Halaman

Ahad, 24 Ogos 2014

Kematian Itu Pasti

   Terasa sayu dan sedih saat mendengar khabar saudara Islam kita di Gaza yang dibunuh saban hari .Kanak-kanak menjadi mangsa pertaruhannya .Apatah lagi warga muda mahupun tua dibunuh tanpa ada rasa perikemanusiaan .Sekali lagi kita diuji dengan berita yang berat apabila saudara kita telah meninggalkan dunia ini dalam kes kapal terbang MH17 yang telah ditembak jatuh oleh pemberontak .

   Hidup ini pasti akan berakhir dengan kematian .Walau sejauh mana kita cuba untuk berlari ,maut itu takkan pernah berhenti mengekori kita dari belakang .Apakah kita sudah bersedia ?Sebanyak 70 kali malaikat maut melihat wajah kita dan bila tiba waktunya pasti malaikat Izrail akan menarik roh kita keluar .Cuma bagaimana dia mencabut nyawa kita itu merupakan rahsia Allah .


   Sesungguhnya kematian itu adalah pasti dan takkan pernah terlambat mahupun sesaat .Tidak penting bagaimana cara kita mati tapi apakah kita akan mati dalam keadaan beriman ?Apakah cukup amalan kita selama ini ?Apakah kita telah meninggalkan semua larangan-Nya ?Apakah kita layak untuk ke syurga-Nya ?Renungkan sejenak...

   Malunya diri ini bila melihat iman seseorang hamba Allah itu hebat .Nama Allah ,zikir serta selawat ke atas junjungan menjadi mainan bibirnya .Manakala ,al-Quran sentiasa menjadi santapan hati .Apakah kita mampu menjadi sehebat itu ?Allahuakhbar !Ya rabbi...Jadikanlah kami dari golongan orang yang beriman agar kelak mati kami dalam keadaan yang beriman dan diredhai .

   Sahabatku ,hidup ini cuma sementara .Dunia harus dikejar tapi akhirat jangan dilupakan kerana di sanalah kita akan kekal selamanya .Kumpullah amalan jariah agar kelak kita dipermudahkan jalannya untuk melalui titian siratul mustaqim .Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya .Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun .

Jumaat, 22 Ogos 2014

Hubungan Boleh Retak Jika...

   Dalam sesebuah perhubungan pasti ada asam garamnya ,right ?Kadangkala ,sesuatu hubungan yang kita cipta mampu jadik retak lalu musnah .Sememangnya kita tak nak lahh kan hubungan kita yang telah sekian lama terbina hancus macam tuh je .But ,sometimes kita kena kaji dan lihat apakah punca yang boleh buatkan hubungan kita hancus musnah .

   Kat sini Chiq Neyna akan share ngan uols apakah yang menyebabkan kekadang tanpa kita sedari kita mampu membuatkan hubungan itu terputus .


  1. Berfikir si dia sibuk dan uols secara automatik takkan contact ngan si dia. Sometimes ,si dia memang menunggu kita contact dia dulu nak tengok sama ada kita neh ingat @ rindukan dia tak.
  2. Ego .Ini memang masalah besar .Kalau gaduh je mesti tak nak mengalah .Uols kena ingat ,dalam sesuatu perhubungan kena ada yang mengalah. So that ,pergaduhan itu takkan berlangsung berabad lamanya.
  3. Tak percayakan si dia @ selalu ragu ngan si dia. Tak dinafikan dalam hati kadang-kadang tuh terdetik perasaan macam tuhh .But ,jangan terlalu berfikiran negatif & always think positif oke .Apatah lagi mereka yang terlibat dalam percintaan jarak jauh (PJJ). Kepercayaan itu tersangatlah penting untuk mengukuhkan hubungan yang sedia ada.
  4. Tidak meluahkan perasaan .Maksudnya ,walaupun uols selalu bersua muka uols tetap kena luahkan perasaan yang uols rindukan or sayangkan dia. Apatah lagi yang berjauhan. Sebab bila pasangan uols tahu yang uols sayang @ rindu si dia ,si dia pasti akan menghargainya dan tahu uols masih mencintainya.
  5. Tak ambil berat @ tak pedulikan si dia. Ini penting sangat dalam sesebuah hubungan .Sebab dengan caring yang mampu membuatkan pasangan uols tuh sayangkan uols .
  6. Kurangnya perhatian. Bila seseorang itu telah mencintai anda ,secara langsung si dia mahukan perhatian daripada uols. Walaupun rasa seperti kebudak-budakkan itulah realiti kerana si dia mahu uols memberi perhatian padanya. Kalau tidak, pasti merajuk !
  7. Tak pernah menghargai apa yang si dia lakukan. Uols kena ingat ,jangan sampai bila kita kehilangan si dia baru nak menyesal.
   Seseorang yang hadir dalam hidup kita takkan sama seperti yang lain jika kita kehilangannya .Jadi ,hargailah pasangan uols dan jangan biarkan hati mereka terluka dalam diam .Tak selalunya ada seseorang mencintai kita seperti si dia yang mencintai kita ngan ikhlas .

