Halaman

Ahad, 6 Julai 2014

Tanda Lelaki Menyayangi Kita Dengan Ikhlas

 
   Assalamualaikum .Kali neh Chiq Neyna update sikit pasal entry yang lagi hot dan gegau .Mesti uols tertanya-tanya apakah tanda yang boeh membuktikan si dia tuh ikhlas dengan uols dan bukan sekadar mempermain-mainkan uols .Terdapatlah beberapa tanda yang boleh Chiq Neyna share ngan uols .Let's check it out !

1.   Si dia akan selalu jujur ngan uols .
2.   Walaupun perkenalan uols singkat ,si dia berani menyatakan hasrat ingin mengahwini uols .
3.   Selalu peduli ngan uols a.k.a caring lahh .Contohnya ,uols sakit or ada masalah ,dia lah akan menjadi             orang yang paling risau pasal uols .
4.   Selalu memberikan nasihat pada uols kerana si dia mahukan yang terbaik pada uols .
5.   Selalu berusaha membahagiakan uols
6.   Berusaha mengelakkan terjadinya pergaduhan ngan uols kerana si dia bimbang kehilangan uols.
7.   Si dia selalu mempercayai uols walaupun kadang-kadang ada perbuatan uols yang mengundang                     cemburunya .Tapi ,si dia tetap bersabar .
8.   Tak pernah menolak memberikan pertolongan seandainya uols dalam kesusahan .
9.   Seboleh-bolehnya si dia tidak mahu uols merasakan si dia sebagai beban .
10. Si dia sangat risau jika ada lelaki yang rapat ngan uols .
11. Menjadi seorang yang mudah merajuk kerana ingin diberi perhatian oleh uols .
12. Takkan melayan perempuan lain yang tak ada urusan penting dengan si dia .
13. Menganggap uols orang yang paling dipercayai .
14. Bersikap seperti kebudak-budakkan 

   Setakat itu lahh ciri-ciri seorang lelaki yang ikhlas mencintai anda ngan ikhlas yang dapat Chiq Neyna share berdasarkan pemerhatian Chiq Neyna .So ,uols perhatikan apakah si dia mempunyai ciri-ciri tersebut ?

Khamis, 3 Julai 2014

Cara Melupakan Seseorang

 
 Kenapa terlalu susah untuk aku lupakan dia ?Kenapa ?Apa lagi yang harus dilakukan untuk melupakan si dia yang pernah bertakha di hati pada suatu tika dulu .

   Okey ,kat sini Chiq Neyna nak share sikitlah dengan uols how uols nak lupakan orang yang pernah uols sayang dululah .Bak kata lain ex-couple uols lahh .Ex-gf/bf uols yang uols sayang nyotttt nyottt dulu neh .

   Chiq Neyna faham memang susah kita nak lupa .Always selalu kat fikiran kita kan ?Makin nak melupakan ,makin mengingati .So that ,Chiq Neyna nak kongsi ngan uols tips yang pernah Chiq Neyna amalkan .

1-Perkara yang paling penting kena buat adalah berdoa pada Allah agar Dia hapuskan perasaan uols pada si dia yang tak pedulikan uols tuh .Selepas solat tuh ,berdoalah .Nak menangis pun takpe .
2-Cuba lupakan moment yang boleh uols ingatkan dia pada dia .Contoh ,tempat yang uols selalu pegi .Apa yang dia suka dan apa-apa sajalah yang berkaitan ngan ex-lover uols tuh .
3-Jangan bersendirian .Kalau uols sengsorang dan tak hang out ngan kengkawan uols ,kompem lahh uols akan selalu teringatkan dia .So ,elakkan !
4-Uols kena tunjukkan yang uols boleh happy dan tingkatkan prestasi hidup uols walaupun dia dah tak sayangkan uols .Uols buat sampai dia rasa menyesal kerana lepaskan uols dulu.
5-Buka buku baru .That's mean ,uols kena cari pengganti dia dan teruskan life uols yang happy always tuhh walaupun tanpa dia .Apa ,dia ingat dia seorang je boleh bahagia ???

   Itu lahh petua dan tips yang dapat Chiq Neyna share ngan uols .Hope ,dapatlah kurangkan sikit beban uols yang dah memang susah sangat nak lupakan ex-lover uols tuh .Disebalik berusaha ,uols kena jugak berdoa pada Allah sebab hanya Allah je yang dapat bantu uols kerana Dialah pemilik hati kita sebenar-benarnya .Semoga berjaya !

