Halaman

Rabu, 29 Januari 2014

Cinta Itu Tak Semestinya Memiliki

   Assalamualaikum uols !Apo kabo orang kampung ?Hee ~Dah lama Chiq Neyna terfikir ,apa lahh yang nak di'update' dalam blog kesayangan neh supaya Chiq Neyna dapat share dengan uols .Fikir punya fikir ,akhirnya dapat jugak idea yang nak dicelotehkan kat sini haa .Meh sini ,Mak Temah nak story kat uols pasal love neh .Ahaks !Kalau uols dah tengok tajuk pun mesti uols fikir Chiq Neyna neh nak berjiwang sakan kan ?Eh ,tak jugak lahh .Cuma nak luahkan pandangan dengan uols je .

   Zaman sekarang neh ,dah macam-macam jenis cinta Chiq Neyna tengok ,dari cinta monyet sehinggalah kepada cinta cicak(ada ke ?) .Susah benor nak jumpa yang berkekalan .Asal bercinta je ada je halangan yang muncul macam curang lahh ,kita suka orang tuhh but orang tuhh suka orang lain and so on lahh .Yang paling Chiq Neyna tak tahan tuhh ,bila putus je mulalah meroyan semacam .Dah macam orang mati anak pulok .Chill lahh .

   Tak salah kalau uols nak bersedih bagai neh ,tapi ada had jugak tuh .Ini tak ,sampai nak bunuh diri lahh and semakin hanyut jauh dari Tuhan .What the frog ?Takkan sebab dikecewakan ,kita dah putus harapan dengan ujian Allah dan rahmatNya ?Cinta pada manusia neh sememangnya tak kekal lahh dear .Sebab kita akan ditinggalkan mungkin sebab hati seseorang tuhh dah berubah arah ataupun menyambut seruan Ilahi .Sifat manusia neh cuma sementara .Ingat tuhh..

   Chiq Neyna sedih lahh bila tengok ada segelintir antara kita yang semakin jauh dari landasan agama .Sebab apa ?Sebab kecewa dengan cinta .Itu tak sepatutnya terjadi .Sebaiknya ,kita bentuklah hati kita semula dan serahkan pada Dia kerana Allah tuhh lahh pemilik segala rasa .Dia lahh yang lebih berhak ke atas kita serta perasaan kita .Kalau dikecewakan ,mengadulah pada tuhan kita yang Esa .Allah kan Maha Penyayang dan Maha Mendengar .

   Kita luahkan lahh apa saja yang kita nak dan Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mengadu .Cuma Dia yang mampu membantu kita menyelesaikan segala masalah .Allah selalu ada dengan kita tak kira masa dan selalu menunggu apa jua keluhan serta permintaan kita .Ya Allah ,beruntungnya kita kan...Kenapa kita nak hancurkan hidup kita semata-mata kerana cinta yang sementara sedangkan cinta hakiki pada Allah ?Fikir-fikirkan lahh uols .

   Yang paling dasyat sekarang bila tengok bebudak sekolah menengah yang baru melangkah masuk dunia remaja bercinta punyalah rancak sampaikan sanggup ketepikan ibu bapa .Haishhh !Dunia oh dunia .Kadang-kadang geli hati Chiq Neyna tengok sikap bebudak zaman sekarang and sometime tuhh rasa menyampah .Nak buktikan mereka punya cinta tuhh sampai sanggup malukan diri sendiri dan keluarga dengan upload gambo berkissing and nanges dalam youtube mahupun facebook.Di manakah rasa malu itu ???Tertanya seketika...

   Bila dah putus cinta ,mula lahh mention nak bunuh diri lahh dan nak lari diri dari rumah .Pendek sungguh akal bebudak zaman sekarang .Sadisss !Belajar lahh dulu wahai sahabat yang dikasihi .Perjalanan hidup kita masih panjang dan masih banyak lagi ujian yang akan mendatang .Jangan putus asa dengan segala ujian yang menimpa walaupun cinta itu tidak berpihak pada kita ,yakinlah cinta Allah itu ada untuk selamanya .Dia selalu ingat akan kita dan selalu menunggu taubat kita walaupun kita sering terjerumus dalam lembah dosa .Kita patut besyukur atas nikmat yang diberi .

p/s :sekadar renungan untuk diri sendiri dan juga untuk uols semua .Chiq Neyna harap ,kita mampu muhasabah diri dan dekatkan hati kita dengan pencipta kita dan serahkan segala urusan kita padaNya denga ikhlas dan redha .In Shaa Allah ,kebahagiaan itu bakal menjadi milik kita kelak .