Selasa, 19 Ogos 2014

Sayangi Si Dia Kerana Allah



 Setiap pasangan yang hadir dalam hidup dalam kita merupakan anugerah terindah dalam hidup kita. So that kita perlu hargai mereka dan terima mereka seadanya kerana itulah yang sebaiknya.

   Sometimes Chiq Neyna tengok orang bercinta neh terlebih over. Maksudnya ?Yelah ,yang melebih-lebih macam dah kahwin ,berpeluk bagai .Ehh ,tuh dah kenapa ?Dah sah jadik suami isteri ke ?Walaupun uols tuh couple tapi tuh bukan jalan menghalalkan segala cara .Ingat tuh .

   Sebab tuh sometimes Allah pisahkan kita ngan pasangan kita sebab kerana itu buatkan kita lalai dan makin jauh ngan perintahNya. Jangan salahkan takdir jika kita berpisah ngan si dia selepas kita dah berpeluk ,bercium dan mungkin lebih daripada tuh .Actually ,Allah nak kita kembali kepada pangkal jalan .

   Tak salah bercouple tapi biarlah mengikut cara yang sebenar .Jangan terlalu melebih-lebih sampaikan buatkan kita lupa Allah .Ingat ,Allah berkuasa membuatkan kita kehilangan orang yang kita sayang dalam pelbagai cara. For example ,mungkin si dia dah berubah hati dan tak mampu untuk menyayangi kita lagi ataupun dia menjumpai si dia yang baru .

   Dear ,sayangi si dia kerana Allah .Jika kita lebihkan Allah dalam apa jua urusan ,In shaa Allah segalanya akan dipermudahkan .Jika sayangkan si dia, berdoalah agar dijodohkan dengan si dia .Ya ,memang benar jodoh kita telah ditetapkan sejak di loh mahfuz tapi uols kena ingat kerana doa mampu mengubah segala-galanya .In shaa Allah .Allah itu Maha Penyayang .

   Bila Chiq Neyna tengok ada segelintir couple tuh kekadang macam dah tak ingat dunia .Habis dicanangnya satu dunia yang dia telah couple ngan si polan neh .Selalu lahh kita dapat tengok status yg dorang update di fb like "taken by" ,"hanya dia milikku" ,"tak ada yang mampu pisahkan kami" and so on lagi lahh .Nak termuntah hijau membacanya .Lepas tuh bila dah break up mula lah keluar status nak bunuh diri ,no women no cry ,tak percaya pada cinta lagi ,berubah jadik pencinta sesama jenis .Oh ,sadisnya !


   Remember ,kita neh Allah punya dan si dia pun Allah punya .So jangan bila meluahkan sesuatu kewarasan kita diletakkan paling belakang .If kita sayangkan dia sangat-sangat pun ,berdoa pada Allah moga dikekalkan dan disatukan dalam hubungan yang dihalalkan Islam .If rindukan si dia pun ,berdoa juga pada Allah supaya si dia merasai seperti apa yang kita rasakan dan berdoa untuk kesejahteraan si dia .Tak salahkan ?So ,kita akan bercinta secara bersederhana dan tidak terlalu "gedik" .