Rabu, 28 Mei 2014

Kenangan Yang Bernilai

   Assalamualaikum .Tamat sudah penglibatan Chiq Neyna dalam produksi pementasan Vito Il Mafioso pada ketika ini .Sedih jugak lahh bila segalanya telah tamat pada 29 Mei 2014 iaitu hari terakhir pementasan projek akhir pelajar tahun 3, Sekolah Pengajian Seni ,UMS .Banyak moment dan pengajaran yang Chiq Neyna dapat bila joined ngan produksi neh .

   Walaupun pada awalnya agak berat untuk libatkan diri Chiq Neyna ,tapi pada akhirnya hati ini berat untuk melepaskan .Dah macam satu keluarga produksi neh .Kami saling tolong menolong ,susah senang bersama .Indah sangat bila terkenangkan .

   Lagi pula ,dorang tersangatlah friendly dan tak pernah membezakan umur di antara kami walaupun Chiq Neyna dan kengkawan yang lain baru di tahun 1 .Memang banyak masa dan penat lelah kami untuk produksi ini .Balik pukul 2-3 pagi setiap hari .Kalau ada masa yang free ,kami terpaksa datang untuk membantu senior .Tapi, itulah yang terindah !

   Chiq Neyna takkan lupa jasa dorang serta ikatan persahabatan yang terjalin antara kami semua .Chiq Neyna akan doakan senior major teater akan sentiasa berjaya walau di mana pun berada .Doa Chiq Neyna akan sentiasa mengiringi kalian semua .Gembira dapat mengenali insan seperti kalian .Walaupun kita takkan bersua wajah lagi untuk sem depan ,tapi facebook akan jadi penghubung antara kita .I love uols !

   Chiq Neyna nak shared sikit gambar yang sempat Chiq Neyna snap sebagai kenang-kenangan .
Bergambar di Front of House (FOH)

Set & Prop yang dihiaskan untuk FOH


With Vito aka Abe (watak utama)


penonton yang hadir



Ahli produksi yang terlibat



Bersama classmate, Faizan



set yang dikeluarkan untuk memberi ruang pementasan teater Jazzy Paper Doll


Hafizi with Abe yang sempat pose depan kamera Chiq Neyna


Round table ngan semua produksi untuk kali terakhir



Isnin, 26 Mei 2014

Kenapa Aku Dikecewakan ?




 Assalamualaikum .Pernahkah uols berasa dikecewakan berkali-kali ??Bahkan terasa sudah putus asa apabila hati dan perasaan dipermainkan .Bersabarlah wahai teman .Sakit rasanya apabila menyedari kehadiran diri cumalah sekadar debu yang ditiup angin lalu menghilang .Langsung tak bermakna !

   Kenapa kita dikecewakan dan terus dikecewakan oleh orang yang sangat kita cintai ?Kenapa si dia berubah ?Percayalah, rancangan Allah itu ada hikmahnya .Dialah perancang yang terbaik saat kita terjatuh lalu Dia menghadiahi kita teman yang lebih indah .Cuma ,hanya waktu yang akan menentukan .

   Kadang-kadang terasa hati disiat-siat kerana kita percaya bahawa si dia benar-benar mencintai kita ,rupa-rupanya hanya sekadar lakonan .Lakonan yang hebat buat kita terpedaya .Kemudiannya, air mata mengalir lalu membicarakan semua rasa yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

   Kadang-kadang kita tertanya, kenapa aku sering dikecewakan ?Kenapa harus aku ?Apakah tidak ada insan yang sudi mencintaiku dengan ikhlas ??Aku dah terlalu lemah kerana selalu dipermainkan .Hati ini hancur !Aku sudah berputus asa !Sekali lagi ,bersabarlah !Mungkin pada ketika ini kita acap kali dikecewakan tapi bila tiba masanya kebahagiaan itu akan kita perolehi.
                                         

   Tapi kenapa aku terus menerus di uji sebegini ??Itulah persoalan yang sering bermain di minda .Allah itu Maha Penyayang .Dalam rasa kecewa dan sakit, Allah mengajar kita untuk terus tabah dan kuat untuk menempuhi dugaan hidup .Saat kita menangis kerana dilukakan, Allah sedang mengatur pertemuan kita dengan pemilik hati kita yang sebenar .Believe me...

