Halaman

Selasa, 13 Mei 2014

Selamat Hari Ibu

   Mak ingat lagi tak masa hari ibu sewaktu ina darjah 5? Ina belikan mak keropok kesukaan mak. Ina tahu mak suka keropok tuh dan Ina beli banyak-banyak kat mak sempena hari Ibu. Sampai je Ina kat rumah, Ina terus dapatkan mak dan bagi semua keropok tuh. Mak tersenyum masa tu. 

Mak, mak ingat tak lagi masa Ina sekolah rendah dulu? Mak selalu hantar Ina pergi ke sekolah selepas kita pindah ke rumah atok. Kalau dulu masa kita tinggal di Alor Setar, pagi-pagi lagi mak akan teman Ina tunggu bas sekolah. Dulu, mak akan buat kuih karipap dan jual. Mak ingat lagi tak masa mak ketawakan Ina sebab Ina terminum air garam lepas Ina makan nasi lemak? Padahal air garam tu mak buat untuk gaul dengan adunan karipap. Ina merajuk dengan mak sebab mak ketawakan Ina.

   Mak ingat tak lagi masa kita pergi memancing sama-sama dengan ayah sekali di sungai ?Masa tu, Ina pancing di tepi sawah manakala mak dan ayah memancing di tali air. Ina ingat ina ingat Ina dah dapat ikan, rupa-rupanya katak yang makan umpan pancing Ina. Mak dengan ayah ketawa dengan mimik muka Ina yang kecewa. Kelakarkan mak ?

   Mak, mak ingat tak lagi sewaktu kita pergi pasar sesama dan masa tu motor kita kehabisan minyak sebab abang Di terlupa nak isikan minyak. Ina terpaksa tinggalkan mak kat tepi jalan dan Ina jalan kaki carikan minyak motor untuk di isi. Ina dah pesan dengan mak, mak jangan berjalan sebab nanti mak penat. Tapi, mak degil. Mak jalan juga supaya mak dapat tengok Ina dari jauh. Bila Ina patah balik, Ina nampak mak berjalan hati Ina terasa sayu sangat sebab nampak mak agak keletihan.

   Mak ingat lagi tak kali terakhir kita berjumpa? Masa tu Ina cerita macam-macam pengalaman pertama Ina belajar di universiti, mak dengar je dan tersenyum. Ina cuba untuk hiburkan mak. Mak tetap jaga Ina walaupun mak sendiri tidak sihat dan hanya menunggu ajal menjemput.

   Mak, mak nak tahu tak...Masa mak lepas operate di tangan mak tuh kan, Ina nampak darah kat balutan tangan mak banyak sangat. Ina tak sanggup nak pandang sebab Ina ni kan penakut. Mak tahu kan ?Masa ada 2 orang doctor datang check mak, dorang pegang kuat-kuat tangan mak dan time tuh mak mengaduh kesakitan. Mak tahu tak, masa tu Ina nak tutup telinga sebab Ina tak sanggup dengar bunyi mak mengaduh kesakitan. Lepas tu, Ina nampak darah kat tangan mak keluar banyak sangat. Mak tahu tak, masa Ina lari masuk tandas tuh bukan sebab Ina jijik lihat darah kat tangan mak tapi Ina menangis kat dalam tuh sebab Ina tak mampu lakukan apa-apa.

   Mak, mak nak tahu tak ?Kak Ana dah lahirkan baby baru .Baby boy..Sekarang mak dah 2 orang cucu,hero pulak tuh. Mesti bertambah riuhkan keluarga kita?Tapi sayang, cucu mak yang baru ni mak tak sempat nak tengok dan cium..

   Mak, mak nak tahu tak ?Ina sayangkan mak...Terlalu sayang !Kalau dulu, Ina selalu called mak bila Ina rindu..Ina akan ceritakan apa yang Ina buat kat sini..Ina akan ceritakan dengan siapa Ina berkawan..Ina akan share semua cerita kat mak...Tapi, sekarang mak dah tak ada..Ina dah tak ada tempat nak share story lagi..Ina sunyi mak...Ina nak mak macam dulu...Ina kerap mimpi mak sewaktu Ina tidur..