   Jika kita praktikkan apa yang sepatutnya sebagai muslim ,pasti kebahagiaan itu kita rasakan .Bukan hipokrit manusia duniawi .Percayalah kerana Islam itu sangat indah dan cinta itu anugerah serta amanah yang perlu dijaga dengan baik .Cuma kita perlu tahu bagaimana cara untuk menjaga cinta itu berlandaskan jalan yang tepat .

Ahad, 10 Ogos 2014

Cerpen Tika Cinta Mengintai

             

              Isyad dan Amira ketawa mengekek-ngekek menahan ketawa melihat gelagat rakan sekelas mereka melakukan aksi lakonan semasa di hadapan kelas. Mereka ketawa sehingga mengeluarkan air mata seperti ada yang menggeletek mereka berdua dan juga rakan kelas yang lain.

“Lawaklah dorang ni kan?” Soal Isyad dalam pelat Sabahannya sambil menahan ketawa yang akan dihambur keluar lagi.
“Itulah..Sakit perut aku ketawa tengok dorang belakon macam tu. Seriously funny!”Jawab Amira dalam ketawa yang masih bersisa.
“Tapikan, menjadilah watak yang dorang bawak tu. Tambah-tambah si Din tu. Lucu!” Sambung Amira.

Setelah tamat program Kreativiti Pelajar Seni, mereka berasak-asak keluar dari studio. Masing-masing berniat untuk mengisi perut mereka untuk tengahari sebelum bergerak ke kelas. Masih terdapat segelintir pelajar yang masih bercerita tentang lakonan yang di bawa oleh rakan-rakan mereka sebentar di dalam kelas. Tidak kurang juga yang menyindir dalam gurauan. Amira dan Isyad seperti selalu, akan bersama walau ke mana jua kerana mereka berkongsi motorsikal yang sama.

“Aku nak makan dululah. Lapar ni.Kau dah makan belum?” Soal Amira sambil menyarung helmet di kepalanya.
“Makan je kerja kau kan. Aku dah makanlah sebelum program tadi.”
“Alahh....”Amira mencebikkan mulutnya.
“Aku teman kau makan jelah. Aku minum air je.”
Betul ni ?”Tanya Amira inginkan kepastian. Isyad sekadar mengangguk. Jawapan dari Isyad mengundang senyuman Amira yang panjang lebar.
“Jom.”Ajak Isyad. Dia memakai helmet lalu menekan butang starter. Manakala, Amira membonceng di belakang.
“Makan kat tempat biasa tau.” Amira memberi arahan. Isyad memulas pedal minyak, motorsikal mereka meluncur laju di atas jalan dan menuju ke kafe yang terletak di library. Isyad sudah mengerti bahawa kawannya itu suka mengisi perutnya di kafe library, seperti selalu .Tak pernah jemu !
“Kau janganlah bawa motor ni laju sangat. Kau ingat kita litar sepang ke? Nak terjatuh aku kat belakang ni tau!” Amira menampar belakang Isyad. Hampir sahaja dia terpelanting jatuh dari motor dek melanggar bonggol di jalan. Memang tak reti nak break ke dia ni? Amira mengomel di dalam hati.
“Kalau nak terjatuh, kau peluklah.....”
Papppp! Satu tamparan hinggap di belakang Isyad sekali lagi.
“Gatal!”Sampuk Amira.
“Aku belum habis cakaplah. Kalau kau nak terjatuh, peluklah beg aku. Hadoii! Kau ni kan.”
Amira tersenyum sumbing dibelakang Isyad walaupun Isyad tidak nampak.
“Nak cover line lah tuh. Bergurau kau kan?”
“Bha..Mana ada.”Jawab Isyad. Isyad memarkingkan motorsikal berhadapan kafe library. Berhenti sahaja, Amira telah membuka helmet lalu meninggalkan Isyad yang menongkatkan motorsikal.
‘Kalau bab makan, laju je. Tapi, dapat jugak gastrik. Semua benda nak disumbat dalam perut. Mira..Mira..Gumam Isyad.’

