Halaman

Jumaat, 20 Mei 2016

Kahwin?

   Terasa buntu bila harus menjawab soalan yang sememangnya tidak pasti. Andainya aku tahu bila waktu bahagia itu akan tiba, tanpa perlu kau bertanya pasti sudah aku memberikan jawapan.

   Sedangkan aku belum lagi memulakan hidup sebagai seorang yang bekerjaya. Masih terkapai-kapai mencari hala tuju hidup. Usah ditanya soalan yang aku sendiri tidak tahu. Bila dan pada umur berapa.

   Kau harus tahu satu. Tuhan itu perancang yang sebaiknya. Jadi segala urusan hidup aku, Dia aturkan. Aku tidak pernah terfikir atau terdesak untuk segera berkahwin. Bagi aku, jodoh itu akan datang bila aku sudah bersedia. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.

   Dan buat kau, usah lagi kau bertanyakan perkara yang aku tidak mahu dipersoalkan. Mungkin kau sudah bahagia dengan pasangan kau tapi itu kau dan bukannya aku. Ada sebabnya kau melangkah  setapak ke depan daripada aku dan ada sebabnya kenapa aku setapak dibelakang kau.

Bukannya aku prejudis pada persoalan perkahwinan. Tapi sememangnya aku tiada perancangan yang besar seperti itu. Ya, aku jujur.

Sabtu, 14 Mei 2016

Novel Langit Syurga

   Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya Chiq Neyna berjaya menyiapkan sebuah novel yang berjudul Langit Syurga hasil cetusan idea sendiri. For your information, novel ini merupakan hasil daripada projek akhir yang perlu disiapkan oleh Chiq Neyna dan merupakan novel Chiq Neyna yang pertama.


Tajuk asal novel ini sebenarnya 'Cinta dari Syurga'. Tapi, Chiq Neyna telah ubah tajuk asalnya pada saat akhir setelah ditegur lecturer Chiq Neyna. She said,
"Kenapa letak cinta dari syurga? Terlalu direct perkataan cinta itu & nampak membosankan. So better awak tukar perkataan cinta tu dengan sesuatu yang lain. Simbolikkan perkataan cinta tu."

So that, tajuk novel ini tiada kaitan dengan filem yang dilakonkan oleh Keith Foo atau sama waktu dengannya. Kisah dalam novel ini bukan sekadar rekaan semata-mata tapi juga diceduk daripada pengalaman Chiq Neyna sendiri. Jom baca sikit tentang novel Langit Syurga.

"Meski terlihat tabah, namun aku rapuh di sebalik kepura-puraan"

Pencarian kebahagiaan dan kesempurnaan oleh seorang lelaki yang bernama Attar Iskandar akhirnya menemukan seorang gadis bernama Nur Afsha. Niat yang pada mulanya inginkan menduga perasaan Afsha namun memakan dirinya sendiri apabila hatinya diketuk perasaan rindu yang tiba-tiba saat berada kejauhan daripada Afsha. Perpisahan di antara dua insan ini kerana mengejar impian dan kehidupan di masa hadapan menyukarkan lagi mereka untuk bertemu. Afsha yang mengalami konflik dalaman kerana masalah hubungan kekeluargaan menyebabkan dia mempunyai hati yang terlalu rapuh meski terlihat tabah. Masalah yang dihadapi oleh Afsha membuatkan Attar tidak sanggup lagi untuk tinggal berjauhan dan kemudiannya Attar nekad untuk menikahi Afsha. Perkahwinan mereka juga mendapat sedikit tentangan daripada keluarga Afsha kerana kedua-kedua belah pihak mempunyai persefahaman politik yang berbeza.