   Mak...Selamat hari ibu..Semoga mak tenang di alam sana...Amin..

Selasa, 6 Mei 2014

Cuti Sem Bakal Menjelma

   Assalamualaikum !Alohaaa !Jumpa lagi sekali lagi dengan uols !Hiks !Mesti uols selalu terfikirkan ,kenapalah Chiq Neyna neh kerap beno update entry kat blog neh ?Dah terlalu free sangat ke ?Ops !Actually tak jugak okey .Tapi, oleh kerana semangat Chiq Neyna terlalu berkobar-kobar untuk update sebabnya bulan 6 nanti Chiq Neyna dah boleh balik ke semenanjung .Hohoyeahhh !

   Cuti sem kali neh memang agak lama iaitu 2 bulan .Wuaaa !Puas lahh Chiq Neyna kat sana nanti setelah sekian lama bermastautin di obersi .Hiks !Overdrama je lebih kan .Macam lahh dah tak ada flight pulak nak balik ke semananjung tuhh kan .Yang buat Chiq Neyna excited sebabnya last paper final exam Chiq Neyna 19 Jun dan masalahannya ,Chiq Neyna beli tiket flight 28 Jun .Alohaiii~Ape kehe lambat beno Chiq Neyna oit ?

   Takpe ,lagi pun Chiq Neyna ada planned ngan group Hypno Entrepreneur tuhh yang kitorang nak honeymoon dulu menggunakan hasil pulangan modal masa berniaga dulu .Heee ~Harapnya menjadik lahh kan .Then ,boleh fly balik ke Negeri Jelapang Padi dengan hati yang gumbira !

   Kalau dalam jangkaan ,29hb Jun dah start puasa kan ?Nasiblah Chiq Neyna beli tiket 28hb ,sesampai je kat sana tunggu untuk start sahur je .Wuaaa!Tak sabarnya !Risau jugak kalau 28hb tuh start bulan Ramadhan ,mau taknya sebab Chiq Neyna ada beli makanan untuk lunch ketika dalam flight .Mee goreng mamak pulak tuh !Mau dipandang orang bersilang-silang nanti.Hahaha !Itu lahh bahananya kalau beli tiket flight tak tengok calender .Tetiba pulak rasa bersalah .Huwaa~

   Tetiba pulak rasa sayu kat hati neh .Mau taknya, bulan Ramadhan kali neh tanpa ibu tercinta di sisi .Pasti terasa lain suasana kali neh .Mak ,rindu !!!!Apatah lagi kalau Syawal menjelma nanti, dah tak dapat lagi nak bersalaman dan mencium ibu Chiq Neyna macam dulu-dulu lagi .Sedihnya !Semoga ditabahkan hati ini .Amin~

   Oh ya ,tetiba rasa krem suda jari neh nak menaip .Hihihi .Errr..Jumpa uols lagi di next entry .Sekian !

Sabtu, 3 Mei 2014

Jika Hari Ini Hari Terakhirku Bernafas

   Jika hari ini merupakan hari terakhir aku bernafas di bumi ini ,aku tidak mahu meninggalkan kenangan yang menyakitkan untuk orang-orang yang aku sayang .Aku tidak mahu mereka menangisi pemergian aku .Tapi aku mahu mereka terus tersenyum dan berbangga kerana aku pernah menyayangi mereka dan selalu bersama mereka walaupun hanyalah sesingkat waktu .Jika hari ini hari terakhir aku melihat dunia ini ,aku mahu berbakti dan mencurahkan segala kasih sayang serta waktu aku untuk mereka yang sangat bermakna dalam hidup aku .Aku mahu memberikan mereka kebahagian dengan bergelak tawa kerana aku tidak mahu mereka menangis apabila melihat sekujur tubuhku yang terbaring kaku .

   Jika hari ini merupakan hari terakhir aku boleh berkata-kata ,aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi bersama aku saat jatuh dan bangun aku .Terima kasih kerana menghargai aku .Terima kasih kerana menyayangi aku .Terima kasih kerana sanggup berkorban untuk aku .Terima kasih kerana menjalinkan hubungan persahabatan dengan aku .Terima kasih kerana bergelak tawa dengan aku .Terima kasih kerana memujukku .Terima kasih semuanya !Aku terlalu sayangkan kalian walaupun pertemuan dan perkenalan kita hanyalah kebetulan dan juga sementara .