                Satu persatu suapan nasi dan sup bergilir-giir masuk ke mulut Amira.
“Lapar sangat ke kau ni? Makan elok-elok bha. Tercekik kau nanti.” Nasihat Isyad. Amira hanya tersenyum mendengar bebelan Isyad.
Ah...tak adanya aku nak kisah. Janji perut aku kenyang dan hati aku gembira.
“Eh, kau nak tak sup neh? Nah, ambiklah rasa.”
Mangkuk berisi sup daging itu ditolak perlahan-lahan ke arah Isyad. Isyad mengambil huluran sup itu lalu disuap ke dalam mulutnya.
“Habiskan. Aku dah kenyang.” Sambung Amira. Air lemon tea di dalam cup disedut menggunakan straw. Amira tersandar di kerusi. Kenyangnya!
“Kau nak ke mana lagi lepas ni?” Soal Isyad setelah menghabiskan sup.
“Entahlah. Balik biliklah. Dah kenyang macam ni rasa mengantuk lak.”
“Pemalas kau kan. Membesarkan diri jak kau tau.”
“Dah tu, nak ke mana lagi Encik Isyad oit?”
“Teman aku beli barang jom. Aku mau beli makanan ni. Stok makanan aku sudah mau habis di bilik.”
Terbuntang mata Amira mendengar penyataan dari Isyad. Melantak ke apa dia ni kat bilik? Ke membela saka? Cepat betul habis stok makanan. Padahal baru 2 minggu lepas aku shopping dengan dia. Sampai penuh raga motor dibuatnya. Tu pun belum lagi termasuk yang di galas dalam beg dan dipegang lagi .Dah macam shopping makanan untuk setahun je. Ni nak beli makanan lagi? Kau biar betik Isyad oit?
“Bukan ke baru-baru ni kau dah beli makanan? Takkan dah habis?” Soal Amira inginkan kepastian. Ini memang benar-benar musykil.
“Sudah mau habis bha. Aku makan ramai-ramai dengan roommate aku sekali. Jomlah teman aku. Biar aku yang bawa motor. Kau dibelakang jak.” Seraya berkata demikian, Isyad mengangkat punggung dan bersedia untuk meninggalkan kafe. Amira bingkas bangun dan membontoti Isyad dari belakang.
“Bagi arahan kat aku macam aku neh PA dia. Nasib aku ni baik hati orangnya.” Bebel Amira sendirian.

                “Isyad, kau ingat lagi tak masa awal perkenalan kita masa awal sem tahun satu dulu?” Soal Amira sambil memandang lautan yang terbentang luas dihadapan mereka. Isyad menganggukkan kepalanya sambil tersenyum nipis.
“Masa tu kita terlibat dengan MSM kan?” Jawab Isyad. Kali ini Amira pula menganggukkan kepalanya.
“Seronokkan kalau flash back balik semua tu. Aku ingat lagi aku dipasangkan dengan kau untuk tarian joget tapi kita ditukarkan kerana kau rendah sikit dari aku.”
Isyad ketawa kecil mendengar cerita Amira. Sememangnya dia rendah sedikit dari Amira. Dia akui.
“Aku tak sangka yang kita akan jadi sebaik ni. Macam sekarang. Kat mana ada aku mesti ada kau.” Sambung Amira.
“Ya bha. Kitakan kongsi motor sekali. Habis kalau endak ada kau macam mana aku mau ada? Sudah kita gerak sekali kan?” Isyad mula loyar buruk dengan Amira. Pantas Amira mencebikkan bibirnya.
“Kau nak tau, ramai classmate kita tanya aku kenapa aku tak couple je ngan kau. Apa punya soalan daaa.”
“Kan...Lagipun kau macam mak aku sudah.”Jawab Isyad selamba tanpa menghiraukan riak wajah Amira yang dah berubah seperti mahu menggigitnya. Macam mak kau cakap? Eh, tolonglah! Muka cun macam aku ada anak sebesar kau? Memang tak lah. Kalau jadi anak aku pun, dah confirm jadi anak derhaka. Asyik melawan je cakap aku.
“Eh, jomlah kita ke gerai makan sana. Aku lapar sudah ni.” Ajak Isyad lalu berdiri dan menggalas beg di belakangnya. Amira hanya menurut arahan seperti dirasuk lagaknya.
“Kau belanja aku.” Amira bersuara.
“Endak mau lah aku. Kau kahwin dengan aku baru aku belanja kau makan. Itu pun nasi kosong jak.” Sahut Isyad tanpa memandang wajah Amira.
“Kurang asam punya kawan. Kedekut!”
“Bha, cepat kau. Lapar ni.” Gesa Isyad. Amira segera mempercepatkan langkahnya sambil mulutnya tidak henti-henti terkumat kamit mengutuk Isyad. Tapi Isyad tidak pernah mempedulikannya kerana dia tahu Amira suka bergurau dan marahnya hanya sekadar mainan. Sebab itulah dia selesa berkawan dengan Amira.