   Hidup ini umpama roda .Saat kita berada di bawah ,kelak pasti kita akan di atas dan sebaliknya. Allah itu Maha Adil dan Dia lah yang akan menghakimi hambaNya yang berbuat zalim kepada orang lain .Setiap perbuatan takkan terlepas dari pembalasan .Mungkin hari ini kita dikecewakan, tapi suatu saat nanti si dia akan merasai seperti mana kita rasakan .Doa orang yang teraniaya itu makbul.

   Bersabarlah wahai hati... Kelak, pasti kita akan bertemu dengan insan yang sebenar...yang akan menghargai kehadiran kita dan mencintai kita dengan ikhlas .Berdoalah pada Allah agar dipermudahkan jalan bagi menemui cinta yang diredhai Allah dan disatukan dalam hubungan yang halal .Amin...

  Berdoalah kepada Dia agar dikuatkan hati dalam mengharungi segala ujian yang akan mendatang .Jika si dia itu memang jodoh kita seperti yang tercatat di loh mahfuz, sejauh mana dia berlari dan berjumpa dengan insan yang sempurna dari kita, percayalah...dia pasti akan kembali pada kita dan akan mencintai kita seikhlasnya .Tawakkal lah pada Ilahi agar kita terus bergantung hanya pada Dia dan menghapuskan rasa kecewa kita itu .Segala yang terjadi ada hikmah disebaliknya yang kita tidak tahu .

Isnin, 19 Mei 2014

Sajak Harapan Kian Layu

Masihkah wujud warna pelangi itu buat aku?
Mencari-cari tatkala dalam gelapan
Bayangannya langsung tak aku temui
Rebah sendiri menanti sebuah harapan

Saat aku menoleh ke arah itu
Seakan-akan ia kan menjadi milikku
Lalu aku hampiri dengan penuh riang
Semakin aku mendekati semakin menghilang

Aku kabur dalam harapan yang kian layu
Menanti sesuatu yang tidak pasti
Apakah mampu untuk aku dampingi
Atau hanya sekadar dituip angin lalu
Lalu menghilang tanpa jejak...

Khamis, 15 Mei 2014

Malam Karyawan Seni

   Assalamualaikum !Baru-baru neh fakulti Chiq Neyna menganjurkan program annual dinner yang diberikan nama Malam Karyawan Seni (12 Mei 2014) . Semua pelajar terlibat dari tahun satu sehinggalah tahun 3. Actually annual dinner neh adalah meraikan pelajar akhir tahun yang bakal menamatkan pelajaran mereka pada hujung bulan 6 neh. Huwaa ~Sadisnya !Tak dapat lagi story mory dengan abang & kakak senior for next sem .Dorang really friendly apatah lagi senior major teater. I love them so much !Tak pernah kedekut share ilmu kat adik-adik dorang neh haa...

   Malam Karyawan Seni or MKS neh bertempat di Restoran Nelayan .Tak jauh dari area Kota Kinabalu sangat .Tema yang diberikan untuk malam itu selebriti .So, memang ramai yang berpakaian gojes malam tuh .Piwiiit !Meh Chiq Neyna share sikit ngan korang gegambor yang sempat di snap pada malam tuh .
Classmate yang sporting a.k.a boypren ketika dalam kelas .hihihi

sahabat cool yg selalu bersama Chiq Neyna walau ke mana jua, Hafiz

Chak !Chak !Snap picture ngan Dijah

With Cik Kastri

Jejaka idaman Malaya (dari kiri Fairuz,Safee & Iqbal)

Kasik pose dulu kejap

Teruja pulak bila dapat spek sebesar alam neh .Ahaks !

Calon-calon menantu

Cari publisiti .Hiks !

Pelajar seni kreatif

Jejaka classmate Chiq Neyna yang hensem-hensem belaka

Moment dengan abang senior yang sporting dan jugak classmate. dari kiri (Abg Zul,Joe,Hafiz,
Abg Ikhwan,Abg Nazrin,Chiq Neyna,Abe Sham,Kastri & abg ??Alahh,terlupa nama .Hihi)

Selebriti UMS. Tip top okaiii

Senyum itu satu sedekah :)

Sewaktu pendaftaran .Macam-macam style

Again...

Again......

And again....


Mr.James ngan senyuman manisnya

Ketibaan pelajar tahun 3 memasuki ruang dewan .Piwittt !

Sedap kena massage En.Hafizi kita neh

Sewaktu persembahan berlangsung

Berjamilah secara berjemaah dulu .