   Jika hari ini hari terakhir aku mampu menggerakkan tubuh aku ,aku ingin membawa langkah ini untuk menemui semua orang yang menjadi sebahagian dari hidup aku .Aku ingin memeluk mereka ,memberi sebuah kecupan mesra dan ingin menyalami tangan mereka .Mak !Ayah !Aku mahu mereka bangga mempunyai anak seperti aku kerana telah melahirkan seorang anak yang normal dan tidak cacat .Aku mahu mereka tersenyum kerana aku menyayangi mereka malah lebih dari diri aku sendiri .Terima kasih mak dan ayah kerana membesarkan aku tanpa rasa lelah dan jemu meskipun aku merupakan anak yang degil .Mak !Ayah !Maafkan aku jika aku tidak berkesempatan untuk bernafas lebih lama lagi .Tapi ,anakmu berjanji akan membahagiakan mak dan ayah sebelum ajal menjemput .Tersenyumlah !

   Jika hari ini adalah hari terakhir aku melihat kalian, aku tidak mahu menjadi beban kepada kalian .Aku mahu menjadi pendamping yang selalu membuat mereka selesa dan membuatkan mereka selalu merindui aku .Maafkan aku jika aku tidak mampu lagi menemani hari-hari yang akan datang seperti masa-masa yang lalu .Aku sayangkan mereka Tuhan .Seandainya aku tiada ,Kau berikanlah mereka penggantiku yang lebih baik dari aku kerana aku mahu mereka bahagia tanpa rasa derita mahupun sedih .Aku tidak mahu mereka menangisi pemergian aku pada keesokkan harinya .Jika mereka rindukan aku ,aku mahu mereka mendoakan aku di sana kelak agar permudahkan segala urusan aku dengan Mu, ya Rab .

   Jika hari ini merupakan hari terakhir aku menyayangi mereka ,aku mahu menyayangi mereka sesungguhnya .Aku ingin memberikan segala kasih sayang aku dan perhatian aku kepada mereka .Aku tidak mahu mereka berasa sedih hati kerana aku tiada bersama mereka saat-saat terakhir aku di dunia ini .Aku mahu mereka mengingati aku dan berkata, 'dialah yang sering membuat kami tertawa dengan gelagatnya!' Itu sudah mencukupi bagi aku walaupun pada esoknya hanya tinggal nama serta kenangan aku sahaja .Ya Allah ,jika ada perbuatan mereka yang melukan hati ini ,aku maafkan mereka kerana aku mahu bertemu dengan mereka di syurga kelak .Aku tidak mahu mereka dihalang masuk ke syurga kerana mereka telah menyakiti hati aku .Aku sayangkan mereka !Ampuni mereka Tuhanku !

   Jika hari ini adalah hari terakhir jantung aku berdegup ,aku ingin meminta maaf kepada mereka jika aku telah melukakan hati mereka tanpa aku sedari .Aku ingin mereka menyenangi kehadiran aku walaupun hanya sebentar .Aku tidak mahu menjadi beban kepada mereka .Aku tidak mahu menjadi penyebab mereka berkecil hati .Aku ingin melakukan yang terbaik di penghujung nafas ini .Maafkan aku !Aku cuma manusia yang lemah lagi hina dan seringkali melakukan kesalahan .Maafkan aku sekali lagi...Halalkan segala pemberian kalian yang telah pun menjadi darah daging dalam diri ini .Jika masih berkesempatan ,aku mahu melutut di hadapan kalian agar kalian dapat memaafkan semua kesalahanku .Memaafkan dosa aku pada kalian dari sekecil zarah sehinggalah yang membuatkan kalian menangis kerana perbuatan aku yang kadang-kadang terbabas .Maafkan aku....

Khamis, 1 Mei 2014

Bernikah Sewaktu Belajar @ Muda

 
Assaamualauikum..Pernahkah uols terfikir untuk berkahwin pada usia masih muda atau lebih spesifik sikit sewaktu masih belajar ?Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang mulia dan dituntut oleh Allah kerana perkahwinan mampu mengelakkan kita dari melakukan pra zina dan seterusnya terjebak dalam zina .Nauzubillah..Rasulullah pernah berkata, "Wahai para pemuda, jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya."