                “Isyad, hari ni aku nak guna motor ke Kota Kinabalu. Jadi, kau pulang dengan Din eh?”
“Kau nak ke KK dengan siapa?” Soal Isyad kembali.
“Aku dengan Zain. Dia nak beli barang sikit kat sana tu. Bolehkan kau balik dengan Din?”
“Yala...Pergilah kau dengan dia. Pandai-pandailah aku balik nanti.” Jawab Isyad tanpa memandang wajah Amira. Skrin laptop dihadapannya dipandang dengan serius.
“Kalau macam tu, aku hantar kau pulang dululah.” Cadang Amira.
“Endak apa jugak. Aku mahu siapkan assignment ni dulu. Lambat lagi aku mau pulang.”
“Okeylah. Aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa hal, mesej aku je.”

Amira berjalan meninggalkan Isyad .Isyad mengheret matanya melihat kelibat Amira yang kian hilang bersama Zain. Mereka bergelak tawa. Tiba-tiba hati Isyad menjadi sakit. Bukan kerana dia tidak dihantar pulang oleh Amira tapi kemesraan yang terjalin antara mereka membuatkan hati Isyad sedikit memberontak sakit. Sememangnya dia tahu Amira juga rapat dengan Zain selain dari dirinya. Ahh !Dah kenapa dengan kau, Isyad? Biarkan saja mereka. Kenapa pula kau yang terlebih rasa? Kau cuma kawan saja dengan dia.
          
      Handphone berjenama blackberry dikeluarkan dari poket seluar lalu Isyad menaip laju.
‘Pulang awal. Nanti petang aku mau guna motor pula.’
Sent. Delivered.
Dia menyimpan kembali handphone itu ke dalam poket seluarnya. Di dalam hatinya seribu satu rasa mula menjenguk dan membuatkan dia sedikit gelisah dan tidak tentu arah. Isyad kembali cuba untuk fokus kepada assignment yang terbengkalai walaupun hatinya kini berkecamuk.

                Sejak kebelakangan ini tingkah laku Isyad sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan awal dahulu. Isyad bertukar menjadi seorang yang mudah baran. Ada sahaja yang tidak kena di hatinya. Layanan Isyad terhadap Amira turut berubah. Amira sendiri tidak mengerti. Apakah dia telah melakukan kesalahan terhadap Isyad? Jika ditanya, Isyad menjawab tiada apa-apa yang berlaku. Aneh? Jika memang tiada apa-apa kenapa sikapnya telah berubah?

                Amira medapatkan Isyad yang sedang ralit berborak dengan Fazuan di luar kelas.
“Jom Syad kita pergi makan. Aku tak lunch lagi ni.” Ajak Amira sambil memegang perutnya bagi menandakan dia sedang lapar.
“Kejaplah. Aku mau borak dulu bha dengan si Fazuan ni.”
“Aku pun tak makan lagi ni. Aku makan maggi je pagi tadi.” Sampuk Fazuan.
“Kalau macam tu, kita makan sekalilah.” Ujar Amira.
“Sudahlah. Si fazuan ni sudah makan tadi dengan Bob. Dia tipu kau jak tu. Jom balik.”

