting dari keinginan kau sendiri
Kau bangkit dari kegilaan nafsu muda
Dan kau tahu
Tuhan itu perancang sebaiknya
Dia tahu bila kau bersedia
Dan kelak kau akan terima kunjungan si dia

Sabar dan istikharah
Jangan gelojoh
Tuhan kenal siapa kau
Bila kemampuan kau
Dia tahu
Lupakan sejenak keinginan kau
Kejar impian kau.