   "Barang siapa yang di antara remaja yang berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan .Dan ia (syaitan) mengeluh, "Aduh, celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku."HR.Ibnu 'Addi .Ini membuktikan bahawa dengan berkahwin kita mampu menjauhi zina dan juga dapat mengawal nafsu yang terkadang terbabas untuk dikawal .Bagi pasangan muda yang berkahwin awal ,mereka terlindung daripada melakukan maksiat dan juga mempunyai hubungan yang halal di sisi agama .Nak keluar bersama berpimpin tangan juga tak menjadi masalah .Heretlah ke mana jua isteri mereka ,tidaklah haram .Indahnya sebuah perkahwinan !Itulah yang dipanggil bercouple secara halal.

   Selalunya pasangan couple neh tak dapat menahan diri daripada berjumpa ,dating dan ingin bersama setiap masa .Bila perkara ini selalu terjadi tak mustahil akan menyebabkan mereka jatuh ke kancah zina .Berkahwinlah ,kerana itulah sebaik-baiknya .Bukankah bercinta lepas nikah lebih indah ?Ini kerana kita terselamat daripada cinta monyet ,cinta orang utan dan sebagainya lagilah .Selalunya ,cinta seperti ini tidak akan berkekalan lama dan akan putus dipertengahan jalan .Tidakkah itu akan melukakan hati kita sendiri ?Kepada kaum adam di luar sana ,jika anda menyukai seorang wanita ,pinanglah wanita itu ,jadikanlah wanita itu isterimu .Pelihara hubungan kalian daripada zina dan binalah sebuah masjid .

   Pasti banyak perkara yang bermain di fikiran kita ,kalau kahwin muda ,nak bagi isteri makan apa ?Mesti mak dengan ayah tak bagi !Nak tinggal kat mana ?Aku belajar lagi .Dan pelbagai lagilah .Jawapan kepada persoalan itu mudah ,kamu wajib nikah khitbah !Nikah khitbah atau dikenali sebagai nikah gantung membolehkan kita untuk bersama ke mana jua dengan pasangan kita dan hukumnya harus .Nikah ini sesuai untuk mereka yang masih belajar macam Chiq Neyna sendiri .Jangan kita lupa ,apabila seseorang itu telah mendirikan rumah tangga ,rezekinya akan melimpah ruah .Itu janji Allah kepada sesiapa yang berkahwin.

Perkara-perkara biasa nikah khitbah dilakukan:
-suami belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri
-pasangan yang masih belajar dan mahu menuntut ilmu
-belum bersedia memberikan komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga

Setelah akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggunjawab sebagai suami isteri. Tujuan utama nikah gantung ini adalah untk mengelakkan berlakunya zina dan lahirnya anak luar nikah.




   Seperti yang selalu kita dengar ramai pelajar yang berkahwin berjaya dalam pelajaran mereka .Prestasi mereka meningkat dan itu sememangnya tidak dapat dinafikan .Apabila pasangan itu berkahwin, ini akan menjadikan hidup mereka lebih tenang serta bersemangat dalam melakukan apa jua perkara serta matlamat hidup lebih jelas.

   In shaa Allah ,jika diizinkan oleh Allah mahu juga Chiq Neyna melakukan nikah khitbah ini dan Chiq Neyna yakin kedua ibu bapa Chiq Neyna pasti akan setuju .Ya Rab ,jika ditakdirkan aku jatuh cinta lagi ,hadirkanlah rasa cinta itu pada orang yang tepat dan jadikanlah dia jodohku di dunia juga di syurga kelak .Hadirkanlah lelaki itu kepada aku merupakan seorang lelaki yang biasa sahaja orangnya tapi mampu membimbing aku sehingga ke jannah, seorang yang melabuhkan cintanya padaMu .Berikanlah padaku seorang imam yang mampu mendekatkan aku denganMu dan selalu mengingatkan aku tentang agamaMu agar aku tidak jauh tersungkur dari jalanMu .Amin....