                Belum sempat Amira bersuara, beg galasnya telah ditarik oleh Isyad membuatkan dia terpaksa melangkah pergi. Hampir sahaja dia terlentang ke belakang dek perbuatan Isyad itu.
“Eh, kau ni. Nasib aku tak jatuh. Kan kita nak makan dengan si Fazuan tu.” Marah Amira sambil berjalan mengikuti Isyad dari belakang.
“Kau dengar tak ni?” Soal Amira apabila Isyad hanya mendiamkan diri dan terus mengaturkan langkahnya. Eh,geram pulak aku dengan mamat seorang ni. Pekak ke apa?
“Isyad!” Amira memberhentikan langkahnya. Isyad terus melangkah tanpa menghiraukan panggilan Amira.
“Isyad!!” Jerit Amira sedikit lantang.
“Cepatlah kau jalan. Tadi lapar sangatkan.” Sahut Isyad tanpa menoleh dan terus berjalan ke hadapan.
“Eii... Sakit pulak hati aku dengan dia ni.” Amira bermonolog. Dia mempercepatkan langkahnya agar dapat mengejar Isyad yang sudah jauh ke depan. Setelah dapat menyaingi Isyad, dia menarik beg Isyad. Langkah Isyad terhenti.
“Kau dah tak dengar eh aku panggil kau?” Soal Amira sedikit bengang.
“Kenapa? Kan kita mau pergi makan.” Jawab Isyad tanpa ada riak rasa bersalah.
“Yang aku terjerit melolong panggil kau tuh, kau tak dengar ke saja buat-buat tak dengar? Kesian Fazuan kita tinggal dia macam tu je.”
“Sudah dia makan tadi. Kenapa kau mau risau? Kau suka dia?” Soal Isyad sinis.
“Suka? Eh, dah dia kawan kita. Kau ni makin lama makin pelik kenapa? Kau ada masalah ke?” Renung Amira tajam. Isyad menggeleng. Kemudian, dia kembali mengorak langkahnya meninggalkan Amira tanpa menjawab pertanyaan Amira. Amira kian bengang. Dia kejar Isyad sehingga dekat lalu direntap bahu Isyad agar Isyad berhenti melangkah.
“Kau mau apa?” Suara Isyad sedikit tinggi.
“Kau tu yang nak apa? Aku dah makin tak kenal kau tau. Semua benda kau nak marah-marah. Kau ingat kau seorang je boleh marah?” Bentak Amira.
“Kalau kau endak mau pulang sekali sudah. Biar aku pulang dengan bas jak.” Sebelum Isyad kembali berganjak dari situ, tangannya ditarik Amira.
“Kau jawab dengan aku sekarang. Apa masalah kau? Apa yang ada dalam otak kau tu? Apa yang kau sembunyi dari aku?” Desak Amira.
“Kau mau tau? Okey, aku cakap. Aku suka kau. Aku endak tau waktu mana aku suka kau. Aku sakit hati bila tengok kau rapat dengan dorang semua tu. Aku endak kisah kalau kau endak suka aku tapi aku minta kau tolong faham perasaan aku. Itu jak!”

                Amira terkaku mendengar luahan spontan Isyad. Otaknya seolah-olah sudah berhenti memberi respons. Dia hanya mampu melihat Isyad yang kian jauh meninggalkannya.
“Dia suka aku?” Suara Amira separuh berbisik seakan tidak percaya. Tapi dia hanya menganggap Isyad tidak lebih dari seorang kawan baik walaupun kadangkala dia juga terbabas mencemburui Isyad berborak mesra dengan gadis lain.

Selasa, 29 Julai 2014

Kali Pertama Syawal Tanpa Ibu

   Lembaran syawal kali ini terasa bezanya .Memang tidak sama seperti raya Aidilfitri yang pernah berlalu seperti tahun-tahun yang lalu .Terasa hambar dan kekosongon pabila ibu tercinta telah pun meninggalkan aku di saat aku masih lagi memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu yang pernah mengandungkan diri ini .