"Tersenyum secara tiba-tiba.
Menangis secara tiba-tiba kemudian mencium tangannya sendiri.
Bukankah itu sesuatu sikap yang agak pelik?
Apakah yang dirasai di hatinya?" - Attar Iskandar

If uols berminat untuk membuat order kepada Chiq Neyna, uols boleh emel neyna93@gmail.com. Harga sebuah noveladalah RM25 tidak termasuk postage. Novel ini adalah terhad dan tidak dijual di mana-mana kedai buku. Thanks for reading.

Jumaat, 22 April 2016

Masalah

Ketika aku ditimpa masalah
Aku tidak minta pertolongan
Aku tak mengharap simpati
Cukup kau menemani
Pinjamkan sebentar bahu kau untuk aku
Supaya aku dapat menyandar

Ketika aku ditimpa kemelut gundah
Aku tidak meminta untuk difahami
Cukup kau menghiburkan aku
dengan jenaka
Buatkan aku lupa seketika
Masalah yang aku punya

Terima kasih untuk semuanya
Kau ada ketika aku ditimpa celaka
Aku hargainya.

Rabu, 13 April 2016

Dilema

Kau dilema.
Antara kehendak  tuntutan fitrah kau dan tanggungjawab
Ikutkan hati kau pilih keinginan
Tapi akal menyangkal
Kau masih ada tanggungjawab kau pada keluarga

Kemudian kau sedar.
Mereka itu lebih penting dari keinginan kau sendiri
Kau bangkit dari kegilaan nafsu muda
Dan kau tahu
Tuhan itu perancang sebaiknya
Dia tahu bila kau bersedia
Dan kelak kau akan terima kunjungan si dia

Sabar dan istikharah
Jangan gelojoh
Tuhan kenal siapa kau
Bila kemampuan kau
Dia tahu
Lupakan sejenak keinginan kau
Kejar impian kau.

Isnin, 28 Mac 2016

Rahsia Hati

   Kau ingin meluah. Tapi kepada siapa? Mahukah ada yang mendengar? Apakah mereka-mereka itu memahami? Atau cuma sekadar meluah sia-sia?

   Kau diam. Kau fikir. Bebanan hati kian bertambah. Makin disimpan makin menyesakkan dada. Keluhan demi keluhan menjadi melodi bibir kau.

   Kemudian, kau terasa kosong. Kosong dari pendengar setia yang utuh. Kau pendam. Kau diam dan semakin parah. Masa itu kau sedar tiada manusia yang boleh dijadikan tempat kau bergantung.

   Kau mulai terfikir dunia ini ada penciptanya. Kau juga ada penciptanya. Kau dan dunia datang dari pencipta yang sama iaitu Sang Maha Agung. Kau sedar cuma Dia satu-satunya tempat kau boleh merengek-rengek. Dan cuma Dia sahaja yang sudi bersama kau.

   Dari situ hati Kau mula ada rasa tenang. Tenang setelah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Rabu, 6 Januari 2016

Aku Pendosa Tanpa Noktah

Diam, kelu melayan perasaan yang jauh hilang melayang entah ke mana.
Siapa aku?
Apa tujuan aku lahir di dunia yang penuh pancaroba ini?
Apakah setakat mengumpul dosa pahala lalu mati?
Apakah aku mampu jadi yang terbaik di antara yang terbaik?
Diam, kelu melayan perasaan yang kian keliru.

Tuhan...
Kenapa aku begini?
Kenapa aku begitu menjijikkan?
Kenapa aku sukar mendekatkan diri ini ke arah kebaikan?
Kenapa begitu seketika aku mampu berubah
Tak ubah seperti lalang yang ditiup angin.
Diam, kelu melayan perasaan yang kian berkecamuk.

Aku ingin menjadi yang terbaik untuk semua
Tapi
Seringkali aku tewas kerana keraguan
Kerana aku telah ingkar padaMu
Mampukah jua aku jadi yang terbaik
Sedangkan aku mengundang amarahMu?
Beriku hidayahMu lagi Tuhan
Lagi dan lagi
Kerana
Aku manusia tanpa noktah.