Rabu, 30 April 2014

Keajaiban Sebuah Doa

 
Assalamualaikum...Hidup kita ini tidak pernah terlepas dari berdoa untuk mengharapkan sesuatu yang baik kan ?Tahukah, bahawa dengan doa kita dengan rela hatinya telah menyerahkan sesuatu itu kepada Allah dengan ikhlas dan tawakal lalu membuatkan hati kita sedikit lega .Ya ,dalam kehidupan seharian pasti ada yang terlintas di hati kita lalu kita berdoa untuk mendapatkan atau mengelakkan dari sesuatu musibah atau bencana .

   Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pemurah .Jika kita berdoa padaNya berkali-kali Dia tidak akan murka kepada kita bahkan sangat menyayangi hambaNya .Adakah Allah tidak menunaikan permintaan kita selama ini setelah berkali-kali kita mendoakan hal yang sama ???Sudah pasti tidak .Allah telah menjawab segala permintaan kita dengan cara dan waktunya tersendiri .Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita .Dia akan menggantikan sesuatu yang baik dengan lebih baik .Tidakkah Allah itu Maha Penyayang ?Dia takkan mengecewakan kita walaupun kita sering ingkar dengan peraturanNya dan lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hambaNya .Allah tetap memberikan kita peluang dengan memberi 'nyawa' kepada kita untuk keesokkan harinya agar kita bertaubat .Allah selalu merindui hambaNya .Cuma kita yang leka...

   Kita berdoa dan berdoa agar kita menjadi kaya tapi tak kaya-kaya jugak .Tapi ,Allah gantikan kekayaan tersebut dengan kebahagiaan .Ingatlah rancangan Allah lebih baik dari segala perancangan .Berdoa tanpa iringan usaha juga adalah sia-sia .Kita harus berusaha lalu diselami dengan doa semoga usaha kita itu diberkati Ilahi dan akan membuahkan hasil .Tapi ingatlah ,kalau Allah mengkehendakinya ,maka terjadilah ia .Segala kejayaan kita pada hari ini adalah hasil bantuan daripada Allah .Subhanallah...

   Jangan bersedih kalau masih ada doa-doa kita yang belum dimakbulkan kerana Allah pasti merencanakan sesuatu untuk kita .Bersabarlah .Cuma waktu itu cepat atau lambat untuk diberikanNya kepada kita atau Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik .Sayangnya Allah kepada kita...Bersyukurlah...Kadangkala doa kita lambat dimakbulkan atau tidak dimakbulkan itu bukan beerti Allah tidak menyayangi kita tetapi dia mahu kita bersabar dan terus berdoa .Hanya itu....

   Di sini Chiq Neyna ingin kongsikan pengalaman mustajabnya sebuah doa jika diiringi keikhlasan .Bukan untuk berasa bangga ,riak mahupun bongkak cuma sekadar mengongsikan pengalaman berharga dan bukti kebesaran Sang Pencipta, Allah swt .Pada masa itu ,setelah usai solat Chiq Neyna akan berdoa agar diberikan petunjuk daripada Allah tentang khabar seorang teman Chiq Neyna kerana sudah sekian lama Chiq Neyna lost contact dengannya .Dengan sedikit usaha dan doa ,Alhamdulillah Chiq Neyna berjaya menemuinya dan mengetahui keadaannya .Menangis air mata gembira Chiq Neyna pada ketika itu .Pernah juga Chiq Neyna lost contact dengan seorang sahabat baik Chiq Neyna selama 2 tahun ,berkat doa dan usaha Chiq Neyna dapat bertemu dengannya kembali .Kegembiraan itu sukar untuk ditafsirkan .See ?Allah itu tetap memakbulkan permintaan kita ,cuma yang membezakannya lambat atau cepat .

   Janganlah berasa sedih atau kecewa sekiranya terdapat doa-doa kita yang belum dimakbulkan .Teruskan berdoa dan berdoa .In shaa Allah ,khabar gembira kita akan peroleh .Kita harus percaya pada ketentuan Ilahi dan teruslah berharap padaNya kerana Allah merupakan tempat untuk kita bergantung .Bersyukurlah kerana kita masih diberikan peluang untuk membaiki diri .Muhasabah seketika diri ini ,apakah selama kita hidup kita melakukan banyak dosa ?Apakah kita selalu mengingkari laranganNya ?Apakah kita telah menunaikan solat dengan lengkap ?Apakah kita telah berbakti kepada ibu bapa kita ?Renungkanlah sejenak...

