Kau ingin meluah. Tapi kepada siapa? Mahukah ada yang mendengar? Apakah mereka-mereka itu memahami? Atau cuma sekadar meluah sia-sia?
Kau diam. Kau fikir. Bebanan hati kian bertambah. Makin disimpan makin menyesakkan dada. Keluhan demi keluhan menjadi melodi bibir kau.
Kemudian, kau terasa kosong. Kosong dari pendengar setia yang utuh. Kau pendam. Kau diam dan semakin parah. Masa itu kau sedar tiada manusia yang boleh dijadikan tempat kau bergantung.
Kau mulai terfikir dunia ini ada penciptanya. Kau juga ada penciptanya. Kau dan dunia datang dari pencipta yang sama iaitu Sang Maha Agung. Kau sedar cuma Dia satu-satunya tempat kau boleh merengek-rengek. Dan cuma Dia sahaja yang sudi bersama kau.
Dari situ hati Kau mula ada rasa tenang. Tenang setelah mendekatkan diri kepada Tuhan.