   Saat takbir raya berkumandang ,segala memori bersama ibu tercinta tergambar jelas di ruang minda .Ibu ,terlalu cepat pemergianmu...Hanya air mata dan doa yang selalu mengiringi kenangan itu tatkala aku merinduinya .Berat hati ini untuk mengharungi segalanya.

   Pada pagi syawal ,aku telah membawa langkah ini menziarahi kubur ibu tercinta .Memang sukar untuk dijangka syawal kali ini pusaranya menjadi tempat kunjungan aku .Huluran doa menjadi santapan pagi yang mulia lalu perlahan-lahan air mata ini menuruni pipi .

   Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan aku pada waktu itu .Tiada lagi tangan untuk menyambut salamku dan tiada lagi tempat untuk ciuman ini singgah di pipinya .Hanya tinggal namanya di dalam hati yang sekeping ini .

   Hiba ini makin bertambah apabila pada malam sebelum raya itu aku termimpikan ibuku .Di dalam mimpi itu ,aku telah meminta maaf kerana aku tahu dia bakal meninggalkan kami untuk selamanya .Ya rabbi ,mimpi itu benar-benar membuatkan hati ini tersentap .Apakah dosa-dosaku telah terampun ?Ampuni diri ini ya Allah...

   Sesungguhnya rindu ini tidak pernah berkurang malah makin bertambah dari hari ke hari .Ingin sekali aku bertemu dengan arwah ibu tapi yang pergi takkan pernah kembali lagi...Ya ,itu yang harus aku terima walau sesukar mana pun .

   Ya rabbi ,tempatkan ibuku di syurgamu .Jauhkanlah dia dari azab seksaan api nerakamu .Ampuni dosa-dosa lampaunya kerana ibuku juga hamba yang tidak pernah terlepas dari membuat kesalahan .Tapi dia telah melakukan yang terbaik dalam hidupnya ,ya Allah .Dia seorang isteri dan ibu yang terhebat yang pernah aku jumpa .Kasihani ibuku seperti mana dia telah mengasihiniku sewaktu aku masih kecil .Limpahkan rahmatMu untuk ibuku...Amin...Amin..Amin ya rabbal alamin...

Rabu, 16 Julai 2014

Perkara Yang Harus Dilakukan Jika Sayangkan Seseorang

   Assalamualaikum .Dalam kehidupan kita mesti kita mempunyai orang yang tersayang like family ,kengkawan dan tak lupa jugak lover uols tuh .So ,apa yang patut uols lakukan kalau uols dah sayang dorang tuh ?Mestilah uols akan lakukan something that yang menunjukkan uols sayang dorang kan ?For example ,uols akan caring ngan dorang right ?Tapi caring yang macam mana ?

   Okey ,kat sini Chiq Neyna nak share sikit lahh ngan uols how kita nak tunjukkan yang kita memang sayang dorang sesangat but uols kena ikhlas dan bukan hipokrit semata-mata okey .For me lahh kan ,if kita dah sayangkan seseorang tuh dan jalan yang terbaik untuk kita buktikan yang kita sayang dia adalah ngan mendoakan dia .After solat tuh ,kita doakan kesejahteraan untuk mereka yang tersayang .

   Selain tuhh ,hendaklah kita pimpin dorang bersama-sama kita ke syurga Allah .Uols tak perlu jadik ustajah or ustaj segera tuk pimpin orang lain jadik baik .Semuanya harus bermula ngan niat dan sesama kita berusaha ngan dorang yang tercinta tuk mengejar akhirat .

   Sanggup ke kita tengok orang yang kita sayang tuh jauh dari jalan yang sebenar sedangkan uols mementingkan diri sendiri ngan melakukan amal jariah .Not fair right ?Buktikan yang kasih sayang yg ada pada uols tuh mampu membuat dia mengingati Allah .But ,ingat !Jangan pulak uols yang sengaja bikin drama buat bebaik .Depan dorang je uols macam malaikat tapi bila kat belakang hilang semua perwatakkan yang baik tuhh .Be yourself okey ,dear .

   Bak kata Ustaz Azhar Idrus...
   See ?In shaa allah ,allah akan selalu bersama orang yang ingin berubah menjadi lebih baik .Semoga dipermudahkan jalannya .