Jumaat, 10 Januari 2014

Cuti Semester 2014

   Assalmualaikum and hi !Sedar tak sedar dah nak penghujung sem 1 Chiq Neyna kat UMS neh .Terasa begitu cepat masa berlalu dan sudah genap pun 2 bulan ibu Chiq Neyna meninggalkan dunia yang fana ini .Chiq Neyna benar-benar rindukan dia ,rindukan masakannya .Tapi ,apakan daya Chiq Neyna dah tak berkesempatan lagi untuk merasa masakan dari air tangan seorang ibu serta tidak dapat lagi bergurau senda dengannya .

   Chiq Neyna akan berangkat pulang ke Kedah pada 20 Jan 2014 .Sesekali terasa rindu dengan family dan kekadang tuh tak terasa nak pulang ke Kedah .Chiq Neyna sudah tidak mempunyai lagi semangat untuk pulang ke semenanjung .Pasti Chiq Neyna akan diselubungi dengan sejuta kenangan bersama arwah ibu tercinta .Chiq Neyna risau kalau Chiq Neyna tidak kuat untuk mengharungi semua itu .

   Masa Chiq Neyna menaip entry neh pun ,Chiq Neyna sudah terasa sebak .Ya Allah ,tabahkanlah hatiku .Apa pun masa pulang nanti ,Chiq Neyna mahu menziarahi pusara ibu Chiq Neyna dan memberitahu akan kepulangan Chiq Neyna di situ .Chiq Neyna mahu meluangkan masa bersama pusara ibu Chiq Neyna dan Chiq Neyna mahu dia tahu yang Chiq Neyna terlalu rindukan dia .

   Kepulangan Chiq Neyna telah pun Chiq Neyna khabarkan kepada family kat semenanjung tuh .Ayah Chiq Neyna dah tak sabar lagi menunggu kepulangan Chiq Neyna setelah 2 bulan tidak bertemu .Chiq Neyna juga terlalu rindukan mereka apatah lagi si budak kecil Muhammad Iffat iaitu anak buah Chiq Neyna .Rindu bebenor Chiq Neyna dengan masakan Kedah .Nak cepat pulang then nak makan puas-puas !Masakan kat Sabah neh memang berlainan sangat dengan Kedah .Tak ada langsung sambal ikan atau sambal telur kesukaan Chiq Neyna .Ya ,Chiq Neyna sedia maklum bahawa orang sabahan tidak makan makanan yang pedas .Baiklah..Baiklah..

   Wahai rakyat jelata Kedah ,tunggulah kepulangan beta ke sana ya .Tidak lama lagi beta akan kembali ke Kedah dengan sebuah kegembiraan yang menggunung .Hamparkan beta dengan kegembiraan kalian supaya beta juga boleh tersenyum .Hohooo~Setakat itulah dulu update Chiq Neyna pada kali ini .Kedah ,hang tunggu aku datang !!

Sabtu, 28 Disember 2013

Masa & Jarak yang Memisahkan

Kalau dulu jika aku merindukanmu ,sebuah panggilan akan menghubungi antara kita
Di situ kita bergelak tawa bersama
Berkongsi khabar serta menceritakan hal seharian yang dilakukan
Di situ juga kita meluahkan rasa rindu yang terpendam disebabkan jarak yang jauh telah memisahkan kita
Senyuman akan terukir tatkala kita berbicara memberikan kita sinar kebahagiaan
Membuatkan aku tidak sabar lagi untuk menemui dirimu yang sering berceloteh dengan diri ini

Tapi ,
Semua itu hanyalah sebuah kenangan yang terukir antara kita
Jika dahulu aku ingin mendengar suaramu ,
dari jauh kau pasti akan terkocoh-kocoh mendapatkan panggilan itu
Jika dahulu kau pasti sambut panggilan itu dengan suara yang gembira
Tapi ,
Semua itu tidak akan terulang lagi
Ya...
Kini ,kau telah jauh dariku
Jarak itu juga memisahkan kita lalu membuatkan aku sering tewas dengan air mata
Jarak itu juga membuatkan kita takkan pernah bertemu lagi
Kita berbeza alam
Dan...
Jauh itu memaksa aku redha dan ikhlas akan ketentuan yang ditakdirkan

Tatkala puisi ini ditaip
Sekali lagi air mata ini menuruni curam wajah
Melewati wajah lalu menitis jatuh
Jelaslah di sini aku amat merinduimu
Terlalu rindu...
Rindu yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata
Lalu air mata ini membicarakan semuanya
Sukar untuk aku percaya bahawa kau telah tiada untuk menemani diri ini pada hari-hari akan datang
Terasa hambar sekali ini pabila mengenangkannya
Jiwa ini kosong
Aku cuba kuat demi yang lain
Ternyata ia terlalu sukar...

