Halaman

Isnin, 19 September 2016

Hati



Hati
Aku mohon
Jangan kau terus rapuh dengan keadaan yang tidak membela kau.
Aku mohon
Kau harus tabah dan kau perlu tabah wahai hati
Jangan diikutkan perasaan yang sering sahaja goyah pendiriannya
Ada kalanya suka adakalanya juga sedih

Hati,
jika kau rapuh, air mata juga mengiringimu
Aku tidak ahu terlihat lemah di mata manusia meskipun kau telah lelah, hati.
Rayuku hanya satu,
teruslah bangkit dan kita akan hadapi sama-sama segala cubaan yang datang melintang.
Janji dengan aku ya, hati?

Khamis, 1 September 2016

Rasa

Bukan mudah untuk sembunyikan
Sejuta rasa yang bermaharajalela
yang sudah sekian lama menjajah
hati dan perasaan kau.
Bukan mudah.

Kau kena sembunyikan rasa itu sedalam-dalamnnya
agar ia tidak timbul di dasar wajah
Kau kena berpura-pura
dan pamerkan kegembiraan palsu kau
Ia bukan mudah.
 
Bukan kau mahu terus berduka
Tapi parut yang sekian lama tertanam
sukar untuk kau hapuskan.
Lalu kau pilih untuk terus menyimpan rasa itu
dan biarkan ia di dalam sana. 
Sampai bila-bila

Isnin, 15 Ogos 2016

Beruntung


Beruntung
Beruntung jika kau punya si dia yang menyayangi
Si dia yang selalu memahami
Beruntung sangat!

Jika kau sedih
Dia ada menghiburkan
Jika kau sendiri
Dia ada menemani
Jika kau tangis
Dia ada menepis air mata

Jika kau jumpa si dia begini
Mohon dihargai
Kerana kau mungkin takkan jumpa lagi
Manusia yang berhati suci
Jangan dibiarkan pergi
Kerana kau dicintai separuh mati

Selasa, 2 Ogos 2016

Lelah

Aku lelah
Lelah dengan sikap manusia yang hipokrit
Lelah dengan perbuatan mereka yang acuh
Bila tiada dicari
Dan pabila ada tidak dihargai

Sungguh aku lelah
Dengan mereka yang prejudis dengan aku
Seolah mahu mencampak aku ke neraka
Seperti aku sang pendosa tanpa noktah
Seperti aku sang hamba hina

Lelah
Ya.. Aku lelah
Lelah untuk menjaga hati manusia
Aku juga insan
Juga sama seperti mereka

Isnin, 30 Mei 2016

Chubby?

"Aku tengok kau sekarang makin besarlah"
"Kau ni makan banyak, patut badan gemuk"
"Hei, mok!"

Persetankan manusia-manusia yang mencela kau.
Yang menghakimi pada saiz badan kau.
Mereka sendiri tidak sedar diri
Mereka juga bukan perfect
Bukannya kurus juga
Muka berjerawat pula tu

Sekurangnya kau lagi comel dari diaorang
Muka cute
Pipi flawless
Senyuman kau menarik
Mereka apa ada?
Orang pun tak sudi nak pandang

Biar chubby asal tak buruk perangai
Usah peduli manusia bersuara sumbang
Kerana mereka ibarat kumbang yang mencari tahi
Selalu mengganggu ketenteraman manusia-manusia comel
yang macam kau dan aku

Kau chubby dan aku pun chubby
Kita ada geng
Kita lagi kuat
Mereka belum tahu kekuatan orang chubby macam kita
Kalau sekali hembus, kekabu pun boleh terbang
Mereka ada?

Rabu, 25 Mei 2016

Usah

Usah lagi kau pandang ke belakang
Dongak pandangan kau
Kukuhkan paksi kaki dan tangan
Bangkit perlahan-lahan
Aku tahu kau boleh
Ayuh!

Meski tubuh kau dibaluti luka
Biarkan ia
Akan jadi sebahagian kekuatan kau kelak
Langkah dan langkah
Sinar menanti kau dihadapan

Biar jatuh tapi ada bangunnya
Takkan patah semangat kau yang jitu
Aku tahu kau kuat
Aku tahu kau boleh lebih daripada itu
Ayuh!
Koyakkan langkah lemah kau
Aku yakin kau boleh