Selasa, 29 April 2014

Siapakah Ibuku ?

   Ibu aku seorang wanita yang hebat dan tabah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri serta seorang ibu kepada 3 orang anaknya .Ibu aku telah mendapat strok selama 8 tahun di samping penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis .Dia mampu menjaga amanah Allah berikan kepadanya dengan baik walaupun dia sendiri tidak sihat .Ya ,ibuku seorang wanita yang sangat tabah dalam menempuh liku-liku hidup .Dia menjaga kami sehingga anak terunanya berkahwin satu persatu dan aku melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah...

   Ibu aku seorang ibu yang garang .Dia mendidik kami dengan menggunakan rotan ketika kami masih kecil .Dia akan menegur kami dengan kata-kata pada mulanya .Jika kami masih juga berdegil ,ibu aku akan mengajar kami dengan rotan agar kami tahu perkara itu salah dan jangan diulangi lagi .Berkat ajarannya itu ,kami tahu untuk menilai yang mana madu dan racun.

   Masih jelas di ingatan aku bagaimana ibu aku mendapat strok dan pada ketika itu aku berusia 12 tahun .Masih kerdil dalam dunia yang penuh cabaran dan masih lagi ingin bermain-main .Pada waktu itu ,ibu aku diserang strok perlahan-lahan sehingga menyukarkan dia untuk bercakap dan tangan kanannya menjadi lumpuh .Seluruh keluarga aku tidak henti-henti menghantar ibu aku untuk diubati dari perubatan moden sehinggalah tradisional. Tapi, tetap tidak berhasil .Manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan segalanya...

   Pada waktu yang terluang aku dan ahli keluarga yang lain berusaha untuk mengajar ibuku perkataan yang mudah agar dia mampu berkata-kata dan mudah untuk dia berkomunikasi dengan yang lain .Hari demi hari lalu berganti tahun ,Alhamdulillah usaha kami berhasil .Aku bersyukur walaupun ibu aku diserang strok kali kedua ,dia tetap boleh berjalan dan mampu melakukan aktiviti harian walaupun dia sukar untuk berbicara dengan fasih .

   Ketika aku di usia 12 tahun ,ayah aku telah mendidik aku agar jangan terlalu leka dengan permainan duniawi kerana aku mempunyai seorang ibu yang tidak sihat dan aku perlu membantunya .Masa itu aku masih kecil dan dunia aku hanyalah ingin berseronok .Walaupun aku agak degil ,tapi aku cuba untuk tidak leka akan tanggungjawab aku pada ibuku yang sakit .Aku akan membantu ibuku masak walhal aku sendiri tidak tahu selok belok dalam menjaga sebuah keluarga .

   Aku telah diajar memasak oleh ayahku sikit demi sikit agar memudahkan kerja ibuku dan kelak aku tahu menguruskan sebuah keluarga tanpa bergantung kepada sesiapa .Walaupun dalam keadaan tidak sihat ,ibu aku tidak pernah lalai menjaga kami....pakaian kami...menyediakan kami makanan...Ibu ,anakmu ini sangat mengagumimu...

   Ketika aku di tingkatan 5, ibuku disahkan mempunyai buah pinggang yang rosak di tahap yang kritikal .Berita itu aku terima dengan hati yang sedih dan kecewa .Tapi ,ibuku tetap tersenyum seperti biasa .Aku diamanahkan oleh keluarga aku agar selalu menolong ibuku di rumah ketika aku cuti .Aku menghabiskan banyak masa dengan menjaga ibu aku tanpa mempedulikan kawan-kawan yang mahu mengajak aku bersuka ria .Aku ingin berkorban demi keluarga ini walaupun terasa sukar .