Seandainya waktu itu bisa diputarkan kembali
Aku tidak akan menciptakan jarak antara kita
Tidak akan berjauhan denganmu
Tidak akan meninggalkanmu
Aku akan setia di sisimu
Menemanimu setiap detik yang berlalu
Dan aku akan selalu membahagiakanmu

Masih terbayang di minda ini akan senyum tawamu
Masih terngiang-ngiang suaramu di telinga ini
Masih terlihat kelibatmu di hadapanku
Masih terasa kau masih ada di sini
Masih terasa kau sedang menunggu kepulangan diri ini
Ya..
Aku masih dapat rasakan semua itu

Kejamnya masa dan jarak kerana memisahkan kita
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan aku rindukanmu
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan diri ini terseksa
Kejamnya masa dan jarak kerana semua itu tidak dapat diulang kembali
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan aku acap kali menangis
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan aku tidak dapat memilikimu lagi seperti masa lalu....



Jumaat, 20 Disember 2013

Jiwang-Jiwang Saja...

Kadang kala aku ketawa ,kadang kala aku bersedih tetapi air mata itu aku segera hapuskan kerana aku tidak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah walaupun pada hakikatnya akulah itu

Bukan niat di hati ingin menolak dirimu dari hidup ini ,tetapi jika hubungan ini terus dikhianati lebih baik ianya berlalu pergi

setiap saat aku ingin menemanimu walaupun aku diibaratkan sehelai kertas yang hanya digunakan tika perlu sahaja..

Aku berusaha untuk membahagiakanmu walaupun aku dilukai berkali-kali kerana senyumanmu itu merupakan sumber kekuatan aku untuk terus bertahan denganmu

Ada apa dengan cinta jika aku dikhianati oleh janji manismu ?

Ketika saya menangis ,saya lihat awak di dalam air mata ini .Tapi ,saya hapuskan air mata itu agar tiada siapa pun nampak awak

Jahatkan saya sebab curi-curi pandang awak ,curi-curi suka awak dan curi-curi merindui awak .Tapi ,awak lagi jahat sebab awak dah curi hati saya walaupun awak tak pernah sedar

Tatkala diri ini mengingati dirimu ,hanya doa menjadi pengiringnya semoga awak bahagia bersama si dia

Saya akan mempertahankan awak walaupun sejuta orang cakap awak hodoh .Bagi saya ,awaklah manusia yang terindah pernah saya jumpa

Saat aku ketawa ,semua orang gembira di sisi aku .Saat aku bercerita ,semua orang terhibur dengan cerita itu .Saat aku bersedih ,aku tidak mahu mereka melihat kesedihan aku kerana aku tidak sanggup melihat mereka bersedih kerana aku .

Aku rela menjadi bahan boneka jika itu mampu membuatmu gembira...

Khamis, 21 November 2013

I miss You,Mom


 Deraian demi deraian air mata menuruni pipi ini .Aku menangis sendiri tatkala tiada sesiapa di hadapanku agar aku tidak dilihat sebagai seorang yang lemah dan tidak mampu untuk menerima kenyataan .Hati siapa tidak sayu apabila kehilangan orang yang sangat dicintai dan pernah menyusukan diri ini serta menjaga aku tanpa ada rasa jemu .Hampir genap 2 minggu ibuku meninggalkan aku yang masih terkapai-kapai inginkan kasih sayang serta perhatian darinya .Aku benar-benar rindukan arwah dan teringin untuk memakan masakannya yang mampu membuatkan aku menjilat jari setiap kali aku merasainya .

   Tidakku sangka ibu meninggalkan aku secepat ini .Terlalu banyak perkara aku ingin lakukan bersama-samanya .Sangat banyak...Alangkah indahnya jika masa itu mampu diputarkan .Akan aku menghargai setiap detik yang berlalu .Akan aku buat dia selalu tertawa dengan ceritaku dan menjadi pendengar setia saat dia menceritakan kisah dia padaku .Terbayang saat aku bersama ibuku ,saat dia menunggu kepulangan aku dari sekolah dan menemani aku makan .Ibuku selalu marah padaku kerana aku sering mengusiknya .Itulah hobi yang sering aku lakukan apabila aku bersamanya .Ya ,aku gemar mengusik ibuku .

   Aku juga selalu memandang wajahnya tika dia tidur disebelah aku .Aku tatap wajah tua ibuku yang tidak pernah berhenti memberikan kasih sayangnya pada aku .Tapi...Semua itu aku tidak lagi mampu lakukannya .Aku hanya mampu menatap potretnya yang kaku dan tidak memberikan apa-apa respons kepada diriku .Aku masih dapat rasai kehadiran ibuku di sisi aku .Walaupun dia telah meninggalkan dunia ini untuk selamanya ,aku dapat merasakan semangat ibuku ada dalam sekeping jiwa yang lara ini .

   Ikhlaskan..Relakanlah..Semua yang hidup pastikan mati .Lagu ini benar-benar meruntunkan jiwa aku .Aku selalu menginginkan agar ibuku dapat menjemputku di airport semasa kepulanganku dari Sabah dan menyambutku dengan senyuman ,ternyata itu semua hanya angan-angan yang tidak akan menjadi realiti lagi .I1 Sept 2013 ,itulah hari terakhir dia menghantar aku ke airport dan tangisan perpisahan yang terakhir yang aku lihat gugur dari kelopak matanya .Mak ,Ina terlalu rindukan mak !!!!

   Aku tidak mampu lagi untuk menahan air mata ini dari terus gugur apabila terkenangkan ibuku .Walaupun mereka melihat aku senyum dan tertawa ,itu hanyalah luaran diriku sahaja .Di dalam hati ini ,aku menanggung sedih dan rindu yang menggunung kepada seorang wanita yang sangat aku sanjungi .Nampak seperti aku sudah tidak lagi berduka cita ,tapi hanya Allah yang mengetahui sebagaimana perasaan ini .Aku mencintai dia .Ya..Aku terlalu mencintai ibuku .Ibuku yang berusia 55 tahun telah meninggalkan seorang suami yang setia mencintainya ,seorang ibu yang telah tua ,3 orang anak beserta seorang cucu yang tidak mengenal apa itu kesedihan dan perpisahan .

   Wahai ibuku yang dikasihi ,tenanglah ibu di sana .Walaupun dikau telah meninggalkan diri ini pada usia yang muda dan masih lagi memerlukan bimbingan darimu ,anakmu ini cuba untuk terus kuat dan bertahan walau tanpa dirimu ibu di sisi ini .Ingin sekali anakmu ini bermanja denganmu seperti dahulu kala tetapi ia tidak mungkin akan terjadi kerana dirimu telah pun kembali menghadap Ilahi .Anakmu akan teruskan perjuangan ini sehingga selesai dan akan membuatkan keluarga kita bahagia .Anakmu ini yakin walaupun ibu tiada di dunia yang fana ini tapi semangat serta kasih sayangmu masih berada bersama kami .Ibu..Maafkan diri ini yang tidak berkesempatan untuk memberikanmu kemewahan hidup atas kejayaan yang bakal dicapai kelak .Berbahagialah ibuku di sana bersama keluarga kita yang juga telah lama pergi meningglkan dunia ini .

   Ya Allah ,ya tuhanku .Aku merayu padaMu agar engkau menjauhi ibuku dari azab api nerakaMu yang menyeksakan .Tempatkan lahh ibu yangku cintai di syurgaMu yang indah .Berikanlahh ibuku kebahagiaan serta kesenangannya di alam sana .Kau kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihaniku sewaktu aku masih kecil .Limpahkan rahmatMu pada ibuku .Ya Rab ,berikan ibuku kebahagiaan yang sepatutnya menjadi haknya .Aku mohon...Kabulkanlah..Amin ya rabbalalamin..

p/s :luahan seorang anak yang terlalu rindukan ibunya yang telah pergi meninggalkannya dan tak akan pernah kembali lagi .Terima kasih kerana sudi membaca .Al-fatihah untuk ibuku yang telah pergi menghadap pencipta sekalian alam .