   Aku dididik agar menjadi seorang yang cekal dan berdikari sejak ibu aku ditimpa musibah .Memang pada awalnya aku protes kerana aku langsung tidak tahu mengemas rumah dan juga memasak .Sewajarnya kanak-kanak yang berusia 12 tahun sememangnya tidak tahu apa-apa .Tapi ,aku telah diajar sikit demi sedikit oleh seorang ayah yang hebat tanpa putus asa .

   Selalunya ,ayah aku yang menguruskan hal ehwal persekolahan aku tanpa campur tangan dari ibuku .Ayah akulah yang akan menghantar aku untuk pendaftaran sekolah dan juga menghadiri semasa sesi menandatangani buku prestasi pelajar .Tapi ,sejak aku di tingkatan 4 ayah aku mengajar aku untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa .Sejak itu juga ,urusan hal sekolah perlahan-lahan aku uruskan sendiri .

   Kawan sekelasku sememangnya aku tidak pernah menceritakan hal sebenar ibu aku .Cuma semasa aku di tingkatan 6 atas menyebabkan aku terpaksa membuka mulut .Pada masa itu ,ibu bapa dijemput untuk hadir bagi menandatangani buku prestasi pelajar tapi ayah aku tidak dapat hadir kerana dia outstation .Jadi ,tiada sesiapa yang tahu dan guru kelas aku sudah sedia maklum tentang ibu aku kerana guruku kebetulan satu kampung dengan aku .Cikgu BM aku yang menyebabkan aku terpaksa menceritakan semuanya apabila dia berkali-kali menanyakan mengapa parents aku tidak datang kerana hanya parents aku sahaja yang tidak menghadirkan diri .Dan ketika itu terburailah segala rahsia hidup aku di hadapan rakan-rakan yang lain .Bukan aku tidak mahu bercerita tapi aku tidak mahu mereka bersimpati terhadap kisah hidup aku .

   Masih terkenang juga pertemuan aku dengan ibu aku di Hospital Sultanah Bahiyah ketika aku pulang dari Sabah .Kenangan ini tak mampu aku lupakan sampai bila-bila .Semua itu terjadi semasa aku menemani ibuku tidur di hospital .Ibuku ditempatkan di sebuah bilik secara bersendirian .Waktu itu sejuk dan aku hanya mempunyai sweater yang diberikan oleh ayah aku sahaja .Aku mahu tidur pada waktu itu setelah jam mencecah angka 12 malam dan ibuku juga mahu tidur .Aku memakai baju yang diberikan oleh ayahku dan aku mahu membaringkan diri di lantai untuk seketika bagi menghilangkan rasa mengantuk .Disebabkan naluri keibuan yang sangat kuat serta kasih sayangnya terhadap aku ,ibuku memberikan aku selimut yang membaluti tubuhnya agar aku tidak sejuk .Aku menolak kerana aku tidak mahu ibu aku pula kesejukkan tapi dia memaksa aku untuk mengambilnya .Lalu kain selimut itu aku ambil dan digunakan sebagai alas untuk aku tidur .
 
   Tidurku tidak lama..Pukul 4am aku sudah bangun lalu mendapatkan ibu aku yang hanya tidur-tidur ayam .Aku menyelimuti ibuku dengan kain itu .Aku memberikan dia air lalu aku berehat sebentar di kerusi kerana aku risau jika ibuku mahu apa-apa .Aku menemaninya sehingga tempat aku diambil alih oleh abang aku pada tengahari .

   Banyak kenangan aku sewaktu aku menjaga ibuku di hospital .Kenangan itu walaupun sesingkat waktu tapi ia sangat bermakna bagiku kerana saat itu lah aku berjasa padanya buat kali terakhir sebelum dia pergi meninggalkan aku buat selamanya .Aku rindu padanya...Rindu untuk menjaganya seperti waktu-waktu yang lalu...Rindu untuk menyuapkannya...Rindu untuk bergurau dengannya...Rindu untuk makan masakan seorang ibu....dan....Rindu untuk menatap wajahnya ketika dia tidur......

p/s:Hargailah ibu bapa uols sebelum mereka meninggalkan uols .Sesungguhnya tiada apa yang dapat menggantikan ibu bapa kita walaupun kita mempunyai harta yang banyak kerana kehadiran mereka terlalu berharga dan bermakna .Al-Fatihah untuk ibuku...